View: 15725|Reply: 98
|
Abang Long Fadil dapat 18PG jah, Yusof Haslam kecewa ngan LPF
[Copy link]
|
|
Filem 'Abang Long Fadil', Yusof Haslam Kesali LPF[size=0.688em] [size=0.75em]Yusof Haslam berharap pihak LPF lebih terbuka dalam menapis sesebuah filem tempatan.
PETALING JAYA: Penerbit filem Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila karya anaknya, Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Yusof berkata, dia terkejut dengan keputusan LPF itu kerana karya berkenaan hanyalah sebuah filem dengan babak yang penuh aksi lawan selain berunsur komedi.
Sedangkan banyak filem lain terutamanya karya antarabangsa yang lebih ganas tetapi diberi pula tontonan untuk golongan berumur 13 tahun ke atas (P13).
"Abang Long Fadil akan ditayangkan pada 29 Mei ini dan ia jatuh pada musim cuti sekolah dan sayang sekali filem ini tidak dapat ditonton oleh budak sekolah kerana klasifikasinya ialah PG18.
"Saya rasa sangat kecewa apabila LPF tidak terbuka dengan filem-filem Melayu, sebaliknya mereka lebih terbuka dengan filem luar negara.
"Sudahlah ia mendapat sembilan kali potongan, diberi pula had tontonan hanya untuk golongan yang berusia 18 tahun ke atas," katanya dengan nada kesal kepada mStar Online.
Tambah Yusof, pihak LPF sepatut lebih bersikap terbuka dalam menapis sesebuah filem tempatan kerana kebanyakkan filem Melayu sering ditapis sedangkan ia bukanlah babak yang boleh menjejaskan fikiran penonton.
[size=0.75em]Syafiq Yusof
Dalam pada itu Yusof berkata ia juga sedikit sebanyak boleh menjejaskan industri filem negara tanpa sedar.
"Saya harap isu filem ditapis tanpa alasan relevan tidak berlaku lagi. Bukannya saya nak minta pihak LPF bersikap terbuka sehingga melanggar adat dan tatasusila budaya negara Timur.
"Kalau nak cakap filem Melayu boleh mengubah fikiran penonton ke arah perkara negatif, tak perlu susah-susah. Di laman sosial YouTube sendiri, video-video yang di muat naik lebih dasyat malah banyak berunsur lucah," tegasnya.
Abang Long Fadil merupakan kesinambulangan filem KL Gangster berkonsepkan gangster komedi parodi menampilkan barisan pelakon Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Soffi Jikan, Tauke Raja Lawak, Yassin Senario, Arman Graseka, Zizan Razak dan Harun Salim Bachik.
Filem ini mengisahkan tentang Abang Long Fadil lakonan Zizan Razak mahu menjadi samseng sehebat Malik (Aaron) dan Shark (lakonan Syamsul Yusof).
Selepas keluar daripada kumpulan gangster Shark, Fadil diminta untuk menawan Kampung Berani menjadi ketua gangster di kampung tersebut agar tidak dibunuh oleh Shark.
Abang Long Fadil bakal ditayangkan di 81 pawagam bermula 29 Mei 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|
zizan nih mmg sesuwai watak bodo2 alang gini... |
|
|
|
|
|
|
|
zizan razak? sorry la, tapi |
|
|
|
|
|
|
|
cukup2 la buat citer pasal keganasan kesamsengan kegangsteran rempit ke hulu bohsia ke hilir ni. tak bawak apa2 kesedaran pun pada masyarakat jauh sekali membangkitkan moral value di kalangan remaja. |
|
|
|
|
|
|
|
kaklehot posted on 21-5-2014 03:21 PM
zizan nih mmg sesuwai watak bodo2 alang gini...
sesuai ngan muka |
|
|
|
|
|
|
|
cam best je...bli kt kt astro 1st je la |
|
|
|
|
|
|
|
eh.. yusuf haslam tak tahu ke ada gak filem negara luar tak lepas di tayangkan di negara kita. contohnya filem indon the raid 2. mmg ganas betol filem ni wei..
indon kata kita dengki 1 filem ni tak nak ditayangkan. choi.. mrk tu baru dengki boikot semua terus produk kita. |
|
|
|
|
|
|
|
ala iols 17thun xley tgk laa |
|
|
|
|
|
|
|
cite lawak je pun.....sajer2 jer pun.....kalu nak compare cite dr syamsul pastu dr adik dia ni jauh lagi baik kot dgn cite ahmad idham...prof razak mamak tu....david teo....farid kamil tu....nak cite bg kesedaran tgk laa Tanah Kubur tu |
|
|
|
|
|
|
|
ex-bantal.B posted on 21-5-2014 03:35 PM
eh.. yusuf haslam tak tahu ke ada gak filem negara luar tak lepas di tayangkan di negara kita. conto ...
the Raid pon aku dah seriau tgk bertetak berparang..
Raid 2 aku x sanggup..ganaih sgt..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lpf memang over sikit..tapi cerita2 mcm ni tak ada pun lagi bagus
Tapi dah aku x tengok cerita melayu so y bother |
|
|
|
|
|
|
|
chaintea posted on 21-5-2014 04:05 PM
the Raid pon aku dah seriau tgk bertetak berparang..
Raid 2 aku x sanggup..ganaih sgt..
Lahh cerita indon ka. Aku duk ingat cerita omputih.
Yang hero tu yang berlakon merantau ka? |
|
|
|
|
|
|
|
kelako cerita ni..
zizan kalau dalam filem, lawak memang menjadi.. tgk jela, hantu bonceng dan bikers kental..kelakar hokeyy..
bila nak 'live' jer, dia ni cam harom sikit lawaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala 18 pun akan laku - ramai je rempit keje 7e nanti akan berbondong2 g tengok |
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang posted on 21-5-2014 03:30 PM
cukup2 la buat citer pasal keganasan kesamsengan kegangsteran rempit ke hulu bohsia ke hilir ni. tak ...
ak baru je nk komen mcm tu tp ko dah cakap dulu. mekasih
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rimau_manja at 10-1-2023 08:11 PM
Edited
Edited
|
|
|
|
|
|
|
|
alah datuk, dah kayaaaaa......rilek arrr |
|
|
|
|
|
|
|
balik balik cerita gini
tak bosan ke
|
|
|
|
|
|
|
| |
|