Pengedar rasmi kenderaan jenama Lamborghini di Malaysia, JH Italia Sdn Bhd, memperkenalkan model Lamborghini Aventador Roadster di pasaran negara pada harga sekitar RM3 juta seunit. Ketua Pegawai Operasinya, Marcus Chye berkata, JH Italia menyasarkan jualan sekitar lapan unit model berkenaan pada tahun hadapan. “Setakat ini kami telah menerima satu tempahan dan penghantaran dijangka pada Mei dan Jun 2013. Manakala, bagi pelanggan yang menempah selepas penghantaran pertama dilakukan, penghantaran seterusnya akan memakan masa kira-kira 18 bulan,” katanya selepas majlis pelancaran Lamborghini Aventador Roadster di Glenmarie, Shah Alam, semalam. Menurutnya, bagi tahun ini, JH Italia menjual kira-kira 50 unit model Lamboghini Aventador Coupe dan Gallardo. Waranti yang ditawarkan bagi Lamborghini Aventador Roadster adalah selama tiga tahun dengan jadual penyelenggaraan berkala setiap 12,000 kilometer.
mari2 beli...Warga CI ada minat?
|