|
![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.138332.1362957454!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg)
Danny Ooi menyerahkan sijil Malaysia Book of Records kepada Nik Ali disaksikan Ismail Sabri dan 1,400 belia yang mengambil bahagian.
BERA - Seramai 1,400 belia di daerah ini mencatat sejarah apabila memecah rekod dengan menuang minyak hitam ke motosikal masing-masing secara serentak, semalam.
Kejayaan turut direkodkan dalam Malaysia Book of Records yang disaksikan Pengarah Urusannya, Datuk Danny Ooi.
Semua belia diberi minyak hitam berjenama Petronas secara percuma dan masing-masing bersedia di motosikal sendiri bagi acara bersejarah itu.
Peserta, Mohd Alifid Arifin, 17, berkata, bersesuaian dengan jiwa anak muda, mereka yang mempunyai motosikal sendiri sanggup datang dari jauh untuk menyertainya.
“Saya bersama 50 rakan lain sanggup datang dari Felda Tembangau semata-mata untuk menjayakan program ini.
“Bukan hanya mahu menukar minyak hitam secara percuma tetapi menjadi kebanggaan apabila kami adalah sebahagian yang berjaya memecah rekod yang dicatat Malaysia Book of Records sebelum ini,” katanya.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan CEO Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Nik Yunus.
|
|