View: 22518|Reply: 146
|
Kejutan Hari Jadi Zain Saidin, Rozita Rasa Seperti Remaja
[Copy link]
|
|
Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])
Zain tidak sangka Rozita telah memberi kejutan hadir ke lokasi penggambaran di Shah Alam
menyambut Hari lahirnya yang ke 30 pada petang Ahad.
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin melalui pengalamannya menyambut hari lahir yang ke 30 pada Ahad sebagai seorang suami apabila menerima satu kejutan daripada isterinya, Rozita Che Wan dan anak tiri, Ammar Effendy, 18.
Zain berkata, Rozita, 41, dan Ammar tiba ke set penggambaran drama Walaupun Sedetik Cuma terbitan Zeel Production di Shah Alam dekat sini sambil membawa kek lalu menyanyikan lagu selamat hari jadi ketika dia sedang berkasi di depan kamera.
"Walaupun pada menyambit hari lahir sendiri, saya tetap sibuk di set penggambaran. Manalah saya nak terfikir isteri dan anak akan datang ke set.
"Terkejut saya, ketika sedang berlakon bersama dengan Zul Ariffin, tiba-tiba Rozita datang kepada saya bersama kek dan semua mereka menyanyi lagu hari lahir.
"Seronok juga merasai pengalaman tu kerana saya tak pernah lagi merasai pengalaman seperti ini, tambahamn pula inilah pertama kali saya sambut hari lahir sebagai seorang suami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Rozita telah meluahkan perasaan cintanya teradap Zain menerusi laman Instagram miliknya.
Tambah Zain selepas tamat penggambaran, Rozita bersama-sama dengan keluarga serta kru produksi Zeel Productions telah membawanya makan malam istimewa ke sebuah restoran pada sebelah malam di Jalan Tun Razak dekat sini.
Malah, kata adik kepada Sasha Saidin itu, Rozita turut memberitahu ingin membeli sebuah hadiah yang istimewa buatnya, namun sehingga kini dia tidak tahu apa yang ingin dibeli oleh isterinya itu.
"Sepatutnya dia (Rozita) nak beli semalam (Ahad) tapi tak sempat. Saya pun tak tahu dia nak beli apa. Katanya istimewa. Mungkin dia ingin membeli gajet, memandangkan saya seorang yang sukakan teknologi gajet yang terbaru.
"Apa-apa pun, saya tak kisah pun, apa yang saya ada pun sudah cukup. Cuma saya harap agar perhubungan saya, isteri dan anak-anak dapat kekal akhir hayat. Mana tahu, tahun ini rezeki kami mendapat anak pula," selorohnya.
Sementara itu, Rozita pula telah memuat naik fotonya bersama Zain pada Ahad dengan kapsyen romantis meluahkan perasaan cintanya terhadap suami menerusi laman Instagram miliknya.
"Apabila saya terfikir betapa bertuahnya saya mempunyai seorang suami yang kacak, menawan, comel, romantik dan 'hot guy', saya terasa seperti remaja semula.
"Saya akan pastikan yang kamu (Zain) akan mendapat hadiah yang paling istimewa bersempena dengan hari lahir kamu. Selamat Hari Lahir cinta ku," ucap Rozita dalam laman sosialnya itu.
Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Selain Ammar Effendy, Rozita juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aniq Ezzra, 16
Credits: mstar.com.my
Last edited by achik2009 on 24-2-2014 09:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Happy belated bday zain |
|
|
|
|
|
|
|
Semuga dorang kekal bahagia hingga ke akhir hayat |
|
|
|
|
|
|
|
ayat rozita nampak sangat pandai mengHIDANG..harap zain SANTAP sepuas2nya.. harap zain tk de masalah punai kecik mcm forumer melaka itu..lol
|
|
|
|
|
|
|
|
pndai cik ta speaking rupanya.. sbb dia selalu x nmpk urban kt fb sokmo ngn loghat utagha dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Untungla zain...bertabah bernanah luka jeles datuk2, vip, duda, suami orang yg admire cheta |
|
|
|
|
|
|
|
"Apabila saya terfikir betapa bertuahnya saya mempunyai seorang suami yang kacak, menawan, comel, romantik dan 'hot guy', saya terasa seperti remaja semula.
ayat tk menahan.. adoyaiiii...!! |
|
|
|
|
|
|
|
terasa jadi remaja purba..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang happy utk kmu berdua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat cik ta mcm nak ajak main jer... Xkoser... Diam2 sudah... Bughok beno org tua wat pangai gini |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah zain... Untung dilyn mcm putera raja...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rozita Che Wan luah kata-kata romantis buat suami
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Pelakon Rozita Che Wan, 41, meluahkan rasa bertuah kepada Zain Saidin sempena ulang tahun kelahiran ke-30 suaminya itu, semalam.
Menerusi laman Instagram miliknya, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menulis, dia sangat berbangga menjadi isteri kepada pelakon muda tersebut dan berjanji akan mencintai Zain sehingga akhir hayat.
"Saya merasakan saya seorang remaja semula setiap kali terfikir bagaimana bertuahnya saya untuk memiliki seorang lelaki yang kacak, menawan, penyayang, comel dan menarik sebagai suami.
"Bolehkah mana-mana wanita meminta lebih lagi? Saya akan pastikan yang awak (Zain) menyambut hari kelahiran dengan gembira sekali. Selamat hari lahir Sayangku!," tulis Che Ta lagi.
Pasangan ini telah sah begelar suami isteri pada 11 Disember tahun lalu dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Gazebo, Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor.
Mereka telah dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.
Rozita diwalikan oleh adiknya, Roshidi Che Wan dan menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan cincin nikah bernilai RM93,000. - UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 24-2-2014 09:54 PM
@dino
zain tu comel ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
mantap che ta... tewas la zain saidin |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu. nak buat ayat geli2 dan jiwang pun dekat laki sendiri. bukan dia tuju kat korang pun yang sebuk nak muntah segala |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 24-2-2014 10:03 PM
zain tu comel ke?
comey la dari dino. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|