View: 34727|Reply: 190
|
TUDUNG TAK WAJIB - MAJALAH AL ISLAM
[Copy link]
|
|
SAYA NAK KONGSI KEPERIHATINAN SAYA TENTANG MAJALAH INI YG BYK MENGELUARKAN MAKLUMAT MENGELIRUKAN KEPADA MUSLIM DI MALAYSIA... TERBARU - FATWA SEORANG ULAMA ATAU 'ULAR DALAM SEMAK' (ALLAH YG MENGETAHUI) BAHAWA BERTUDUNG ITU TIDAK WAJIB MALAH ADAKALANYA HARAM.... TERUTAMA APABILA TUDUNG ITU DIPERSENDAKAN... ANDA BOLEH DAPATKAN MAJALAH TERSEBUT DIKEDAI KEDAI BUKU DAN MAJALAH BERHAMPIRAN SEKARANG... AL ISLAM... KELUARAN NOVEMBER... BULAN RAMADHAN...
ANDAINYA BEGITU... KALAU SUATU HARI NANTI SEMBAHYANG UMAT ISLAM DIPERSENDAKAN, MAKA SEMBAHYANG PON JADI TAK WAJIB DAN HARAM? NA'UZUBILLAH
ASTAGHFIRULLAHALAZIM... BETULKAN FAKTA SAYA KALAU TERSILAP...
INILAH CABARAN SEORANG MUSLIM... |
|
|
|
|
|
|
|
sepanjang aku belajar agama, tak pernah lagi tuntutan yg wajib boleh bertukar jadi Haram. Yg Haram jadi Halal adalah..tu pun sebab mudharat. Aku tak check pun lagi majalah tu, tapi kalau betul...memang sah la uztaz ni silap besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat tu dipetik dari pendapat Dr Zaki Badawi, seorang mufti yang pernah menjadi pensyarah di Al-Azhar dan Professor of Islamic Studies beberapa universities luar negara, juga pernah menjadi Ketua Imam London Central Mosque.
Basically, apa yang dia mahu tekankan hanya :
"Saya sama sekali tidak menganggap hijab sebagai wajib (dipakai wanita). Tetapi jika ada wanita memakai hijab adalah perkara baik. Cuma dia jangan menggangap wanita lain yang tidak memakai hijab sebagai kekurangan iman berbanding dengannya."
Dia bukan suruh orang buka tudung.. dia yang rasa tak wajib, tapi dia takdelah larang orang pakai tudung ke apa.. malah dia kata lebih baik kalau pakai tudung.
Mungkin agak keterlaluan jika dia kata pakai tudung adakalanya boleh membawa kepada haram, tapi saya rasa apa yang dia maksudkan mungkin lebih kepada kalau pakai tapi memudaratkan diri, buat apa pakai? Contoh kalau kepala perempuan tu berkudis bernanah tak boleh kena apa-apa, nak suruh juga dia pakai tudung, agaknya apa jadi kat perempuan tu..
Jumhur ulama' berpendapat rambut itu aurat wanita, tetapi tidak boleh dinafikan ada segelintir yang mempunyai pendapat berbeza. Itu gunanya mengetahui hujjah.. jika kita rasa hujjah mereka tidak dapat kita terima, maka tidak perlu terima. Itu saja...
[ Last edited by antiQue on 2-12-2003 at 05:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
winzip This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 2003-12-2 05:37 PM:
Dia bukan suruh orang buka tudung.. dia yang rasa tak wajib, tapi dia takdelah larang orang pakai tudung ke apa.. malah dia kata lebih baik kalau pakai tudung.
Mungkin agak keterlaluan jika dia kata pakai tudung adakalanya boleh membawa kepada haram, tapi saya rasa apa yang dia maksudkan mungkin lebih kepada kalau pakai tapi memudaratkan diri, buat apa pakai? Contoh kalau kepala perempuan tu berkudis bernanah tak boleh kena apa-apa, nak suruh juga dia pakai tudung, agaknya apa jadi kat perempuan tu..
Jumhur ulama' berpendapat rambut itu aurat wanita, tetapi tidak boleh dinafikan ada segelintir yang mempunyai pendapat berbeza. Itu gunanya mengetahui hujjah.. jika kita rasa hujjah mereka tidak dapat kita terima, maka tidak perlu terima. Itu saja...
ooo dia bagi cth berkudis bernanah ke... hmmm... nak kena check balik nih...
aku bimbang kalau kalau yg tak suka bertudung akan simpan keratan majalah tu dan jadikan hujjah bertudung tak wajib...
apa pulak kata surah an nur ayat 31 sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
Num^locK This user has been deleted
|
Ni thread tumpang..
Cover depan Al-islam... Ade percanggahan tentang seksa KUBUR... bleh tolong explain kalau bleh ngan hadis...
Assalammualaikum. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 2003-12-3 09:35:
ooo dia bagi cth berkudis bernanah ke... hmmm... nak kena check balik nih...
Dia tak quote contoh tu.. cuma kalau ponder what he says dia banyak menjurus pada kalau mendatangkan kesusahan pada si pemakai, kenapa dia mesti pakai?
Cuma memanglah.. saya tak berapa setuju lah dengan word haram tu.. kalau dah haram maknanya berdosa, bila pulak lah orang yg pakai tudung boleh invite dosa..
aku bimbang kalau kalau yg tak suka bertudung akan simpan keratan majalah tu dan jadikan hujjah bertudung tak wajib...
Problem masyarakat kita sebab suka amalkan something based on apa ustaz kata.. so didik-didik lah orang sekeliling kita untuk berfikir...
apa pulak kata surah an nur ayat 31 sebenarnya?
Penafsiran ayat 31 surah An-Nur tu kalau ikut ulama' tafsir muktabar memang merujuk kepada pemakaian tutup kepala yang diminta untuk labuhkan kebahagian dada. Cuma ada segelintir ulama' kontemporari yang menafsirkan khumur dalam ayat itu bukan refer pada tudung kepala, tapi hanya sehelai kain menutupi dada.
Cuma saya suka nak quote beberapa penafsiran tentang word khumur ni :
Classical Arabic dictionary aqrib al- mawarid : "[The word khimar refers to] all such pieces of cloth which are used to cover the head. It is a piece of cloth which is used by a woman to cover her head."
Imam Abu'l-Fida ibn Kathir: "Khumur is the plural of khimar which means something that covers, and is what is used to cover the head. This is what is known among the people as a khimar."
Syaikh Muhammad al-Munajid : "Khimaar comes from the word khamr, the root meaning of which is to cover. For example, the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: 揔hammiru aaniyatakum (cover your vessels). |
|
|
|
|
|
|
|
Penerangan yang bagus saudara antique... dan satu kenyataan yang suka sangat-sangat saya ulang (dan ulang ad nauseum) - biasanya penafsiran hukum-hakam ni dibuat oleh orang yang berjantina apa? Lelaki.
Kenapa?
Itu lagiiiilah kena fikir panjang-panjang....
M- |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by marquez at 2003-12-3 13:08:
Penerangan yang bagus saudara antique... dan satu kenyataan yang suka sangat-sangat saya ulang (dan ulang ad nauseum) - biasanya penafsiran hukum-hakam ni dibuat oleh orang yang berjantina apa? Lel ...
Hehe.. kenapa lelaki bro?
Saya ni pompuan, nak gak saya tau kenapa lak lelaki je yang biasanya menafsir hukum hakam? Bro nak menjurus pada quoting the hadith about kekurangan akal dan agama bab saksi, puasa etc tu ke? Kang panjang perginya kang... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... jelaslah sekarang... dan saya pilih jalan yg selamat... tq antique... jazakallah...
[ Last edited by kyas on 3-12-2003 at 01:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh perempuan rupanya ko Antique... mati2 aku ingat lelaki.... itulah aku baru dok terfikir (being a man meself) kenapa dominan sangat lelaki dalam Islam, macam perempuan tu 2nd class citizen lak... dan tambah lagi teruk, perempuan pun macam menyokong yang diaorang sendiri tak layak....
Bagus jugaklah kalau ko bagi hadith ngan ayat bagi orang tahu sikit yang dunia ni dah lama lelaki saja dok warnakan... dalam banyak bidang, perspektif tentang taraf perempuan dah diubah tapi dalam bidang yang paling penting nih lain pulak ceritanya....
M- |
|
|
|
|
|
|
|
Islam tak pernah letakkan lelaki dominan, manusia yang mewarisi sifat dominan lelaki pra-Islam dan menyerapkannya ke dalam Islam lalu menyebar idea kononnya ianya ajaran Islam.
Dan banyak juga tafsiran melulu yang dibuat tentang beberapa ayat Qur'an dan hadith. Contohnya tafsiran melulu ayat 4:34. Juga agaknya mereka suka hadith ini :
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kalian dan perbanyaklah istigfar (memohon ampun). Karena aku melihat kalian lebih banyak menjadi penghuni neraka. Seorang wanita yang cerdik di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kaum wanita yang lebih banyak menjadi penghuni neraka? Rasulullah saw. menjawab: Kalian banyak mengutuk dan mengingkari kebaikan suami. Aku tidak melihat kurangnya akal dan agama yang lebih menguasai manusia dari kalian. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah saw. menjawab: Yang dimaksud dengan kurang pada akal adalah karena dua orang saksi wanita sama dengan seorang saksi laki-laki. Ini adalah kekurangan akal. Wanita menghabisi waktu malamnya tanpa mengerjakan salat dan tidak puasa di bulan Ramadan (karena haid), ini adalah kekurangan pada agama (Sahih Muslim)
Ada lelaki yg melonjak-lonjak membaca hadith ini literally hingga mereka suka nak berkata kononnya wanita ni dijadikan bodoh sikit dari lelaki dan dah lah bodoh, tak beragama pulak. Dah bodoh, tak beragama, macam mana nak ajar orang lain pasal agama.. itulah agaknya yang mereka sangka..
Sedangkan hadith ini lebih hanya sebagai amaran Rasulullah kepada wanita supaya lebih berfikir, tidak berbantah-bantah atau melakukan sesuatu mengikut nafsu dan lebih berhati-hati kerana wanita dijadikan nalurinya lebih lembut berbanding lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya ialah kenapa? Bukan sahaja dalam Islam, tapi kebanyakan agama-agama 'besar' di dunia ini kaum lelaki lebih dominan... Jawapannya mudah saja:
Kuasa. Kuasa yang ephemeral atau bersifat sementara mungkin boleh dipertikaikan tetapi kuasa metafizikal? Bandingkan Iran sebelum dan setelah ia menjadi sebuah *ahem* republik Islam....
Dalam buku Republik, karya Plato, beliau mencadangkan supaya sebuah mitos dicipta untuk membezakan rakyat sebuah republik kepada golongan-golongan tertentu, yang memerintah, yang mempertahankan negara, yang berniaga dan sebagainya. Kata Plato dalam dua tiga generasi, mitos ini akan menjadi satu kepercayaan.... Mulanya bila saya baca (sepuluh tahun dahulu mungkin) saya tidak percaya, malah tesis Plato ini saya anggap amat melucukan, tetapi jelas sekali dalam banyak sistem agama, mitos dan tradisi dijadikan alat untuk bukan sahaja menindas tetapi menentukan fikiran mereka yang tidak berkuasa.
Saya kadang-kadang hairan bagaimana lelaki yang tidak tahu fitrah seorang wanita, tidak pernah merasa hidup sebagai wanita, tiba-tiba boleh menentukan hukum-hakum yang spesifik kepada wanita... dan pada masa yang sama mereka menyatakan yang Islam itu adil... dan wanita pula ( ini lebih menyedihkan) dengan peluang yang terbuka luas kepada mereka, begitu mudah menerima hegemoni lelaki....
Kita boleh lihat di sini sendiri, kalau kita andaikan forum ini sebagai microcosm untuk mengkaji apa yang terjadi di dunia, kita boleh lihat ketidakseimbangan yang amat ketara sekali...
M- |
|
|
|
|
|
|
winzip This user has been deleted
|
Originally posted by antiQue at 3-12-2003 01:14 PM:
Hehe.. kenapa lelaki bro?
Saya ni pompuan, nak gak saya tau kenapa lak lelaki je yang biasanya menafsir hukum hakam? Bro nak menjurus pada quoting the hadith about kekurangan akal dan agama ...
dalam islam, pemimpin tu lelaki.. |
|
|
|
|
|
|
winzip This user has been deleted
|
Originally posted by racerX at 3-12-2003 05:55 PM:
Dah lama aku curious pasal pendapat ni. Ada betul ke dalil yang nyata dalam al-Quran yang hanya lelaki berhak jadi pemimpin?
Dalil hadis memang banyak aku jumpa, tapi aku nak dalil daripada kit ...
hang dah setuju dalam hadis dah ada hang jumpa..
dah kire ok ler tu.. sebab hadis pelengkap al-quran..
nak aper lagi..
sumber hukum islam adalah quran - hadis - ijmak ulamak - qias -
antara hadis yang aku dengar dalam ceramah ialah lebih kurang
kalau ambil wanita jadi pemimpin, tunggulah bala Tuhan..
dalam al-quran ada kisah nabi adam.. dah hawa yang dibuat dari tulang rusuk..
apa tujuan hawa dicipta Tuhan..? baca balik al-quran..
di buat dari tulang rusuk (part of man's body) tu apa moral of the story..?
kenapa perempuan tak dicipta secara ori dari tanah macam penciptaan adam..? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by racerX at 2003-12-3 17:53:
Macam aku pernah tanya dalam satu thread lain: apa dia objektif Allah suruh pompuan tutup aurat? Cuba try tanya diri sendiri tu tengok, yang kita dok sibukkk sangat nak paksa pompuan pakai tudung m ...
Hmm.. betul tu racerX.... yang penting sekali adalah tujuan tutup aurat tu kita kena fahami..
Ayat tutup aurat tu tak boleh ambil An-Nur 31 tu je.. apa kata bawak ke depan sikit dari An-Nur 30 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by winzip at 2003-12-3 18:09:
hang dah setuju dalam hadis dah ada hang jumpa..
dah kire ok ler tu.. sebab hadis pelengkap al-quran..
nak aper lagi..
sumber hukum islam adalah quran - hadis - ijmak ulamak - qias -
antara ...
Winzip.. hadith yang bunyi gitu ini lah baru sekali saya dengar.. boleh bagi rujukan number hadith untuk saya pastikan kesahihannya? Takut nanti terquote hadith dhaif atau hadith maudhu' ciptaan penceramah
Dalam Qur'an kat mana Allah kata lelaki saja yang berhak jadi pemimpin? Kalau nak kata kat 4:34 lah.. aduh bangggggg..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dan soalan yang amat relevan sekali dalam perbincangan ini ialah, setelah beratus-ribu tahun lelaki menjadi *ahem* pemimpin, adakah kita melihat syurga di dunia ini? Atau ketidakseimbangan yang semakin melampau?
M- |
|
|
|
|
|
|
winzip This user has been deleted
|
Originally posted by antiQue at 3-12-2003 06:16 PM:
Winzip.. hadith yang bunyi gitu ini lah baru sekali saya dengar.. boleh bagi rujukan number hadith untuk saya pastikan kesahihannya? Takut nanti terquote hadith dhaif atau hadith maudhu' ciptaan pe ...
itu masa aku dengar ceramah agama..
aku sampai kan apa yang aku pernah dengar..
kalau tak nak terima its not my problem..
one thing bile u belajar sesuatu..
bende yang u tak pernah dengar tu tak bermakna tak wujud..
jangan ingat yang selama ni ilmu kita dah cukup banyak.. kannn...? |
|
|
|
|
|
|
| |
|