View: 36612|Reply: 214
|
Pelakon Nak Hadiahkan Banglo 1.5j (Janda Umur 23 Offer Jd Isteri- Pg8)
[Copy link]
|
|
Pelakon uzur cari calon isteri 7 0 Google +0 1 0Cetak
Oleh NORIAH IDRIS dan FIRDAUS SAHAT
Kajang: “Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia, asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup (berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo di Taman Keramat, kepada bakal isteri.”
Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga makan minumnya.
Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta.
Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.
BANGLO milik Ibrahim bernilai lebih RM1.8 juta di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat persetujuannya.
Ketika zaman mudanya, Ibrahim antara pelakon utama Kebun Pak Awang yang berjaya mengangkat populariti drama radio berunsur pembangunan terbitan RTM itu hingga mampu bersiaran selama sedekad.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Last edited by juliez on 24-2-2013 10:00 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni mesti anak2 dia berebut nak jaga bapa derang semula. |
|
|
|
|
|
|
|
klu kat T Keramat nilai banglo dah lebih 1.8 jota
rumah teres corner lot pun dah lebih 1 jota |
|
|
|
|
|
|
|
wow. ada ke yg nak hntr borang permohonan? |
|
|
|
|
|
|
|
7 orang anak..sorang pon tak jemput...kasihan uncle nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
fikirkan takde anak...ada TUJUH org. hmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Banglo disewakan beberapa tahun lalu
Kuala Lumpur: Banglo lama dua tingkat milik pelakon radio popular 1970-an, Ibrahim Othman, 83, atau lebih mesra disapa Pak Berahim, disewakan sejak beberapa tahun lalu.
Tinjauan Metro Ahad ke rumah itu kelmarin mendapati, banglo berkenaan diubah suai dan dibahagikan kepada empat unit dengan setiap satunya mempunyai tiga bilik.
Keadaan banglo itu sunyi, mungkin kerana kebanyakan penghuni keluar bekerja dan anak pula ke sekolah.
Menurut penyewa banglo yang mahu dikenali sebagai Abang Zek, dia menyewa rumah itu setahun lalu dan sepanjang tempoh itu hanya berurusan dengan anak perempuan pelakon berkenaan untuk urusan bayaran.
“Kami dikenakan sewa RM700 sebulan. Rumah tiga bilik ini selesa buat kami lima beranak,” kata bekas pesara tentera yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan itu.
Seorang lagi penyewa dikenali sebagai Yan berkata, dia menyewa banglo itu lima tahun lalu dan pernah bertemu pemilik rumah iaitu Pak Berahim yang turut menghuni di tingkat atas sebelum berpindah ke rumah anak perempuannya di Kelantan.
Namun, katanya, sudah lama dia tidak bertemu Pak Berahim dan terkejut apabila diberitahu lelaki itu kini terlantar di sebuah pusat jagaan di Kajang.
“Mengenai bayaran sewa setiap bulan, suami yang berurusan dengan anaknya yang bertanggungjawab mengutip sewa rumah.
“Sebagai penyewa, kami tidak pernah mencampuri urusan keluarga Pak Berahim, bahkan jarang mengambil tahu mengenai dia sebab kami hanya penyewa.
“Segala urusan berkaitan bayaran bulanan hanya diurus suami bersama anaknya iaitu Nor yang menetap di Kelantan,” katanya.
Jiran, Shahrum Ahmad, 46, berkata, dia tinggal di situ tiga tahun lalu dan banyak mendengar mengenai Pak Berahim daripada jiran lain.
“Saya tahu Pak Berahim sakit dan tidak menyangka dia kini ditempatkan di pusat jagaan orang tua. Sepanjang mengenalinya, Pak Berahim bekas pelakon radio popular dan tidak sombong.
“Dia juga sukakan kanak-kanak. Saya sudah lama tak nampak Pak Berahim. Cuma, pernah satu masa saya nampak polis dan ambulans datang mengambil Pak Berahim, tapi tak pasti ke mana dia dibawa.
“Jika benar dia ditempatkan di pusat jagaan, sebagai jiran kami sungguh bersimpati dengan nasibnya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09
0 0 Google +0 0 0 Last edited by juliez on 10-2-2013 09:35 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ada anak pun tak boleh diharap 7 org anak tapi seorang ayah tak dpt dijaga
|
|
|
|
|
|
|
|
duit sewa amik ..bapak dihantar ke pusat penjagaan...!kesian betul nasib pak cik ni.Yang nak jadi isteri mesti laa sedia berkorban dulu keringat dan perasaan sebab bukan senang nak jaga orang tua yg sakit..banyak kerenahnya.kena jaga seikhlas hati bukan jadi isteri semata2 nak reta berjota. |
|
|
|
|
|
|
|
p/s : duit sewa yg cecah ribu tiap bulan tu pergi mana? Bukan penyewa bayar
Dkt anak dia ni ker? Boleh pula ckp tak mampu nak cari org gaji.
Ayah memang pandai buat cerita
Kuala Lumpur: “Ayah memang pandai berlakon hingga ramai orang mempercayai apa saja perbuatan atau percakapannya,” kata Nor, 48, yang menafikan dia mengabaikan bapanya juga dramatis radio veteran terkenal, Ibrahim Othman.
Nor yang tinggal di Kota Bharu, Kelantan berkata, antara peristiwa tidak mampu dilupakan sepanjang menjaga ayahnya ialah dia dituduh mendera orang tuanya.
“Sepanjang setahun setengah menjaga ayah, banyak kerenah dilakukan, antaranya suka membuat bising dan mendesak saya menghantarnya pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur.
“Saya tidak nafikan itu rumah ayah dan dia berhak tinggal di situ, tapi siapa yang nak jaga dia kerana kami semua sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Paling tidak tahan apabila ayah menghubungi polis sebanyak tiga kali dan mengatakan kami menderanya dan mungkin ada yang percaya dengan cerita rekaannya. Namun apabila polis mendapat penjelasan, baru mereka tahu kedudukan sebenar.
“Pernah satu masa, ayah menyembunyikan diri di bawah tangga rumah dan ada kalanya dia tidak mahu bertemu sesiapa serta enggan berbual dengan kami dengan alasan dia trauma,” katanya ketika dihubungi.
Nor, anak ketiga daripada tujuh beradik, mengulas tuduhan Ibrahim yang mendakwa dia yang juga anak kesayangan keluarga gagal menunaikan amanat arwah ibunya untuk menjaga ayahnya pada usia tua.
Menurut Nor, selepas berbincang sesama adik-beradik, mereka sepakat membenarkan bapa pulang ke ibu kota tetapi disebabkan masalah kesihatan, Ibrahim dimasukkan ke hospital sebelum dihantar ke Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, Kajang, sejak tiga bulan lalu.
Katanya, dia pernah mengambil orang gaji untuk menjaga bapanya walaupun sebenarnya tidak berkemampuan berbuat demikian disebabkan kekangan kewangan.
“Anak saya masih belajar dan ada yang menuntut di universiti dan memerlukan banyak belanja. Namun saya usahakan juga ambil orang gaji untuk bantu jaga ayah, cuma tidak lama.
“Apabila kos makin mahal dan saya tak mampu, kami sepakat membenarkan ayah kembali ke ibu kota. Sepanjang dia dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pusat jagaan berkenaan, saya selalu bertanya khabar ayah tetapi mungkin dia tidak menyedarinya.
“Walaupun tinggal jauh, saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik ada abg Zed
Seniman akan ziarah, lihat keadaan Ibrahim
Kuala Lumpur: “Kami akan ziarah Ibrahim Othman dan lihat keadaannya. Ibrahim antara kes terpinggir. Lagipun, di bawah Seniman ada 5,000 ahli. Jadi tidak mustahil kami tercicir satu atau dua kes seperti ini, lebih-lebih lagi apabila tiada maklumat mengenai mereka,” kata Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Menurut Zed, Seniman akan membantu ahlinya yang memerlukan bantuan walaupun tidak mempunyai dana besar.
“Jika mereka ahli dan benar-benar memerlukan bantuan, kami akan beri. Begitupun, kami perlu melawatnya terlebih dulu dan meneliti kehidupannya selama ini.
“Kalau sakit, kita akan dapatkan bantuan doktor dan laporan kesihatannya. Jika perlu, kami akan keluarkan duit sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini.
Zed berkata, jika ada artis veteran yang tidak berdaftar sebagai ahli, Seniman masih akan membantu dan berusaha memberi bantuan bersesuaian.
“Jika bukan ahli Seniman, kita masih akan membantu. Mungkin kita akan keluarkan surat sokongan kepada Ibrahim bagi mendapatkan bantuan menerusi Tabung Penggiat Seni Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
“Bagaimanapun, Seniman akan berjumpa Ibrahim dalam masa terdekat bagi meninjau keadaannya. Terima kasih kepada Metro Ahad kerana menyalurkan maklumat ini.
“Jika tidak, kami tidak akan tahu keadaan dan nasib yang menimpanya. Dia artis veteran. Walaupun tidak popular seperti pelakon TV, namun ketika zamannya Ibrahim satu nama besar.
“Bagi menghargai khidmatnya selama ini, kami akan lakukan sebaik mungkin bagi membantunya,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
juliez posted on 10-2-2013 09:43 AM 
nasib baik ada abg Zed
Seniman akan ziarah, lihat keadaan Ibrahim
zed zaidi gak jadi hero malaya 
|
|
|
|
|
|
|
|
Sudahnya ZZ jugak yg kena tolong |
|
|
|
|
|
|
|
Duit sewa kau ambik.. Bapak kau tak nak ambik.. |
|
|
|
|
|
|
|
orang tua memang banyak karenah
kena banyak2 bersabar bila jaga org tua
dan selalunya cakap dia pon dah takleh percaya 100%
dah bcampur realiti ngan fantasi dah |
|
|
|
|
|
|
|
Where there's a will there's a relative! bak kata omputih |
|
|
|
|
|
|
|
hoh..7 org anak pun sorg pun tak snggup jaga..takpe la..yg penting kualiti kn..bukan kuantiti..kensel dah aku nk anak byk2 |
|
|
|
|
|
|
|
duit sewa umah tu, boleh buat upah org jaga dia..
ada je pusat jagaan org tua yg bolehkan org tua tu duduk situ, siap berbilik lg.. dijaga 24jam petugas yg berkelayakan, anak2 leh dtg melawat hari2 atau hujung minggu leh bwk balik umah kejap..
rasanya hasil sewa umah tu memadai utk belanja ke pusat rawatan gitu.. kalo benar2 yg anak2 dia xnak jaga la kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau banglo tu dh bahagi 3, satu rumah 700, 3 rumah 2100. Anak2 jgnlah mkn duit tu, guna duit tu bt bayar maid... |
|
|
|
|
|
|
|
Wasiat sahaja rumah itu jadi wakaf biar anak anak terlopong sahaja |
|
|
|
|
|
|
| |
|