CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11779|Reply: 68

Tak selindung - Intan Ladyana

[Copy link]
Post time 18-10-2013 08:34 AM | Show all posts |Read mode


Intan, Kamal dedah status hubungan, elak timbul masalah dengan MIG

Tergelak kecil aktres ini di hujung talian ketika diberitahu niat panggilan telefon dibuat. Sebagai antara pelakon bernaung di bawah syarikat pengurusan, MIG Talent, Intan Ladyana sedar isu yang yang hangat diperkatakan dalam industri hiburan sekarang sedikit sebanyak bersangkut paut dengan dirinya.

Nasihat saya, kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan” Intan Ladyana, Pelakon

Tentunya penjelasan daripada pelakon yang meledak menerusi filem seram, Jangan Pandang Belakang ini dinantikan kerana secara terangan-terangan, dia melanggar perjanjian yang sudah dibuat dengan MIG.

Tentunya penjelasan daripada pelakon yang meledak menerusi filem seram, Jangan Pandang Belakang ini dinantikan kerana secara terangan-terangan, dia melanggar perjanjian yang sudah dibuat dengan MIG.

“Sewaktu kami mula bercinta, memanglah rasa bimbang dengan reaksi pihak pengurusan. Namun, saya mengambil langkah untuk berterus-terang. Berlaku jujurlah dengan mereka, duduk berbincang elok-elok dan ceritakan situasi sebenar. David adalah seseorang yang sangat memahami.

“Apa yang penting bagi mereka, kita kena beritahu supaya tidak timbul perkara berbangkit kemudian hari. Iyalah, perkara seperti ini bukannya boleh dibuat main-main kerana turut membabitkan pihak ketiga seperti produk yang melantik kita sebagai duta. Tak mahulah nanti perancangan yang sudah diatur musnah kerana sikap kita,” tegasnya.

Artis kena fahami kontrak
Aktres berusia 31 tahun menambah, dia tidak pernah menganggap kontrak yang melarang artis daripada bercinta sebagai sesuatu yang menyusahkan.

Malah, Intan melihat perkara itu dalam konteks yang cukup meluas dan sangat positif.

“Apa yang berlaku sebenarnya atas sebab salah faham terhadap kontrak yang ditandatangani. Mereka tidak faham kontrak yang menghalang artis daripada bercinta itu sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih daripada itu.

“Ia bukannya sekadar melarang mereka bercinta. Pihak pengurusan berbuat demikian kerana mahu menjaga reputasi artis itu sendiri. Mereka tidak mahu nama artis tercalar disebabkan terlalu banyak kisah cinta dipaparkan. Contohnya, jika berlaku cinta lokasi.

“Sebagai artis yang pernah melalui situasi sedemikian, nasihat saya kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan,” katanya.

Reaksi: Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro.

“Astro tidak pernah meletakkan sebarang syarat terutama menghalang artis bercinta seperti yang dilakukan sesetengah syarikat pengurusan. Pada kami, perkara itu lebih kepada sifat peribadi. Lagipun, ada di antara artis yang kami uruskan sudah berumah tangga. Jadi soal tak boleh bercinta kerana bimbangkan soal populariti jatuh memang tidak pernah kami fikirkan.

Sebagai contoh, katalah satu hari nanti ada artis naungan Astro bercinta sesama sendiri atau bercinta dengan orang lain, pihak kami tidak akan masuk campur. Cuma jika percintaan itu membawa kepada permasalahan disiplin, barulah kami akan campur tangan. Namun kami akan hanya menyelesaikan masalah disiplin dan bukannya hal percintaan mereka.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 08:40 AM | Show all posts
perbezaan pemikiran orang yang matang dengan orang yang keanak2an..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:46 AM | Show all posts
ahahahah.. sindir kapel wawa-suharil... bagus! membuktikan..kampeni MIG tuh takde problem..tp dua individu neh yg problem..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 08:59 AM | Show all posts
macam kes wawa tu dah termengandung pastu salahkan MIG plak kata tak boleh bercinta sesama artis residen..
alasan semata2
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:00 AM | Show all posts
dah 31 si intan ni..bagusnye x tipu umur...die nampak awet muda sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:03 AM | Show all posts
xhabis2 lg isu MIG ni yer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 09:17 AM | Show all posts
seb baik dia ni fhm pasal kontrak
x mcm artis 2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:19 AM | Show all posts
si hawa ngan aeril tuh jer yg poyo... salah sendirik lagi nak tunding kat orang.... aduyai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 09:20 AM | Show all posts
dah 31 thaun dia nih eh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:21 AM | Show all posts
yesza
relax aje
apa nak takut dgn david teoh/ MIG

agak2 rasa mcm xleh blah dgn syarat usah sign
ni sgn pastu tak agree sorok2 buat benda yang.. err ditegah... pastu tak nak bincang.. dok la membodohkan diri yg sedia ada dungu tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:27 AM | Show all posts
intan ni actually no bimbo, blajar law pun..cuma tak nak abeskan je
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:39 AM | Show all posts
Bagi pendapat peribadi aku, kes untuk Wawa dan Intan ni berbeza. Wawa adalah anak emas baru MIG yang betul-betul ingin di gilap untuk mengantikan Yana, buktinya untuk ABP sudah nampak MIG berhabis untuk angkat Wawa ni sebagai aset masa depan disebabkan Yana pun dah semakin berusia.

Bezanya Intan bercinta dengan Kamal Adli yang juga pelakon MIG jadi ianya tak jadi rumit, MIG sebolehnya nak kenen-kenen je semua pelakon MIG tu sesama sendiri contoh Yana-Sam dan sebagainya. Kes Wawa pula semasa di puncak dan MIG berhabisan dengannya dia pula nak bercinta dengan Airil yang dah derhaka dengan MIG, pada pendapat aku kalaulah dia masih bawah MIG mungkin penerimaan tterhadap dia lain.

Zaman Intan bercinta dengn Kevin perlu di jadikan ukuran, masa tu nama Intan tak segah selepas dia putus dengan Kevin dan bercinta dengan Kamal Adli. Masa bercinta dengan Kevin pun Intan dikatakan dah keluar dari MIG tapi kemudian selepas putus pada tahun 2008 dia ikat kembali dengan MIG, sangat bau-bauan ikan di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:12 AM | Show all posts
i love u lah intan..camni baru btul
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:27 AM | Show all posts
pemikiran orang educated je faham.. sib i noob xfaham sgt napa la wawa perlu nak selindung2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:31 AM | Show all posts
wahh..terasa orang disana
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:31 AM | Show all posts
bila intan nak kawen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2013 10:35 AM | Show all posts
mizmini posted on 18-10-2013 08:59 AM
macam kes wawa tu dah termengandung pastu salahkan MIG plak kata tak boleh bercinta sesama artis res ...

org bkn islam plak lebih tahu adab.... dr yg islam berlindung di sebalik topeng agama....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:38 AM | Show all posts
dr.R posted on 18-10-2013 09:39 AM
Bagi pendapat peribadi aku, kes untuk Wawa dan Intan ni berbeza. Wawa adalah anak emas baru MIG yang ...

bukan ke isu aeril kluar MIG psl isu kawin depa la....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:41 AM | Show all posts
wookiehoney posted on 18-10-2013 09:27 AM
intan ni actually no bimbo, blajar law pun..cuma tak nak abeskan je

aahh intan nie dak pandai penah sekejap sekolah dengan dia.. masa form 1 dia kelas first..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 10:42 AM | Show all posts
ais kacang satu....

bila nak kawin ni intan? go intan go

muka intan ni iras GF muslim ahmad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.065431 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list