CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23362|Reply: 146

Raja Azmi : Filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit Gagal & Tidak Menarik!

[Copy link]
Post time 1-2-2013 09:37 AM | Show all posts |Read mode


Berbanding filem-filem­nya terdahulu, Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit sentuhan sutradara terkenal, Mamat Khalid dilihat kurang istimewa atau berbeza.

Demikian pendapat penerbit filem popular, Raja Azmi Raja Sulaiman yang berkesempatan menontonnya ketika tayangan perdana minggu lalu selain berpendapat filem genre komedi suspens ini tidak menepati jang­kaannya.

“Mungkin kerana saya begitu kagum dengan naskhah Mamat sebelum ini, Man Laksa yang begitu kuat mesej dan plot cerita­nya serta komedi yang bersahaja, jadi saya sedikit kecewa selepas menyaksikan filem ini,” katanya kepada Projektor.

Raja Azmi yang juga penerbit filem ...Dalam Botol berkata, Mamat bagai sudah kekeri­ngan idea & gagal dalam meng­garap komedi filem ini selain tidak langsung nampak akan mesej tersirat yang cuba diterjemahkan.

“Identiti Mamat sebagai pembikin filem dan pencetus idea jelas menerusi karyanya ini. Kiranya peminat masih mampu melihat karakter pengarahan dan idea Mamat dalam filem ini cuma ia sedikit longgar dan tidak meninggalkan kesan kepada saya sebagai penonton.

“Komedi yang ditampil­kan adalah sesuatu yang sudah boleh dijangka dan tiada kelainan yang cuba disuntik. Malah saya sendiri yang begitu gemar naskhah komedi tidak dapat merasakan apa yang cuba ingin diceritakan,” kata penerbit kontroversi ini.

“Saya hanya kecewa kerana tidak berpeluang untuk berseronok sebagaimana ketika menonton Man Laksa sebelum ini,” katanya.

Raja Azmi berpendapat apa yang cuba diceritakan Mamat dalam filemnya ini gagal menarik tumpuannya hingga membuatkan fokusnya menyimpang jauh.

“Filem ini kebetulan mungkin tidak kena dengan selera saya selaku penonton. Namun saya yakin mereka yang pernah menonton siri pertamanya, Hantu Kak Limah akan terhibur.

“Seperkara yang harus saya sentuh khususnya soal lakonan dan persembahan pelakonnya, ia agak kelam-kabut kerana Mamat terlalu banyak menghidupkan watak sampingan yang tidak punya fungsi.

“Jujurnya mengikut penilaian saya, filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit sederhana dan bukanlah karya terbaik sutradara terkenal ini. Saya berikan dua bintang untuk filem ini,” katanya


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kurangmenyengat_//Article/index_html

Last edited by RatuDunia94 on 1-2-2013 09:44 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 09:41 AM | Show all posts
sekadar pendapat peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 09:53 AM | Show all posts
Pompuan ni berambus ko dari industri...xde sumbangan ... Wartawan sila hentikan temubual pompuan ni.... Dia ni nobody....x penting...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 09:56 AM | Show all posts
pendapat dia...sedangkan aku tgk zombie kg. pisang, HKLBR pn 2,3,4 kali baru paham
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 09:58 AM | Show all posts
ermmmm,tgk trailer dia pon mcm kureng sket citer ni
tp papepon tggu jela..sekurang2nya cite abe mamat ni blh layan dpd cite kaka raja azmi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 09:58 AM | Show all posts
whatever la kak oi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2013 11:06 AM | Show all posts
hahaha .. nenek dah bersuara lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:09 AM | Show all posts
citer2 mamat khalid kan mmg pelik2...ade maksud tersembunyi..kalau tgk sambil lewa mmg x paham..kena tgk byk kali baru dpt tangkap maksud dia.. kekadang mase time lawak tuh gelak golek2 bila pikir2 balik dia sebenarnye menyindir huhuhu

ape pn aku mmg suka citer2 mamat khalid nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 11:12 AM | Show all posts
aku tak pernah minat pun cerita raja azmi nih... dan takder rasa langsung nak tgk... bila tgk nama dia mmmg x nak tgk bukan tak nak tgk, mmg xder rasa nak ambil tahu pun...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:15 AM | Show all posts
I pun nak berseperdapat macam RA.. citer nampak hambar... pelakon semua sendu pada i..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:16 AM | Show all posts
Yang penting tindakan dia nak mensekskan rakyat malaysia dengan cerita seks pelbagai dimensi dia gagal. kutipan filem dia 200 000 pun tak lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:17 AM | Show all posts
Hehehe, pendapat peribadi dia je pun... Pada aku karya2 mamat khalid ni still boleh dicerna akal fikiran aku lagi... Kalau nak compare dgn filem2 keluaran MIG yg pada aku mmg tahap longkang... Malah pada aku cerita paling busuk pernah dikeluarkan oleh MIG adalah 'Suatu Malam Kubur Berasap'... First time dalam hidup aku, aku tgk citer komedi dari mula cerita sampai pertengahan tanpa ada senyuman, apatah lagi ketawa... So, bila dah tgk smpi separuh jalan pun aku langsung tak jumpa komedinya, terus aku tutup je ar citer tu... Then layan citer 'Little Nicky' (Adam Sandler)... Lagi berbaloi-baloi... Hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:18 AM | Show all posts
johan takde eh dalam cerita ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:24 AM | Show all posts
mcm la cite die bgs sgt..nak komen cite org x menarik bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:32 AM | Show all posts
cite ... dalam botol ngn kak limah 2 mne best ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:32 AM | Show all posts
SAMPAI SEKARANG AKU TAK PENAH KHATAM TGK HANTU KAK LIMAH BALIK UMAH......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 11:39 AM | Show all posts
raja azmi...ada aku kesah pendapat ko?filem ko pon tahap sampah ada hati nak komen filem org...at least filem mamat khalid pernah menang awards..aku mmg suka karya2 mamat khalid.ada isi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:39 AM | Show all posts
mamat dan RA taraf anda beza genre je.. satu suka seks yg lagi satu suka citer hantu/loghat perak/color movie pun kelam... dan smpi skarang aku tak paham citer bila malam bulan mengambang..  
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:43 AM | Show all posts
At least dia jujur...pendapat memasing kan....

Cuma filem2 terbitan kak raja sebelom ni bagus sgt ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 11:52 AM | Show all posts
hahaha..BILA NENEK TUA MEMBUAK MULUTNYE....jadi yang keluar.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.513773 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list