CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6806|Reply: 28

Zulkifli Zain bakal bergelar Datuk

[Copy link]
Post time 18-1-2013 06:15 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya... Zulkifli bakal bergelar Datuk



Tahniah Cik Normah ucapkan kepada penggiat seni tari yang juga pelakon veteran, Zulkifli Zain, apabila dia dikatakan bakal menerima Anugerah Datuk Setia Di Raja Kedah (DSDK) pada 20 Januari ini. Anugerah itu membawa gelaran Datuk.

Khabarnya, Zulkifli yang sekian lama terbabit dalam pelbagai cabang seni cukup terharu apabila mendapati namanya turut disenaraikan sebagai penerima anugerah berkenaan, yang bakal disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.


Sumbangan dihargai      
            
Dalam mesej ringkas yang dihantar kepada seorang teman sepejabat, Zulkifli berasakan pembabitannya dalam bidang seni selama ini akhirnya mendapat penghargaan.

“Syukur alhamdulillah, tak sia-sia saya membabitkan diri dalam pelbagai bidang seni seperti seni tari, teater, drama TV, filem dan radio. Saya juga pernah menjadi duta kecil negara bersama rombongan kebudayaan, wakil negara ke festival filem dan festival teater Asean. Perjuangan dan pengorbanan saya selama ini dihargai,” katanya.

Suami kepada pelakon Normala Omar ini dilahirkan di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah pada 4 Julai 1944.

Hasil perkongsian hidup bersama pelakon veteran berkenaan, dia dianugerahkan lima cahaya mata termasuk penggiat teater terkenal, Norzizi, yang kini melanjutkan pengajian di Australia.      

Antara filem lakonan Zulkifli ialah Senario Lagi, Scoop, Kecil-Kecil Cili Api, Matinya Seorang Patriot, Penentuan, Anak Sulung Tujuh Keturunan, Potret Maria, Sesejuk Air Mata Ibu, Tiada Esok Bagimu, Sayang Anakku Sayang dan Jiwa Remaja. Terbaru, dia juga muncul dalam filem Sofazr the Movie Jiwa Kacau.                                


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dengarnya___ZulkiflibakalbergelarDatuk/Article

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 06:32 AM | Show all posts
dia ada buat aktiviti kemasyarakatan lain kah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 07:22 AM | Show all posts
oklha tuh .. selagi bukan negeri tuh uyagn bagi .. then ok lah kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 07:33 AM | Show all posts
pnah  ngaja  kat skolah,
ngaja ank lelaki dia
norzabaiq kot namanya
low profile.bgs la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 07:35 AM | Show all posts
dah jadi perkara biasa dah gelaran datuk tu.. dah ramai sgt.. tp utk artis veteran ok je.. ni yg muda mudi pun dah dpt datuk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:45 AM | Show all posts

Happy for him and his wife. Congrats!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2013 08:48 AM | Show all posts
bkn die pon model iklan polident ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:56 AM | Show all posts
jap nak tanya. try gugel tapi tak jumpe pulak.
kalau dapat gelaran nie, in this case dato', ade dapat ape2 perks ke? elaun ke?
I tau elaun Agong dgn bekas Agong jeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 06:25 PM | Show all posts
tahniahh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 07:10 PM | Show all posts
Ramai bebenar artis yg da jadi Dato ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:11 PM | Show all posts
kenal dia nih masa dia keje kat hospital kuala lumpur lagi...masa tu i kanak2 lagi..

congrats to him and wife
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:17 PM | Show all posts
sombong pak cik ni. dulu2 mmber dgn ayh aku, sekali jumpa dkt bazar ramadhan alor star bapak aku g jabat tgn dia buat toya2 mcm knl xknl spth haram pon xbrckp mcm nk xnk je salam. bajet bapak aku peminat dia kot xmo dignggu time mmbeli
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:35 PM | Show all posts
tahniah. dpt datuk xmenjamin kehidupan bahagia di kemudian hari. simpan duit2 ya. jgn jd datuk yg kayap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 08:39 PM | Show all posts
baguslah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 10:30 PM | Show all posts
tak kenal maka
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 08:59 AM | Show all posts
skang ni dgr pangkat datuk dah tak heran. macam murah sgt pangkat tuh. ada yg sesetengah tu, taktau pun apa jasa dia buat..tup2 dapat datuk..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2013 10:26 AM | Show all posts
tahniah kalau betul....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 11:05 AM | Show all posts
Kat malaysia ni baling batu 80% yang kena mesti dato
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 11:07 AM | Show all posts
tahniahhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2013 11:43 AM | Show all posts
tahniah datuk zulkifli & datin normala.. memang patut pun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.127010 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list