melalui facebook Intens Idea Fauziah Ashari (syarikat penerbitan milik novelis Fauziah Ashari), FA telah memuatnaik status berkenan adaptasi novel Matahari Cerah Lagi iaitu karya ke 7 FA..ni update status FB milik FA..dan katanya AA dah berminat pegang watak YEM iaitu karektor lelaki terencat akal..dan FA sedang mencari hero n heroin yg sesuai tuk bawak watak Adam dan Suha serta watak kedua penting iaitu Munir (ayah Adam + suami Suha) - <div class="blockcode"><blockquote>Sembang2 petang 7/3/13...Matahari Cerah Lagi karya FA yg ke 7 (kalau x silap) sudah di peringkat akhir persetujuan oleh pihak atasan Astro untuk diadaptasi...."semua panel pemilihan suka MCL" itu cerita Datin Zaiton, Global Stations pada FA petang semalam...
- Dan katanya lagi...AA offer diri nak pegang watak Yem. Tak nak jadi hero tp nak jd lelaki telus yg miring otaknya...Ermm...AA sungguh2 mahukan watak Yem...malah novel tu sudah di tangannya....AA yg baca atau wife dia yg baca tak tau la pulak FA....hehehee
Copy the Code...................................................................................................................................................................
dan ini sinopsis novel Matahari Cerah Lagi (MCL)
Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.
Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Adakah Suha terus nestapa?
Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?
Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.
Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.
Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.
Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.
....................................................................................................................................................................................
dan ini adalah review dari pembaca MCL
Akhirnya muncul juga karya dari penulis yg ramai tertunggu-tunggu kehadiran sentuhan terbaru darinya. Kali ini Fauziah Ashari memilih tema cinta yg lebih berat dan konflik yg agak rumit. Bagi aku kisah seorg gadis belasan tahun berkahwin dgn seorg lelaki 50-an yg mempunyai anak2 yg jauh lebih tua dari ibu tiri mereka adalah sesuatu yg rumit.
Suha adalah gadis kecil yg teraniaya dek ibu tirinya yg menjaganya semata-mata kerana harta. Suha tersiksa dan dia sentiasa dicurigai ibu tirinya kerana disangka berpeleseran dgn macam2 lelaki sehingga Suha tidak berani langsung bertegur sapa dgn mana2 lelaki.
Watak Nazirul adalah watak jahat yg menarik perhatian aku. Kemunculannya tidak sampai 5% dari jalan cerita tetapi mulutnya yg lancar melafaz fitnah yg sgt believable kepada siapa saja yg mendengarnya membuatkan watak kenit ni sgt2 memorable. eeee geremmmmmmmmmm. A character that we love to hate!
Suha difitnah Nazirul sehingga hilang kepercayaan adik tirinya yg kelihatan seperti satu2nya watak dlm familinya yg berfikiran positif. Segala kepercayaan musnah sekelip mata dan ibunya membuat keputusan utk mengahwin kan dia dgn Yem, seorg pemuda terencat akal di kampung mereka. Suha tidak membenci Yem tetapi dia tak sanggup bersuamikan lelaki seperti itu. Dia berhak mendapat kehidupan yg jauh lebih baik dari apa yg dia ada sekarang.
Munir, lelaki 50-an yg muncul sbg penyelamat tiba2 pulak jadi suami Suha. Part ni aku tak dpt proses sikit. Kalau betul dia nak selamatkan sorg gadis yg baru dpt result spm, byk cara lain dia buleh buat. Kenapa nak kawin? Watak Munir bukannya lelaki yg gatal tapi biler baca seterusnya, dia mcm ada masalah mental sikit selepas mendapati arwah isterinya curang dgn lelaki lain. Tapi kenapa tindakan isterinya curang membuatkan dia nak beristeri berumur 18 thn? yg tu aku tk dapat relate.
Nasib Suha tidak berubah baik setelah mengikut Munir. Lebih kurang jer sakit hati masa hidup bersama ibu tirinya. Munir yg di awal cerita kelihatan gentleman dan baik hati rupa2nya ada masalah utk mempercayai seorg isteri. Anak sulungnya, Adam, dituduh menaruh hati pada Suha lantas kedua2 mereka dihalau dari rumah. Memang Adam dan Suha seperti ada chemistry antara satu sama lain. Selang beberapa tahun, Suha sudah mempunyai kehidupan yg lebih baik setelah diselamatkan oleh seorg wanita yg berkerjaya. Dia menyara Suha spt adiknya sendiri dan menyerahkan perniagaannya kpd Suha.
Adam pulak sudah membina karier sendiri dan menjadi lelaki licik yg penuh dgn perancangan rapi terutamanya setelah terserempak semula dgn Suha yg dianggap punca dia dibuang keluarga.
Munir sudah bakal bergelar datuk dan akan berkahwin dgn wanita yg ada gelaran Tengku. Dia lupa kah yg dia belum pernah menceraikan Suha?oh, tak lupa...
Semakin Adam cuba menyakiti dan membalas dendam pada Suha, semakin dia memahami duduk cerita sebenar dan penderitaan yg ditanggung Suha membuat Adam bersimpati dan mula bertukar kepada sayang dan cinta. Mana mungkin ibu tiri kawin dgn anak tiri? Suha cuma akan mengahwini Adam sekiranya hukum Allah membenarkan... haaa.. ini bakal membongkar satu lagi rahsia gelap keluarga Adam.
REntak penceritaan yg rancak kerana penuh teka teki yg kita mahukan jawapan. Cerita lebih dirancakkan dgn sentuhan thriller yg mendebarkan terutamanya di hujung2 cerita.
....................................................................................................................................................................................
so kepada peminat MCL dan karya FA khususnya, anda boleh memberi cadangan siapakah pelakon yang layak membawatak Adam, Suha, dan Munir.....anda boleh cadangkan disini atau terus ke laman FB FA...
sumber: FB Intens Idea Fauziah Ashari, Alaf21 dan blog Alongside
Last edited by mrsrezza on 9-3-2013 03:47 PM
|