View: 17623|Reply: 174
|
[Tempatan]
Air 'tuak' popular di bulan puasa
[Copy link]
|
|
Oleh YATIMIN ABDULLAH
[email protected]
Daud Yusoff melayan pelanggan yang singgah membeli air nira di rumahnya di Kampung Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, baru-baru ini. - utusan/yatimin abdullah
KOTA BHARU 24 Julai - Nira kelapa atau lebih popular dengan panggilan 'tuak' dalam kalangan masyarakat negeri ini merupakan sejenis minuman yang dihasilkan daripada keratan mayang kelapa.
Tuak kelapa merupakan sejenis minuman yang cukup popular dalam kalangan masyarakat negeri ini sebagai penghilang dahaga.
Maka, tidak hairanlah minuman yang mempunyai rasa enak ini sering menjadi pilihan utama masyarakat Islam di negeri ini sebagai sajian ketika berbuka puasa.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, minuman tradisi ini pasti mendapat permintaan tinggi daripada umat Islam untuk dijadikan minuman segar sewaktu berbuka puasa.
Selain rasanya yang enak, minuman berkenaan dipercayai dapat menghilangkan keletihan dan menyejukkan badan bagi meredakan penyakit seperti demam panas.
Pengusaha minuman berkenaan, Daud Yusoff, 58, atau lebih mesra dengan panggilan Pok Od berkata, kebiasaannya nira yang diambil daripada mayang kelapa akan dijadikan sebagai manisan atau gula nira kelapa.
Menurutnya, situasi tersebut berubah setiap kali tibanya bulan Ramadan, apabila nira yang diperoleh diproses untuk dijadikan sebagai minuman kerana mendapat permintaan pada bulan puasa.
Katanya, setiap hari dia mampu menghasilkan 10 liter minuman tersebut daripada 13 batang pokok kelapa yang dipajak daripada penduduk kampung.
"Saya memungut nira daripada mayang kelapa ini dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang dengan setiap tuaian menghasilkan kira-kira lima liter.
"Bagaimanapun, cuaca turut memainkan peranan dalam jumlah pengeluaran nira. Jika cuaca hujan dan lembap, hasil nira meningkat, manakala hasil akan berkurangan apabila cuaca panas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa di sini baru-baru ini.
Tambahnya, permintaan yang tinggi sepanjang Ramadan menyebabkan dia memilih untuk memberikan tumpuan kepada penghasilan nira berbanding aktiviti membuat manisan.
Pok Odd memberitahu, sepanjang Ramadan dia mampu memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan air nira yang diusahakannya itu.
"Dulu saya bekerja sebagai tukang rumah, namun disebabkan pendapatan tidak menentu, saya mengambil keputusan dan cuba menghasilkan nira bagi digunakan membuat manisan.
"Namun disebabkan permintaan tinggi pada bulan Ramadan, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan minuman berkenaan (air nira) dengan lebih serius.
"Alhamdulillah pendapatan yang saya peroleh mampu digunakan untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga," ujarnya.
Tambah beliau, bagi menambah keenakan air nira yang dihasilkannya, dia menggunakan aroma kayu cengal yang diletakkan di dalam bekas plastik ketika proses tuaian dilakukan.
Pok Odd berkata, air nira yang dihasilkannya dijual secara borong dan runcit yang dimasukkan ke dalam botol plastik mengikut kehendak pelanggan.
Menurut Pok Odd lagi, meskipun usianya telah mencecah 58 tahun, namun dia tetap bersemangat meneruskan pekerjaan menghasilkan air nira bagi meraih rezeki untuk menyara keluarga.
Sementara itu, seorang penggemar minuman berkenaan, Che Rosli Che Ali, 40, berkata, setiap kali tibanya bulan Ramadan, dia akan menjadikan air nira sebagai minuman utama ketika berbuka puasa.
Che Rosli berpendapat, minuman berkenaan mampu membantu memulihkan kesihatan dalaman badan seperti sakit urat dan membekalkan tenaga setelah seharian berpuasa.
Kata lelaki itu, dia menggemari minuman itu disebabkan aroma dan rasanya yang enak.
"Air nira cukup lazat diminum ketika sejuk. Rasanya sedikit masam bercampur manis mampu memberikan kepuasan kepada para penggemarnya.
"Tidak hairanlah minuman ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan para penggemarnya yang tahu akan keenakan rasa minuman ini," jelasnya.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Timur/20130725/wt_01/Air-tuak-popular-di-bulan-puasa#ixzz2aJhSPgTA
© Utusan Melayu (M) Bhd
P/s:- Sedap ke "tuak" ni?.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tanya orang yang minat memang sedap.... mcm tanya org yg minat budu.. mestilah budu paling kaw punya sedap... kalau tanya jawa... tempe paling sedap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Napa tak brandy ajer?
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_rambutan posted on 28-7-2013 01:55 PM
kalau tanya orang yang minat memang sedap.... mcm tanya org yg minat budu.. mestilah budu paling kaw ...
Saya tak pernah rasa "tuak" kelapa ini..tapi "tuak" enau saya pernah rasa...tapi todi dari kelapa saya pernah rasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. posted on 28-7-2013 02:01 PM
Napa tak brandy ajer?
aaah..Air "brandy" popular dibulan posa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. posted on 28-7-2013 02:01 PM
Napa tak brandy ajer?
kat thread ni pun dia mai merayap dan terhegeh2 pulak tu. lobai lobai
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:07 PM
Saya tak pernah rasa "tuak" kelapa ini..tapi "tuak" enau saya pernah rasa...tapi todi dari kelapa ...
sedap air tuak.... tunggu balik kg aa br leh minum.... hiks
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:28 PM
tak tueng ke dino?.....mana tahu terlanggar dinding lepas minum tuak ni..
tak la... lain la klau simpan jd masam serupa arak....tuak blm jadi arak lg....
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 28-7-2013 02:34 PM
tak la... lain la klau simpan jd masam serupa arak....tuak blm jadi arak lg....
Ohh...ok..nanti kalau gi sana..nak cari tuak ni lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 02:37 PM
Ohh...ok..nanti kalau gi sana..nak cari tuak ni lah.
try la... marbelos....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah minum, nk gak rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Air nira ni mmng sedaple tapi kalau diperam lg lama maka jdlh air tuak @ todi yg haram diminum krn memabukkan |
|
|
|
|
|
|
|
tiap tahun bulan posa mesti ada citer tuak ni.
lepas tu mesti ada citer kandungan alcohol dalam tapai
lepas tu gaduh....
calling Muntz Connan err... Lejen bole?
|
|
|
|
|
|
|
|
hilang dahaga katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Air tuak ini rasa mcm bergas sikit, manis laj sebab air tuak ini juga sumber pembuatan gula melaka.
air ini adalah juice yg menitik drp bunga kelapa yg dinpotong untuk keluarlan airnya, ia di titikan dalam buluh yg di ketakkan di dalam nya some kind of kayu, tujuan kayu itu tak pasti lah apa.
kalau dah masam biasa org dah tak minum sebab obviously level alcohol dah tinggi dan saya percayai sebelum masam pun level alcohol pun udah ada tinggi jua karena biasa air tuak ini mereka overnight kan untuk penuh tabung buluh itu baharu lah di pungut. Last edited by Vokuro on 28-7-2013 03:03 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Vokuro posted on 28-7-2013 03:00 PM
Air tuak ini rasa mcm bergas sikit, manis laj sebab air tuak ini juga sumber pembuatan gula melaka.
...
klau dah berbuah n masam dah leh buat mabuk.... klau peram lg jdlah cuka....
|
|
|
|
|
|
|
|
Vokuro posted on 28-7-2013 03:00 PM
Air tuak ini rasa mcm bergas sikit, manis laj sebab air tuak ini juga sumber pembuatan gula melaka.
...
kayu chengal yang direndam itu utk bau lah kak.
rasa masam itu adakah kerana alcohol saya kurang pasti kerana setau saya alcohol ini memberikan rasa pahit dan perasaan seperti berdesing begitu. seperti minum air gas tapi lebih kuat katanya...
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 28-7-2013 03:06 PM
klau dah berbuah n masam dah leh buat mabuk.... klau peram lg jdlah cuka....
mungkin juga masam menandakan ia sudah tidak selamat utk diminum. mcm basi....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|