View: 10151|Reply: 143
|
[Tempatan]
Harga minyak naik?? - Najib setuju dengan Bank Dunia utk susun subsidi bahan api
[Copy link]
|
|
Malaysia perlu susun subsidi minyak, bantu rakyat miskin - Najib
KUALA LUMPUR 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat Malaysia perlu menyusun semula strategi pembahagian bahan api bersubsidi dengan lebih efektif untuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati golongan yang memerlukan.
"Saya setuju dengan Bank Dunia, sejajar dengan keperluan Malaysia menyusun semula dengan berkesan pembahagian subsidi itu," kata Perdana Menteri dalam Twitternya malam ini. Najib mengulas laporan Bloom­berg yang memetik kenyataan daripada Bank Dunia bertajuk 'Subsidi Minyak Mungkin Menghalang Perbelanjaan Untuk Golongan Termiskin.’
Sebelum ini, pelbagai pihak meminta kerajaan untuk mengkaji semula polisi pembahagian bahan api bersubsidi berikutan kerugian mencecah berbilion ringgit yang dialami kerajaan akibat aktiviti penyelewengan bahan itu yang sukar dibendung.
Laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati daripada sejumlah 8.5 bilion liter diesel subsidi yang diguna pakai oleh kenderaan komersial, 3.5 bilion liter telah disalahgunakan akibat aktiviti penyeludupan dan kegiatan mengaut untung keterlaluan termasuk melakukan urus niaga melalui cara gelap.
Statistik itu menunjukkan hanya 5 bilion liter digunakan secara betul atau dimanfaatkan tetapi dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.2 bilion akibat sindiket penyeludupan petrol dan diesel subsidi.
Sementara itu, menurut Bank Dunia, subsidi tenaga mungkin menghalang kerajaan negara-negara sedang membangun seperti Mesir dan Malaysia daripada melakukan perbelanjaan yang cukup untuk program sosial yang boleh membantu golongan miskin.
Laporan itu menjelaskan, subsidi minak adalah tertinggi di Asia Barat dan Afrika Utara, iaitu lebih empat peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di negara-negara terlibat.
“Ini berbanding satu peratus daripada KDNK yang dibelanjakan untuk program bersih keselamatan sosial seperti pemindahan tunai bersyarat," kata bank itu.
Last edited by kazaraf on 15-5-2014 11:40 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..... Masih murah bila dibandingkan dgn zimbabwe.... |
|
|
|
|
|
|
|
bank dunia ni bukan Yahudi ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadapler rege minyak naik... |
|
|
|
|
|
|
|
bank dunia tak pe
IMF tak boleh
dah tau dahhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
'Subsidi Minyak Mungkin Menghalang Perbelanjaan Untuk Golongan Termiskin.’
apa punye tajuk Bank Dunia ni...ada mungkin2....berbelit2 plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
ajib oh ajib......setuju ler sbb minyak kete ko bkn ko byr....rakyat yg byr utk ko....agak2 apasal laa tak guna IC bila beli minyak bersubsidi kat station minyak ek ? masuk kan ic terus dpt figure bersubsidi base on income seseorg tu.....so sapa yg tak der IC aka non-malaysia so tak dpt laa price sbg rakyat malaysia....n sapa2 yg bapak kaya raya tak dpt laa harga minyak murah.....tp tu laa UMNO ni ngok yg tak leh diajar....platform dah ada tp tak nak pakai |
|
|
|
|
|
|
|
Haaaa dia dah kasi bunga2 nak naikkan rege minyak letttewww..pasni kasi alasan pelarasan bank dunia suruh buat... |
|
|
|
|
|
|
|
penyalahgunaan petrol dan diesel bersubsidi
di sempadan malaysia/thailand dah sampai ke tahap amat kronik
unit baharu seumpama STING PDRM
perlu diwujud segera |
|
|
|
|
|
|
|
Ne..No..Ne..No..Ne...No...... Poonnn...Ponnnn.... |
|
|
|
|
|
|
|
tiap kali naik harga petrol ada je istilah baru
- bukan naik harga tapi sabsidi dikurangkan
- bukan naik harga tapi penyelarasan
- bukan naik harga tapi susun semula harga
tiap kali harga dinaikkan masih ada yg takserik2 ditipu |
|
|
|
|
|
|
|
penguatkuasaan dan pengawalan
yang lemah di sempadan
tak tahu buat kerja kah ? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo perlu naik...kena bagi kuota utk rakyat dgn penggunaan IC dimana setiap org di beri had..sekurang2 nya 1000 liters dgn harga subsidi... |
|
|
|
|
|
|
|
zzola posted on 15-5-2014 12:08 PM
penguatkuasaan dan pengawalan
yang lemah di sempadan
Dah berpuluh thn perintah pon tak blh nak settle.... Buduh apakah ini? |
|
|
|
|
|
|
|
em..naik lagi la rega barang..
|
|
|
|
|
|
|
|
kita2 ni setuju ke tak setuju ke terpaksa byr jugakla...
nk buat mcmmn kan....cakap lebih2 kena dakwa pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
biar puak2 yang memangkah BN je bayor rege minyak lebih , bole?hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|