View: 4238|Reply: 29
|
[Tempatan]
Pasangan panda gergasi dari China tiba Rabu
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Sepasang panda gergasi dari Chengdu, China yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi dijadual tiba di sini pada Rabu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.
"Kedua-dua panda gergasi itu dijadual dihantar dari China pada malam Selasa dan tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada pagi Rabu.
"Pasangan panda itu kemudian akan dibawa ke Zoo Negara dan dikuarantin selama lebih kurang sebulan di penempatannya yang telah siap dibina," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Tokoh Tun V.T. Sambanthan di sini hari ini.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga dijadual ke Zoo Negara pada 25 Mei ini bagi melawat pasangan panda itu, yang diberi nama Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).
Kerajaan China sebelum ini menunda penghantaran dua beruang itu, yang pada mulanya dijadualkan April lepas, berikutan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas.
Palanivel berkata program perjanjian antara Malaysia dan Republik Rakyat China ditandatangani pada 2012, dan menerusinya, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi berkaitan panda gergasi selain membangun serta melatih kepakaran tempatan.
Beliau berkata pengalaman serta kepakaran itu boleh digunakan bagi mempertingkat kesedaran berkaitan usaha melindungi haiwan berkenaan selain
menghargai keunikan dan kepentingan konservasi hidupan liar serta biodiversiti.
Terdahulu, Palanivel menyampaikan Anugerah Tokoh Tun V.T.Sambanthan kepada bekas Ketua Wanita MIC pertama Meenambal Arumugam dan rakan karib mendiang Tun Sambanthan iaitu Subanarayana Samy.
Anugerah itu sebagai menghargai jasa, kesetiaan dan bakti mereka kepada pemimpin berkenaan.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
sukanya panda..nanti nak p tgkla.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamapea posted on 19-5-2014 09:56 AM
sukanya panda..nanti nak p tgkla..
panda dalam avatar mamapea tu nape??? lonely sangat ke sampai temenung atas pokok?
|
|
|
|
|
|
|
|
tingin nk pegang panda ni...cute je mata itam dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah posted on 19-5-2014 09:59 AM
panda dalam avatar mamapea tu nape??? lonely sangat ke sampai temenung atas pokok?
ntahla..tak terfikir lak sampai ke situ..jdkan avvy sbb comel sgt..
|
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 19-5-2014 10:01 AM
tingin nk pegang panda ni...cute je mata itam dia tu
kalau awek2 yang mata hitam tk tidor malam dengan project designing diorang cute tk?
|
|
|
|
|
|
|
|
let's go to zoo negara...ada pandaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ada perkataan GERGASI?
Overweight kah panda itu?
Ataupun gimik utk mubi godjila? |
|
|
|
|
|
|
|
sbb ni spesis panda paling besar kot..? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bodek china
Tp kes MH370 kena sembur jugak ngan prc |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama aku dengar..tapi sampainya hari rabuneh..cit |
|
|
|
|
|
|
|
Derang naik katerbang MasKargo
|
|
|
|
|
|
|
|
untung ko panda...dapat rumah pree 25 juta hinggit |
|
|
|
|
|
|
|
sepiITUindah posted on 19-5-2014 01:35 PM
untung ko panda...dapat rumah pree 25 juta hinggit
Kera di hutan dapat apa yaa?
|
|
|
|
|
|
|
|
risau takut x sempat smpai bln 12 nnt da arwah...xpn berat bdn menyusut...
klu panda ni mati dlm jagaan kita ada kna byr apa2 x?? |
|
|
|
|
|
|
|
ni semo hasil GST...
kalu takde gst, mgkin import cicak kobeng aja..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yeyy bolehla blajaq kungfu pasnih |
|
|
|
|
|
|
|
berapa ringgit pasni masuk zoo negara?
mesti naik kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|