CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3965|Reply: 7

Manifesto atau New Boyz

[Copy link]
Post time 21-6-2013 10:49 AM | Show all posts |Read mode


Kemenangan kumpulan Manifesto dalam program realiti, Versus musim kedua baru-baru ini ternyata memberi kelebihan buat vokalisnya, Tomok dalam mempelbagaikan karier nyanyiannya.

Dalam pertandingan itu, Manifesto telah mengalahkan kumpulan Kyoto Protocol menerusi pusingan battle sekali gus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.

Menurut Tomok, dalam masa terdekat ini Manifesto bakal tampil dengan single pertama berjudul Manifesto yang dibawa pada pentas akhir pertandingan tersebut.

"Alhamdulillah, kami gembira dengan kemenangan itu. Saya amat berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap muzik kami.

"Memandangkan rakyat Malaysia telah berikan platform yang baik buat Manifesto, Insya-ALLAH, dalam masa yang terdekat ini kami akan tampil dengan single baru ini dan teruskan perjuangan kami dalam membawa muzik yang tersendiri," katanya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah yang boleh digambarkan mengenai pencapaian vokalis Manifesto ini yang juga  pernah bergelar juara bagi program One In A Million (OIAM) musim kedua.

"Mungkin ini rezeki saya dalam bidang nyanyian yang saya sendiri tidak pernah menjangkakannya. Apa yang saya boleh katakan, selagi termampu saya akan lakukannya dengan baik," jelasnya.

Tunggu masa sesuai

Walaupun kemenangan kali ini memberi semangat baru buat dirinya, Tomok bagaimanapun memberitahu perjuangan bersama New Boyz tidak akan dilupakan. Menurut Tomok, beberapa perancangan telah dilakukan untuk New Boyz dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

"New Boyz adalah penampilan pertama saya dalam industri muzik tempatan dan sudah tentu saya tidak akan melupakannya.

"Sebelum terlibat dengan Versus lagi kami ada buat perancangan untuk buat 'comeback' dalam memberi nafas baru terhadap lagu-lagu lama kami. Cuma buat masa sekarang kami belum ada masa untuk lakukannya," jelasnya.

Menyentuh mengenai genre berbeza yang dibawa menerusi Manifesto dan New Boyz, Tomok akui tidak memiliki sebarang masalah dalam mengendalikan dua kumpulan tersebut.

"Saya akui muzik Manifesto dan New Boyz jauh berbeza tapi saya selesa dengan kedua-duanya. Bagi saya ini adalah satu kelebihan di mana peminat saya boleh membuat pilihan untuk mengikuti karier nyanyian saya," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2013 12:39 PM | Show all posts
rindu kumpulan New Boys.... dulu ada album dorang, filem new boyz pon best.... rindunya nk dgr lagu2 NB n filem dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2013 06:13 PM | Show all posts
tahniah manifesto  semoga makin berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2013 06:55 PM | Show all posts
fikrisharif: rindu kumpulan New Boys.... dulu ada album dorang, filem new boyz pon best.... rindunya nk dgr lagu2 NB n filem dorang..


rambut ko msti belah tgh kn?

haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2013 08:32 AM | Show all posts
tahniah jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2013 11:42 AM | Show all posts
Loloq89 posted on 23-6-2013 06:55 PM
rambut ko msti belah tgh kn?

haha



Cak!! zaman silam sikat belah tengah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2013 04:33 PM | Show all posts
tykarib posted on 24-6-2013 11:42 AM
Cak!! zaman silam sikat belah tengah

legend rmbut ni..aku dlu pon penah tiru!

hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2013 04:48 PM | Show all posts
Loloq89 posted on 26-6-2013 04:33 PM
legend rmbut ni..aku dlu pon penah tiru!

hahaha

wahhh share skit pic
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 2364 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7270 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30619 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 3131 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 26958 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.210297 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list