CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5220|Reply: 23

Statistik & PerkembanganTaufan Sandy

[Copy link]
Post time 31-10-2012 01:00 AM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON: Berikut adalah perkembangan Taufan Sandy yang telah melanda pantai Timur Amerika Syarikat khususnya New York:

> 50 buah rumah telah musnah terbakar di kawasan Queens, bandar New York berpunca daripada renjatan elektrik;

> Tujuh buah terowong kereta api bawah tanah di New York telah dibanjiri air - iaitu kejadian terburuk dalam sejarah 108 tahun perkhidmatan tersebut. > Sekurang-kurangnya 12 orang telah dilaporkan terbunuh di enam buah negeri.

> Taufan Sandy mengekalkan kelajuan angin pada tahap 130 kilometer sejam sepanjang ia melanda New York - menenggelamkan bahagian rendah Manhattan dan memutuskan bekalan elektrik di sebahagian besar bandar tersebut.

> Air laut melimpah sehingga ke Sungai Hudson. > Hospital New York University terpaksa memindahkan pesakit ke hospital lain selepas ia terputus bekalan elektrik termasuk bekalan bantuan dan sokongan.

> Virginia Barat, Maryland dan Utara Carolina dilanda salji lebat selepas Taufan Sandy bertembung dengan angin sejuk dari Kanada. > Sebahagian bandar besar di pantai Timur Amerika seperti Boston, New York, Philadelphia, Baltimore dan Washington dijangka lumpuh selepas Taufan Sandy menjejaskan pengangkutan dan kemudahan awam.

> Replika kapal perang HMS Bounty sebagaimana yang digunakan dalam sebuah filem Hollywood lakonan Mel Gibson karam dibadai Taufan Sandy di Utara Carolina.

> Laporan media massa Amerika menganggarkan sekurang-kurangnya enam juta isi rumah keputusan bekalan elektrik sejak Isnin.

> Kawasan pantai di Maryland, Delaware, Massachusetts dan Long Island, New York hampir kesemuanya ditenggelami air.

> Pasaran Saham New York dan Nasdaq, pasaran kewangan terbesar dunia buat pertama kalinya sejak Taufan Gloria pada tahun 1985 menghentikan urusniaga bagi membolehkan laporan terkini tentang Taufan Sandy disiarkan.

> Presiden Barack Obama memendekkan kempen pilihan raya di Florida dan segera kembali ke Washington untuk menguruskan bantuan segera kepada mangsa.

> Seorang lagi calon presiden dari Parti Republican, Mitt Romney turut membatalkan kempennya pada Isnin dan Selasa.

> Beribu penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan.

> Kos kerugian daripada badai Taufan sandy ini dianggarkan bakal mencecah AS$20 bilion.

Sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 01:41 AM | Show all posts
tetiba teringat tupai kat bikini bottom
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 09:38 AM | Show all posts
teringat citer hollywood hak new york kena ribut salji tu.ape tah tajuk citernye Last edited by shadowbayang on 31-10-2012 09:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 09:58 AM | Show all posts
takutnya..kat belah amerika taufan sandy..
kat belah asia tenggara nih taufan son-tinh pulak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 10:12 AM | Show all posts
kesian.. dia org
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 10:33 AM | Show all posts
more updates.... aku cedok dr ABC news

https://www.facebook.com/media/s ... 60214090&type=1

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2012 11:15 AM | Show all posts
Makin banyak bencana alam sejak akhir2 ni dengan taufannya, ribut, banjir, salji tebal.  Cuaca pun cepat sangat berubah awal pagi panas terik bila dah petang hujan lebat ribut petir segala.  Miri pun dah kena tempiasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 11:29 AM | Show all posts
subhanallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 11:53 AM | Show all posts









Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 11:54 AM | Show all posts
mn plak dpt nm sandy ni...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 12:25 PM | Show all posts
nama2 taufan ni semua letak nama2 perempuan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 01:20 PM | Show all posts
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 01:34 PM | Show all posts
menakutkan semua ne..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 01:46 PM | Show all posts
tetibe tingat cite hollywood 'the day after tomorrow'
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 02:28 PM | Show all posts
semoga abg saudara sekeluarga berada dlm keadaan selamat....
dan dijauhi dari segala malapetaka...
dh lh ade ank kecik..blackout plak tu..nk berhubung pn ssh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 02:59 PM | Show all posts
siannyer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 04:03 PM | Show all posts
cmf_Kimmy posted on 31-10-2012 12:25 PM
nama2 taufan ni semua letak nama2 perempuan....

Nama2 taufan diberi oleh NOAA. Diaorang buat list setiap enam tahun, jadi list 2012 akan guna 2018, 2013 akan guna 2019 dan seterusnya. List tahunan dibuat berselang nama lelaki dan pompuan disusun ikut A-Z....lepas Sandy ni kalau ada lagi hurricane, nama dia 'Tony'....kat Pasifik guna nama lain

Cuma kebetulan aje hurricane yang ganas2 ni nama2 dia pompuan, macam Sandy, Katrina.....ganas kot pompuan ni.....

Last edited by alphawolf on 31-10-2012 04:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 08:13 PM | Show all posts
cmf_Kimmy posted on 31-10-2012 12:25 PM
nama2 taufan ni semua letak nama2 perempuan....

sbb pompuan kalo mengamuk..ngalahkan taufan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 08:18 PM | Show all posts
dasatnya....
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 01:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.145162 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list