SEMALAM berlaku lagi peristiwa dalam mana pengawal sebuah kedai emas merompak kedai emas yang dijaganya itu.
Minggu lepas seorang pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya telah membunuh pegawai di dalam bank tersebut dan membawa lari sejumlah wang rompakan yang besar.
Semua orang tidak boleh di percayai kerana ramai yang ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.
Nampaknya di mana-mana sekarang ini tidak boleh dipercayai lagi.
Di negara ini sesiapa boleh membunuh siapa dan mencuri wang dan harta sesiapa.
Berlakunya peristiwa ini menunjukkan yang di negara ini, semua orang mesti berwaspada termasuk terhadap orang yang di amanahkan menjaga kita.
Peristiwa ini amat menakutkan.
Bayangkan pengawal keselamatan yang sepatutnya menjaga keselamatan kedai emas itu sendiri merompak emas yang sepatutnya dijaganya itu.
Siapalah yang perlu dipertanggungjawabkan tentang perlakuan ini? Siapa yang hendak menjaga keselamatan emas yang bernilai jutaan ringgit di setiap kedai emas itu?
Itu sebabnya nilai kemanusiaan itu mesti dijaga sebaik mungkin kerana jika dibiarkan ia akan merebak dan akhirnya tidak boleh di kawal lagi.
Begitulah sedihnya orang ramai jika harta dan wang ringgit mereka diperkosa oleh mereka yang di amanahkan untuk menjaganya.
Itulah sebabnya kerajaan yang rasuah itu adalah kerajaan yang tidak beramanah.
Beratus billion ringgit wang rakyat telah dibazirkan dan dicuri secara sistematik oleh pimpinan kita.
Kalau diletakkan gambar pengawal keselamatan yang merompak di kedai emas di Kuala Lumpur semalam dengan pemimpin yang rasuah itu, sememangnya tidak ada perbezaannya.
Kedua-duanya adalah manusia yang tidak memegang amanah. Jika perdana menteri dan isteri, atau mana-mana pemimpin mengambil wang rakyat walau dengan cara yang halus dan sistematik sekali pun, mereka tidak ada bezanya dengan pengawal keselamatan yang merompak kedai yang di jaganya itu.
Begitulah hinanya pemimpin rasuah itu dan tidak ada perbezaan sifat dan sikap di antara kedua-dua pengawal keselamatan dan pemimpin rasuah itu.
Bezanya pemimpin Umno dan BN atau Pakatan yang rasuah itu, mereka memakai kot dan bertali leher sedangkan pengawal keselamatan itu hanya memakai pakaian yang biasa.
Yang memakai tali leher itu dinamakan perompak kolar putih dan yang seperti pengawal keselamatan itu perompak kolar biru.
Jika ada pun perbezaannya yang lain, pengawal keselamatan itu terpaksa lari dan bersembunyi. Mereka takut di tangkap oleh polis dan pihak berkuasa. Perompak yang berkolar putih itu pula susah untuk ditangkap kerana selalunya menyebelahi mereka. Lain dari itu tak kira Perdana Menteri atau Menteri serta pegawai tinggi kerajaan serta ketua eksekutif GLC, mereka tetap sama tarafnya dengan pengawal keselamatan yang merompak kedai emas semalam jika mereka ini melakukan rasuah.
Blog ini berharap pihak berkuasa akan berjaya menangkap pengawal keselamatan itu, dan dihadapkan ke mahkamah serta merta. Dalam pada itu, pihak berkuasa juga wajar menangkap semua pemimpin yang rasuah kerana mereka tidak ada perbezaannya dengan pengawal keselamatan yang menjadi perompak kedai emas semalam.
Malahan perompak kolar putih ini lebih dahsyat lagi buruknya kerana ia melibatkan wng rakyat berbillion ringgit sedangkan pengawal keselamatan yang menjadi perompak itu hanya merompak kedai emas sahaja dan akan tertangkap tidak berapa lama lagi.
Yang tidak tertangkap lagi ialah mereka yang menyamun khazanah negara kita selama ini kerana yang hendak menangkap penyamun dan perompak itu pun adalah orang yang perlu di tangkap.
|