CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25755|Reply: 22

KISAH SERAM MISTERI GUNUNG STONG

[Copy link]
Post time 9-5-2013 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mastika at 26-4-2015 02:00 PM


Perjalanan Masa Naik
Kisah Seram ini berlaku kira-kira setahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspidisi Rakan Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di hutan Jelawang di negeri Kelantan. Kami sampai ketapak perkhemahan Gunung Stong jam 8:00 malam. Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi dibilik air yang disediakan, dan ada yang mandi disungai yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhati gerak-geri kami.
Aku tidak berani turun ke sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Selepas makan malam, masing-masing membuat aktiviti bebas. Aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi Gunung Stong yang lain. Kami bercerita sehingga lewat malam. Ketika hendak memasuki khemah untuk berehat, aku terkejut kerana aku ternampak kelibat sesuatu didalam khemah. Rakan satu khemah aku sudah lama hanyut dibuai mimpi. Sepanjang malam, aku tidak nyenyak tidur kerana terdengar bunyi-bunyi haiwan hutan yang kadangkala mengerikan.
Kira-kira jam 6:00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap-siap mendaki Gunung Stong. Masing-masing agak keletihan, maklumlah semalam kami menaiki bas untuk kekawasan ini selama lebih lapan jam (dari Johor Bahru). Selepas sarapan, masing-masing bersiap untuk mendaki. Setibanya dikaki Gunung Stong, salah seorang peserta tiba-tiba menarik diri kerana kakinya bengkak. Tidak tahu apakah puncanya. Yang lainnya meneruskan perjalanan. Kami merentasi berbagai halangan seperti anak sungai, air terjun dan hutan belukar. Masing-masing kelihatan letih tetapi penuh semangat untuk meneruskan perjalanan.

Kami sampai dipertengahan Gunung Stong lewat petang dan bersiap untuk bermalam disitu selepas turun dari puncak gunung nanti. Waktu itu ada diantara kami yang sudah tidak berdaya melangkah dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Stong. Mereka hanya menunggu kami di khemah. Aku bersama peserta yang lain meneruskan perjalanan kami. Cahaya matahari semakin kelam dan suasana semakin sejuk. Akhirnya kami tiba dipuncak hampir waktu Maghrib. Kami sempat bergambar. Waktu itu aku merasa tersangat letih dan lapar. Nasib baik aku ada membawa sedikit bekalan. Kami berkongsi makanan.


Sesat

Dalam perjalanan turun, aku adalah diantara yang terakhir. Hari semakin gelap. Apabila sampai disuatu kawasan, kami terdengar suara siamang bersahut-sahutan seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Ada diantara peserta wanita yang kecut perut kerana bunyi itu rasanya betul-betul diatas kepala kami. Dengan hanya berpandukan lampu suluh dan panduan dari peserta yang berpengalaman mendaki Gunung Stong, kami menuruni gunung sambil berpengangan tangan. Ada diantara kami yang sudah terlalu lemah dan jatuh pengsan. Ini menyebabkan perjalanan kami terhenti beberapa kali. Aku merasa aneh kerana kami masih belum sampai ke kawasan perkhemahan kami walaupun sudah lebih dua jam kami berjalan. Aku rasa aku telah melalui satu kawasan yang sama dimana terdapat pokok yang besar-besar entah berapa kali. Akhirnya guru pandu kami mengakui yang dia tidak berjumpa jalan asal yang kami lalui semasa mendaki kepuncak Gunung Stong tadi. Kami menjadi risau, tetapi nasib baik semua berjaya mengawal perasaan. Salah seorang dari kami mencadangkan agar kami meneruskan perjalanan, tetapi masing-masing merasa bimbang kalau-kalau kami semakin jauh tersesat didalam hutan.

Entah macam mana tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda misteri. Masing-masing memakai serban dan jubah putih. Mereka memberi salam. Kami menjawab salam mereka dan menceritakan masalah kami. Menurut mereka, kejadian seperti ini memang selalu berlaku. Mereka menasihatkan kami agar teruskan perjalanan menuruni Gunung Stong sambil menunjuk kesatu arah. Masing-masing melihat kearah yang ditunjukkan. Belum pun sempat kami mengucapkan terima kasih, kumpulan pemuda tadi hilang entah kemana. Masing-masing terdiam. Kami meneruskan perjalanan kearah yang ditunjukkan dan tidak lama kemudian kami ternampak cahaya kelam yang datangnya dari kawasan perkhemahan kami. Sesampai sahaja dikhemah, kami terus dihujani dengan berbagai pertanyaan. Kami tersesat lebih dari satu jam.

Nasib baik ada kumpulan misteri yang berjubah tadi membantu kami.


Yang menghairankan kami, untuk apa mereka menuju arah ke puncak Gunung Stong sedangkan di sana tidak terdapat sebarang perkampungan pun. Entah kenapa, walaupun letih, aku merasa susah untuk tidur. Diluar hujan turun dengan lebatnya. Aku merasa risau kerana khemah kami didirikan diatas tanah yang tidak berapa rata. Takut nanti kami hanyut dibawa arus atau tanah runtuh.

Keesokkan harinya, kami berkemas untuk turun dari puncak Gunung Stong ketapak perkhemahan kami sebelum ini. Dalam perjalanan turun, masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing. Disamping itu kami terpaksa berhati-hati kerana jalan licin. Ada juga diantara kami yang tersungkur entah berapa kali. Yang menggelikan hati, ada yang terjatuh kedalam lopak air yang agak dalam dan gagal untuk naik semula walaupun ditolong oleh beberapa orang.



Dirasuk Makhluk Halus
Kami sampai disatu tempat rehat yang dinamakan Baha Camp. Disitu masing-masing melepaskan penat lelah dengan mandi dan memasak makanan. Hari pun sudah tengahari. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba ketua kumpulan ekspedisi menyuruh kami cepat bersiap untuk bertolak turun. Kami terpinga-pinga. Letih pun belum hilang rasanya. Dia kata sesuatu yang buruk telah berlaku dan menyuruh kami cepat meninggalkan kawasan itu. Aku segera naik kedarat dan mengambil barang-barang aku. Aku mendapat tahu yang salah seorang peserta wanita telah dirasuk makhluk halus. Dia tidak suka kami berada dikawasannya dan mengugut untuk merasuk lebih ramai lagi sekiranya kami terus berasa disitu. Walaupun takut, masing-masing masih dapat mengawal perasaan. Kami berkumpul dan berjalan bersama-sama menuruni Gunung Stong. Yang tinggal hanyalah ketua kumpulan, peserta yang dirasuk makhluk halus serta beberapa orang tracker yang bekerja di Baha Camp. Dalam perjalanan masing-masing masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku.



Kami sampai ditapak perkhemahan lewat petang. Selepas mendirikan khemah dan mandi kami bersiap untuk memasak. Dalam waktu itu kami melihat peserta yang dirasuk tadi turun bersama-sama yang lain. Dia kelihatan normal. Sebelum masuk kekawasan khemah, Abang Baha (Ketua Baha Camp) membaca sesuatu lalu dihembus kepada peserta yang dirasuk makhluk halus tadi. Tiba-tiba dia menjadi lemah dan terus disambut dan dipapah kekawasan khemah. Dia dibaringkan ditengah2 padang dan abang Baha terus membaca jampi serapahnya. Kami tidak dibenarkan mendekati peserta wanita tadi kerana menurut abang Baha, makhluk halus yang merasuknya masih berada dikawasan itu bersama dengan kawan-kawannya. Walaupun kami tidak nampak makhluk halus dan kawan-kawannya itu, kami patuh pada arahan abang Baha.



Gambar Hiasan

Selepas makan malam, semua mengerumuni abang Baha untuk mengetahui cerita yang sebenarnya. Menurutnya makhluk halus yang tinggal dikawasan Gunung Stong itu marah pada peserta yang dirasuk berkenaan kerana memetik sekuntum bunga dari pokok yang hanya menghasilkan baunya setiap tujuh tahun. Katanya lagi jika kami masih berada di Baha Camp, mungkin lebih ramai lagi yang akan dirasuk. Walaupun makhluk halus itu berjaya diusir dari badan peserta berkenaan, abang Baha terpaksa membenarkannya merasuk semula peserta itu untuk menolong mambawa peserta itu turun sehingga kekawasan khemah. Jika tidak mereka menghadapi masalah untuk membawanya turun dengan keadaan badannya yang lemah. Dan banyak lagi yang diceritakan oleh abang Baha mengenai hutan Gunung Stong itu..


Kisah Seram Para Peserta
Malam itu kami berkumpul dalam beberapa kumpulan. Masing-masing menceritakan kisah seram petang tadi dan ada juga yang menceritakan pengalaman yang serupa. Aku merasa seolah-olah seperti berada di Cineplex. Bila sudah jemu mendengar cerita satu kumpulan, aku beralih kekumpulan yang lain. Walaupun topik perbualan hampir sama, aku masih tetap mahu mendengarnya. Ada yang tidak tidur sehingga keesokan hari kerana asyik bercerita dan mendengar kisah seram.

Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, ketua ekspedisi Gunung Stong memberi peluang pada setiap peserta untuk meluahkan isi hati masing-masing berkenaan ekspedisi kami ini termasuklah peserta yang dirasuk semalam. Walaupun dia tidak ingat setiap kejadian, tetapi dia memberitahu kami yang dia beberapa kali terserempak dengan beberapa orang yang bukan peserta ekspedisi semasa menaiki puncak Gunung Stong. Daripada kejadian yang aku alami, aku sedar betapa kita semua perlu menghormati harta benda orang lain dan jangan bersikap angkuh apabila memasuki sesuatu kawasan yang kita belum kenal sepenuhnya. Kita juga perlu menjaga flora dan fauna. Buat kawan-kawan yang sama-sama menyertai Ekspedisi Gunung Stong, aku ucapkan selamat berjaya. Semoga kita bertemu di ekspedisi yang lainnya.




Perkongsian kisah seram salah seorang peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Stong...Encik Rahinan Bin Sarif







Last edited by mastika on 10-5-2013 12:01 AM



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2013 11:59 PM | Show all posts
Edited by mastika at 26-4-2015 02:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2013 12:04 AM | Show all posts
Edited by mastika at 26-4-2015 02:04 PM
























Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 01:05 AM | Show all posts
aku anak jati kelantan....
jelawang jungle 2 ibarat rumah ke-2 aku...
so far x de plak hal2 mistik yg mcm gini jadi kt kitaorg....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 09:37 AM | Show all posts
linleen posted on 10-5-2013 01:05 AM
aku anak jati kelantan....
jelawang jungle 2 ibarat rumah ke-2 aku...
so far x de plak hal2 mistik ...

dah pernah daki la gunung Stong ni yer..?

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 01:22 PM | Show all posts
hi tt...what a small world..rasanya prnh jumpa group awk nie masa hiking and if i'm not mistaken the group pic with the flag was at gunung angsi is it? forgive me if i'm wrong..anyway, still hiking???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2013 02:13 PM | Show all posts
penah naik!!!!! stong best!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 12:36 AM | Show all posts
Pernah naik
Tp gunung ayam
Kembar stong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2013 12:46 AM | Show all posts
bab2 daki mendaki nih, mmg x minat, tp suka baca pengalaman org lain..
cuma 1 yg aku prcaya, dlm hutan mmg ada mcm2..jadik tatatertib kena jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 09:13 AM | Show all posts
lama dah aku xcamping.. nice thread neway.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 12:47 PM | Show all posts
solstice posted on 11-5-2013 12:36 AM
Pernah naik
Tp gunung ayam
Kembar stong

sama ler...pernah naik gunung ayam jer....1st gunung yg saya naik tahun 2002...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 03:21 PM | Show all posts
hahahahahaha.. tu jek komen... aku dah naik n tak da ape2 pon ( kalau paham)... ada la tu group ko buat benda tak senonoh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 04:02 PM | Show all posts
kita kena ingat sebelum masuk hutan ni banyak jugak adab2 yang kena jaga..
bukan main redah je.. mulut jangan cabul..tangan jangan gatal..
itu tempat mereka..kena hormat lah..hormat dengan cara menjaga kelakuan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 05:11 PM | Show all posts
Penah lalu.cntik sgt air tejun dia nmpk dr jauh.tp rrasa cam skeri je.sbb tgh2 hutan.rasa mcm x dek sgt org gi bekelah mandi manda....ye ker andaian aku nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 12:44 AM | Show all posts
myakayina posted on 10-5-2013 09:37 AM
dah pernah daki la gunung Stong ni yer..?

gunung stong 2 dh jd rumah no 2.
dlu sy sekolah dkt2 area situ jgk.
klu taim hjg mggu 2.. kt situ la tmpt wajib me n the geng pegi.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 11:09 AM | Show all posts
hutan memang pen uh misteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 05:17 PM | Show all posts
skeezotone posted on 11-5-2013 09:13 AM
lama dah aku xcamping.. nice thread neway.. hehehe

skeez chek pi mana??? lama mama tak nampak chek...chek sebuk ka....harap harap sihat na....yg kat rumah yg suka tukaq kaler tu sihat jugak ka...yg kaler kuning tu pun sihat ka...eiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:11 AM | Show all posts
mamaezah posted on 13-5-2013 05:17 PM
skeez chek pi mana??? lama mama tak nampak chek...chek sebuk ka....harap harap sihat na....yg kat  ...

wahhh..akak pon lama xnmpak.. akak n baby sihat?

saya ada jer manjang kak.. 2 hari ni jer xde.. kalo xde keja..sy ada jer duk moyan kat umah borak tu..hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:53 AM | Show all posts
best, adventeruos, serem, semua adaa....gaya penceritaan awak jugak senang di fahami dan berquality. macam ni lah....
sambung jangan tak sambung!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2015 02:07 PM | Show all posts
theflash replied at 13-5-2013 11:09 AM
hutan memang pen uh misteri

the flash minat hiking jgk ke...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.349376 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list