CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9357|Reply: 41

JANJI SHIRAH~SETIAP AHAD 9.00PM

[Copy link]
Post time 15-1-2013 03:01 PM | Show all posts |Read mode


Sinopsis Drama Janji Shirah
Shirah merupakan seorang penuntut kolej di tahun akhir dalam jurusan perhubungan awam. Dia sentiasa ceria dengan hidupnya walaupun bukan berasal dari keluarga yang berada. Shirah mempunyai seorang teman lelaki, Luqman yang menuntut dalam jurusan kejuruteraaan. Shirah sangat rapat dengan Mira. Dalam diam, Mira menyimpan perasaan terhadap Luqman dan sudah nekad untuk mendapatkan Luqman dengan caranya tersendiri.
Kakak Shirah, Arfah terpaksa bekerja keras demi menyara anak-anaknya, Balqish, Afiq dan Liana kerana sikap suaminya, Zali yang lebih mengutamakan madunya, Nurin yang berasal dari keluarga kaya. Arfah berpesan kepada Shirah supaya menjaga anak-anaknya dan jangan memisahkan mereka bertiga sekiranya ada apa-apa yang terjadi pada dirinya kelak. Namun, Shirah hanya menganggap Arfah bergurau kerana menganggap dirinya masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Selepas Arfah meninggal dunia akibat barah otak, Shirah dibebani dengan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak saudaranya. Oleh kerana janjinya kepada Arfah dan juga sikap lepas tangan Zali yang enggan bertanggungjawab, Shirah terpaksa mencari kekuatan untuk menyara hidup 3 adik beradik itu walaupun masih belum habis belajar.
Mira berpura-pura simpati dengan Shirah dan mencari peluang untuk merosakkan hubungan Shirah dan Luqman. Keluarga Shirah pula, Mak Jenah (ibu Shirah), Redzuan (abang Shirah) dan Alina (kakak Shirah) masing-masing mempunyai kesulitan dan alasan sendiri untuk tidak menjaga Balqish, Afiq dan Liana.
Dr. Amir yang merawat Arfah dahulu muncul menghulurkan bantuan. Shirah terharu dengan kebaikannya. Hubungan rapat Dr. Amir dan Shirah telah menimbulkan rasa cemburu di hati Luqman. Justeru, hubungan Shirah dan Luqman menjadi dingin.
Shirah terkejut dengan permintaan Rania untuk Shirah berkahwin dengan suaminya, Dr. Amir demi menyelamatkan perkahwinan mereka yang tidak dikurniakan cahaya mata. Shirah berada dalam dilema. Apakah ini jalan penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi oleh Shirah? Adakah keputusan Shirah untuk berkahwin dengan Dr. Amir dapat menjaga kebajikan anak-anak saudaranya? Bagaimana pula dengan Luqman? Saksikan kisah selanjutnya dalam ‘Janji Shirah’ yang akan mula bersiaran pada 13 Januari, setiap hari Ahad jam 9.00 malam selama 2 jam.

Pelakon
Nabila Huda (Shirah)
Iqram Dinzly (Fahmi)
Airiel Zafril (Luqman)
Ako Mustapha (Dr. Amir)
Fauzi Nawawi (Zali)
Zarina Zainordin (Mira)
Arfah Damanhuri (Mak Jenah)
Zarina Zainudin (Alina)
Sherry Merlis (Arfah)
Airis Yasmin (Nurin)
Ika Nabila (Tintin)
Hairi Safwan (Azri)
Watie Sadali (Raini)

credit~budiey @ EDtv


Last edited by sue87 on 15-1-2013 03:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 03:04 PM | Show all posts
Promo....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:05 PM | Show all posts
sape tgk cite nie ahad lepas....aku tgk tok ep1 best ar...tayang 2 jam...zarina watak die cam cite ameera gak dok meroyan ke jantan...hero best cme heroinnyer aku x berkenan sgt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 03:11 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 03:59 PM | Show all posts
aku tgk cerita ni sebab hero......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 04:07 PM | Show all posts
^yap hero die best...yg jd ank2 arfah tu pon seme pande belakon...yg somi arfah tu keje guard jerk tp kawin smpe due...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2013 04:13 PM | Show all posts
bersambung rupenya citer ni..pttle tgk ending mcm x siap je.. x penah2 drama siri 2 jam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 04:36 PM | Show all posts
kupu2siang posted on 15-1-2013 04:13 PM
bersambung rupenya citer ni..pttle tgk ending mcm x siap je.. x penah2 drama siri 2 jam...

yap ade 13episod seme...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 04:41 PM | Show all posts
sue87 posted on 15-1-2013 04:36 PM
yap ade 13episod seme...

okeh tq

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 04:59 PM | Show all posts
sue87 posted on 15-1-2013 03:05 PM
sape tgk cite nie ahad lepas....aku tgk tok ep1 best ar...tayang 2 jam...zarina watak die cam cite a ...

a'ahkan..slalu berlakon psycho...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 10:12 PM | Show all posts
tgk cita ni & akan ikut sbb nabila berlakon. wpun pangai dia hazab tp lakonan dia best tp semak ah zarina tu. asik sama je lakonan..org meroyan. terjerit2x. bosanlah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 09:20 AM | Show all posts
Best gak citer ni...cuma bosan la tgk zarina @ mira tu..asal berlakon mesti bawak watak2 mcm tu...meroyan2 pehtu kekwat...selalu sgt dia dgn watak tu sampai penonton tgk pun dah x ada kelainan dlm setiap drama yg dia bintangi...bosan lak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 09:42 AM | Show all posts
AnisSuraya posted on 16-1-2013 09:20 AM
Best gak citer ni...cuma bosan la tgk zarina @ mira tu..asal berlakon mesti bawak watak2 mcm tu...me ...

tau x pe...dr cite ameera aritu pastu cite mimpi cinderella pon cam tu gak...dok terjerit2 meroyan kat jantan...psyko semacam jerk...xde kelainan lansung watak die...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 09:44 AM | Show all posts
izzah_mia posted on 15-1-2013 10:12 PM
tgk cita ni & akan ikut sbb nabila berlakon. wpun pangai dia hazab tp lakonan dia best tp semak ah z ...

aku kureng ckit ngan nabila huda walaupon die pande berlakon...pastu dah la heronyer mude sgt nmpk sgat cam kakak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 02:57 PM | Show all posts
cite mcm best tp bosan la si nabila nie....
ntah..x berkenan di mata ku die nie.....
laaariiiikkkkk.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 04:16 PM | Show all posts
AnisSuraya posted on 16-1-2013 09:20 AM
Best gak citer ni...cuma bosan la tgk zarina @ mira tu..asal berlakon mesti bawak watak2 mcm tu...me ...

betul tu... zaeina ni pandai berlakon... tapi selalu bawa watak saiko macam ni..
lepas ni harap2 la dia pandai memilih sikit....

macam izreen tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2013 12:16 PM | Show all posts
saiko giler zarina dalam cite ni.jahak gilerrr

die ni makin lame makin seksi kan??? dulu kemain muke suci je mase nak bg fail AF dulu...hhuhuhuh

kadang2 iols tgk die ni cm nak tiru stail victoria beckam je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2013 12:18 PM | Show all posts
^wow ade hati nk tiru posh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 12:33 PM | Show all posts
sue87 posted on 17-1-2013 12:18 PM
^wow ade hati nk tiru posh...

tgk la gn pakai seksi,pastu gaya rambut pendek tu cm posh kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 03:37 PM | Show all posts
fiezameysekali posted on 17-1-2013 12:33 PM
tgk la gn pakai seksi,pastu gaya rambut pendek tu cm posh kan..

yuppp..agreed...mmg dia tiru gaya posh......ketara sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.389698 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list