TENGKORAK manusia dalam beg pakaian yang ditemui.
GOMBAK, 17 Ogos: Seorang lelaki Orang Asli yang sibuk mencari pokok pisang untuk pelanggannya terkejut selepas menemui tengkorak manusia dan pakaian reput dalam sebuah beg pakaian di hutan Batu 16, Jalan Gombak Lama, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki terbabit yang berusia 34 tahun pergi ke kawasan hutan berkenaan yang jarang dilalui orang ramai untuk mencari pokok dan buah pisang.
Sumber polis berkata, lelaki itu yang tinggal di perkampungan Orang Asli berdekatan pada mulanya terkejut menemui sebuah beg berwarna hitam di bawah sebuah pokok jenis Boyah yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama.
Menurutnya, lelaki berkenaan mendekati beg itu dan membukanya sebelum terkejut melihat tengkorak dan rangka manusia berada dalam beg berkenaan.
“Rangka berkenaan dipercayai sudah lama ditinggalkan dalam beg itu dan turut ditemui pakaian lelaki yang sudah reput.
p/s musti terkejut berok org seli tuh...
|