CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24775|Reply: 100

★ B E R I TA _ H A R I _ I N I ★

[Copy link]
Post time 6-6-2014 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Local News


Mati depan ‘laptop’
Posted on June 6, 2014, Friday

MISTERI bau busuk yang menjadi tanda tanya kepada seorang tukang cuci yang ingin memulakan tugas rutin pagi semalam akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas di sebuah bilik kuarters yang terletak di Jalan Luak Bay, Miri.

Si mati dikenali sebagai Chong Min Liong, 64, berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Ketika ditemui, si mati yang merupakan pengurus sebuah syarikat swasta berada dalam posisi duduk di atas kerusi sambil menghadap sebuah komputer riba dan memakai baju-T berkolar serta berkain tuala.

Terdahulu menurut sumber, sekitar jam 8 pagi semalam, tukang cuci berusia 43 tahun itu datang ke kuarters berkenaan untuk menjalankan tugas rutin.

Setiba di tempat kejadian yang terletak di tingkat satu bangunan kuarters itu, tiba-tiba dia terhidu bau busuk, namun tidak mengendahkan-nya kerana menyangka bau sampah.

Beliau yang mula berasa tidak sedap hati cuba mencari arah bau busuk itu datang hingga tiba di depan bilik si mati, di mana bau busuk tersebut semakin kuat.

Pada mulanya, wanita terba-bit cuba membuka pintu bilik si mati namun tidak berjaya kerana dikunci dari dalam. Ia hanya dapat dibuka dengan menggunakan kunci pendua.

Sebaik pintu diselak, alang-kah terkejutnya dia apa-bila ternampak si mati sudah terkulai kaku sambil duduk di atas kerusi.

Berikutan itu, tukang cuci terbabit segera menghubungi pihak Hospital Miri untuk mendapatkan bantuan.

“Ketika mayat ditemui, tiada seorang pun pekerja lain yang mendiami kuarters berkenaan berada di tempat kejadian kerana rata-rata mereka pulang bercuti sem-pena Hari Gawai.

“Siasatan awal polis di tem-pat kejadian juga tidak men-emui sebarang unsur jenayah dan tiada kesan kecederaan pada badan si mati. Malah kesemua barang mangsa tidak diusik,” katanya sambil memberitahu kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut Gan, si mati diper-cayai telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu berdasar-kan keadaan mayatnya yang sudah mula mereput.

Difahamkan, si mati telah bekerja di syarikat berkenaan selama setahun dan tinggal di kuarters berkenaan seorang diri. Manakala ahli keluar-ganya menetap di Semenan-jung Malaysia.




Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... ptop/#ixzz33qEP9iq2

Last edited by Vellfire on 10-6-2014 04:59 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2014 03:25 PM | Show all posts
Kawasan berisiko denggi di Sibu dikenal pasti
Posted on June 6, 2014, Friday

SIBU: Empat kawasan berisiko denggi telah dikenal pasti di daerah Sibu sehingga 4 Jun lepas, yang mencatat kes terkumpul tertinggi di Sarawak.

Kawasan ini ialah Jalan Ding Kik, Lorong Oya 7, Jalan Oya dan Lorong Merdeka 14.

Ketika dihubungi semalam, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Datu Dr Zulkifli Jantan berkata, kawasan berisiko tersebut merupakan kawasan yang pernah berlaku wabak denggi sebelum ini.

“Kawasan ini termasuk kawasan yang mencatat dua kes denggi dalam tempoh  dua minggu. Namun secara keseluruhan kes denggi di Sarawak adalah terkawal,” ujarnya.

Sehingga 4 Jun lepas, lima kes denggi dicatatkan di Sarawak. Sementara kes terkumpul denggi sehingga minggu ke-15 (4-12 April) adalah sebanyak 346 kes.

Daripada jumlah itu, daerah Sibu mencatat 104 kes, diikuti Miri (55), Kuching, Daro dan Bintulu (23) serta Limbang (14).

Ditanya mengenai sebab banyak kes berlaku di Sibu, Dr Zulkifli berkata ia mungkin disebabkan keadaan yang sesak di sesetengah kawasan kediaman terbabit.

“Jabatan Kesihatan Negeri akan terus meningkatkan program kesedaran di kawasan perumahan sama ada di bandar atau luar bandar,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar menjaga kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal mereka, termasuk melupuskan sampah-sarap dengan betul.

“Orang ramai juga perlu meluangkan masa 10 minit seminggu bagi mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan mereka,” tambah Dr Zulkifli.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... asti/#ixzz33qFXIbn8

kitak2 yang berdekatan jagalah kebersihan persekitaran rmh Last edited by Vellfire on 6-6-2014 03:35 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 03:35 PM | Show all posts
Ikan lumek masin RM45 sekilogram
Posted on June 6, 2014, Friday

KUCHING: Kampung Muara Tebas bukan sahaja popular sebagai lokasi makanan laut malahan kampung itu mempunyai pelbagai produk perikanan.

Terletak kira-kira 35 kilometer dari pusat bandar, Kampung Muara Tebas juga mempunyai keunikan dari segi masyarakatnya yang berbilang kaum.

Tinjauan Utusan Borneo di kampung itu mendapati majoriti penduduk di situ bekerja sebagai nelayan dan pada masa sama menjadi usahawan produk perikanan seperti ikan masin, keropok lekor dan sebagainya.

Sa’adan Tarop, 58, pengusaha ikan masin berkata setiap hari dia memproses kira-kira 200 kilogram (kg) hingga 300kg ikan mentah untuk dijadikan ikan masin.

“Ikan masin yang mempunyai nilai yang tinggi adalah ikan lumek masin yang dijual pada harga RM45 sekilogram.

“Kalau ikan masin lain pula seperti gonjeng dan gelama saya hanya menjual RM20 sekilogram,” katanya ketika ditemui di tempat memproses ikan masin di rumahnya, dekat sini kelmarin.

Mengulas mengenai harga ikan lumek masin yang dijual pada harga tinggi, Sa’adan berkata ia ekoran daripada proses membuatnya agak rumit berbanding ikan lain.

“Ikan lumek ini susah untuk dibelah dua dan memerlukan proses pengeringan selama dua hari, kalau ikan lain mudah dan cepat sebab itu ia dijual pada harga sebegitu,” katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya 10kg ikan lumek mentah diproses menjadi ikan masin, beratnya akan menjadi kepada 1.5kg sahaja.

Tambahnya, selain dijual kepada pemborong dia juga menjual ikan masinnya secara gerai bagi membolehkan pengunjung yang datang ke kampung itu berpeluang membelinya.

“Justeru, saya yakin ikan masin ini pastinya akan memberi rasa yang diingini oleh penggemarnya,” ujarnya.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... gram/#ixzz33qHlG0oh

pebret kmk tapi makin mahal hor

Comments

peberet kmk juak..mun masak sup campur terung asam..wah!!!  Post time 6-6-2014 03:40 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 03:46 PM | Show all posts
Pelajar ‘pailang’ berdepan undang-undang
Posted on June 5, 2014, Thursday

KOTA SAMARAHAN: Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Asajaya di sini yang menggelar diri mereka sebagai ‘pailang’ (samseng) bakal berdepan tindakan undang-undang.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan berusia 16 tahun akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan, 15, di sekolah yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern, kertas siasatan telah diserahkan kepada bahagian pendakwaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

“Sebelum ini, seramai 10 pelajar yang terlibat dalam kes itu berdasarkan rakaman video yang dimuat turun daripada media sosial telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Bagaimanapun, tujuh daripada pelajar berkenaan telah dibebaskan selepas kawat cam dilakukan.

“Kita telah menahan tiga pelajar terbabit untuk disoal siasat, mereka kini dibebas dengan jaminan pihak polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama, Lee memberitahu pihaknya memandang serius jenayah yang membabitkan pelajar di sekolah.

Katanya, kes membabitkan pelajar perempuan dibelasah itu telahpun berlaku sebulan lalu dan hanya disebarkan menerusi media sosial baru-baru ini.

“Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli keluarga pelajar yang dibelasah,” jelasnya.

Beliau memberitahu sepatutnya pihak sekolah mengambil tindakan yang cepat untuk menyelesaikan masalah itu bukannya cuba untuk menyembunyikannya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan individu tidak bertanggungjawab yang memuat naik video dan gambar pelajar- pelajar terbabit kes itu di laman sosial, Lee berkata pihaknya belum lagi menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan.

“Kalau ada laporan kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya,” jelasnya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan berkata, laporan berhubung kes itu telahpun dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri dua hari yang lalu untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara yang berlaku dan pihak sekolah telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kita amat kesal dengan apa yang berlaku membabitkan pelajar ini dan mereka yang terlibat harus menerima hukuman setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Beliau menambah rasa penyayang di kalangan pelajar sekolah semakin hilang kerana mereka sanggup bertindak di luar batasan.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, seorang pelajar perempuan disepak, dipijak dan diheret atas lantai oleh sekumpulan pelajar perempuan dari sekolah yang sama telah dimuat turun melalui media sosial.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... dang/#ixzz33qJrhqIr

Lu pailang Wa silang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2014 03:49 PM | Show all posts
Pameran Raja Kita di Bintulu, 7-9 Jun
Posted on June 5, 2014, Thursday

KUCHING: Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Sarawak menganjurkan Pameran Raja Kita di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada 7 hingga 9 Jun ini (Sabtu hingga Isnin) dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Ia adalah sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah peringkat negeri.

Antara gambar yang akan dipamer sepanjang pameran itu berlangsung ialah gambar kenangan Agong ketika menghadiri pelbagai program dan aktiviti, gambar pakaian diraja, nobat, peralatan diraja, pingat dan banyak lagi.

Orang ramai dijemput menyaksikan pameran itu sempena cuti sekolah kerana ia banyak mengisahkan sejarah serta latar belakang Agong.

Turut dipamerkan adalah gambar yang berkaitan dengan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Pameran bertujuan menjelaskan kepada rakyat tentang peranan serta kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta konsep raja berperlembagaan dalam sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Malaysia.

Pada masa sama, ia juga bagi memperkukuhkan semangat cintakan negara serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagi memeriahkan lagi pameran tersebut, pengunjung bertuah berpeluang mendapat hadiah misteri manakala pengunjung yang berminat menyertai kuiz juga akan mendapat hadiah menarik yang disediakan.

Kemasukan ke pameran adalah percuma.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... -jun/#ixzz33qLMfHhF


ada k tangar hujung minggu tok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2014 08:38 AM | Show all posts
100 hari jadi KM diterima baik semua
Posted on June 8, 2014, Sunday

KUCHING: Tempoh 100 hari Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, 70, menjadi Ketua Menteri Sarawak ternyata mendapat penerimaan menggalakkan daripada masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa di negeri ini.

Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof menyifatkan sepanjang tempoh tersebut kepimpinan Adenan ternyata cemerlang dan beliau seorang pilihan yang tepat memegang jawatan itu.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana Ketua Menteri baharu kita dalam 100 hari ini mendapat penerimaan yang sungguh menggalakkan dan cemerlang daripada masyarakat di negeri ini.

“Sikap beliau yang paling saya puji ialah ketegasannya dalam melibatkan perhubungan kaum dan agama di negeri ini.

“Beliau begitu tegas dan kenyataannya yang begitu jelas dalam hal ini (variasi kaum dan agama) menunjukkan beliau tidak mahu ekstrem atau menyentuh polisi yang boleh mendatang serta merenggangkan perhubungan masyarakat yang menjadi teras perjuangan beliau,” katanya kepada pemberita semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Fadillah Yusof di Pusat Beli-Belah Hills di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fadillah memberitahu faktor kedua kejayaan beliau sepanjang 100 hari menjadi Ketua Menteri ialah beliau tetap meneruskan polisi yang baik untuk masyarakat terutamanya dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan.

Manakala faktor kecemerlangan ketiga jelas dibuktikan dengan hubungan baik beliau dengan setiap pemimpin kerajaan negeri mahupun pusat, katanya.

“Oleh sebab itu, perhubungan baik beliau dengan sesiapa sahaja khasnya kerajaan pusat membolehkan perundingan sentiasa terbuka untuk mencari apa yang terbaik bagi negeri Sarawak.

“Misalnya isu royalti minyak, perhubungannya yang baik dengan Perdana Menteri menyebabkan kenyataannya disambut baik oleh Perdana Menteri untuk berunding.

“Paling penting, beliau (Adenan) memperjuangkan hak kita di Sabah dan Sarawak agar mendapat peruntukan lebih pada masa akan datang supaya jurang antara tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat dirapatkan hasnya dalam aspek pembangunan fizikal,” ujarnya.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... llah/#ixzz3468TsGzq

x merasa dah 100 hari ropa2nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-6-2014 08:39 AM | Show all posts
90% tempat untuk anak Sarawak
Posted on June 8, 2014, Sunday

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak menawarkan 90 peratus tempat untuk anak tempatan melanjutkan pengajian di universiti itu.

Perkara itu didedahkan Rektor UiTM Sarawak Prof Datuk Dr Jamil Hamali yang memberitahu hanya 10 peratus tempat ditawarkan kepada pelajar luar iaitu Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Beliau menjelaskan peluang itu bagi membolehkan anak Sarawak mendapat tempat yang lebih luas untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita tidak mahu warga Sarawak beranggapan bahawa peluang pendidikan ini tidak diberikan kepada orang Sarawak itu sendiri, sebab itu 90 peratus tempat disediakan untuk anak tempatan di sini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Minggu Destini Siswa Sesi Jun-November 2014 di Dewan Jubli UiTM Kampus Samarahan di sini, semalam.

Jamil berkata, setakat ini seramai 1,903 pelajar telah berdaftar berbanding 2,500 orang yang menerima tawaran belajar di situ.

“Mungkin yang selebihnya mengalami masalah kewangan atau sebagainya, justeru saya meminta pelajar yang mempunyai masalah kewangan menghubungi kita untuk mengatasinya.

“Kita bekerjasama dengan Ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing untuk membantu pelajar yang mengalami masalah kewangan ini,” jelasnya.

Menurutnya, Sesi Jun-November 2014 merupakan pengambilan yang terbanyak dalam sejarah UiTM Sarawak selama bertapak di sini.

“Kita sudah membuka kampus dua Samarahan jadi ia membantu kita meningkatkan jumlah pengambilan pelajar di sini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Jamil mengingatkan pelajar baharu memanfaatkan peluang yang diberikan untuk belajar di situ dengan sebaik-baiknya.

“Janganlah kita mengamalkan 3L iaitu Lupa, Leka dan Lalai kerana ia pastinya merugikan kamu sendiri,” tegasnya


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... awak/#ixzz3468uKEUq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2014 08:40 AM | Show all posts
Pembantu rumah mengamuk, dipercayai memakan anak kucing peliharaan majikan
Posted on June 7, 2014, Saturday

BAGAIKAN dirasuk roh jahat, seorang pembantu rumah warganegara Indonesia dipercayai memakan anak kucing peliharaan majikannya hidup-hidup.

Terdahulu, majikan terbabit menemui bangkai anak kucing kesayangan mereka di depan rumahnya di Sibu, malam kelmarin.

Apabila ditanya oleh majikannya, pembantu rumah itu mengaku telah memakan bahagian kepala dan daging anak kucing itu serta meninggalkan bahagian kulitnya.

Wanita itu memberitahu, mereka terpaksa mengikat kaki dan tangan pembantu rumah terbabit yang dipercayai tiba-tiba mengamuk.

Bimbang keselamatan keluarga, mereka kemudian meletakkan pembantu rumah itu di dalam kereta yang diparkir di luar rumah, semalaman.

“Dia (pembantu rumah) kelihatan pulih hari ini (semalam). Saya kemudian membuka ikatan dan berjanji akan menghantarnya pulang ke negara asalnya jika itu kehendaknya.

“Saya juga membawanya membeli nasi ayam di Ramin Way seperti yang dia minta sekitar jam 10.30 pagi tadi (semalam),” jelasnya.

Selepas selesai membeli makanan, pembantu rumah itu dikatakan enggan masuk ke dalam kereta sekali gus mencetuskan satu adegan yang menarik perhatian orang ramai.

“Dia tiba-tiba mengamuk kemudian masuk ke dalam kereta semula dan membuang barang keluar dari kereta. Dia juga menggigit pokok hiasan,” ujar wanita itu.

Empat anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa sejam untuk membawa pembantu rumah itu masuk ke dalam kenderaan polis.

Menurut polis, pembantu rumah  itu dikatakan berada di luar kawalan dan turut merosakkan cermin kenderaan.

Selain itu, dia difahamkan mengigit lengan salah seorang anggota polis, malah meludah ke arah beberapa anggota polis yang membawanya ke balai sebelum ditahan untuk dimasukkan ke dalam ambulans dan dihantar ke Hospital Sibu.

Anggota polis juga menutup mukanya dengan surat khabar bagi menghalang pembantu rumah itu terus meludah ke arah mereka.

Majikan itu memberitahu, pembantu rumahnya berkelakuan aneh sejak seminggu lalu.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... ikan/#ixzz34696PO79

huhu sik terkomen kamik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2014 10:20 AM | Show all posts
Vellfire posted on 9-6-2014 08:40 AM
Pembantu rumah mengamuk, dipercayai memakan anak kucing peliharaan majikan
Posted on June 7, 2014,  ...

brita tok baruk di tempek di CI...ada lah laku sikit..tapi d ctok sikda urg jenguk eh..

tedah kita urg sarawak di cari, mauk berkumpul juak di CI nun..sampey ke momod sarawak lari ke CI...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 11:33 AM | Show all posts
kamek sik rajin ke CI ya...mun nyawa sik koat iboh jak ke sia...mun kamek lah....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 12:36 PM | Show all posts
millsnboon posted on 9-6-2014 11:33 AM
kamek sik rajin ke CI ya...mun nyawa sik koat iboh jak ke sia...mun kamek lah....

kmk kotan mauk tauk hal semasa...

tapi kinektok gago juak sidak ya nganok urg sarawak...mundur lah, pegangan agama sik betul la...tahpapapatah...

ada sekali dolok Dzeck ka apa namanya suka P.A kmk...

malas kmk nak layan... byk org gila sia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 03:08 PM | Show all posts
yalah kamek nang sik mok masuk sia...byk org gila sewel sot ngan segala datuk nenek species gila dlm ya..some of them can be so unethical...nak comment pun biar berasas with facts la sikit...of course sik dinafikan byk spekulasi to jgnla komen membabi buta...... kdg2 kamek rasa ada kedak sidak tok sakaiiiii abis la merik komen... Last edited by millsnboon on 9-6-2014 03:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2014 08:29 AM | Show all posts
leylapple posted on 9-6-2014 12:36 PM
kmk kotan mauk tauk hal semasa...

tapi kinektok gago juak sidak ya nganok urg sarawak...mundur  ...

hehe kmk dah kebal......skatinyalah nak madah apa
setakat duduk depan pc/hp/tab posting ikut sekati palaknya ajak

kmk sik masuk sia 2-3 hari tok
so sik baca apa komen sidak....teruk gilakkah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2014 08:41 AM | Show all posts
Dekat bandar tapi mandi air lumpur
Posted on June 10, 2014, Tuesday

MIRI: Penduduk Rumah Ngadan di Niah dekat sini, antara rumah panjang yang masih lagi bergantung kepada air dari kolam buatan sendiri untuk aktiviti harian seperti mandi dan membasuh.

Tanpa menghiraukan keadaan air kolam berkenaan berlumpur dan berbau, kanak-kanak dan penghuni rumah panjang tersebut tiada pilihan lain untuk mandi, di samping air hujan yang ditadah sendiri.

Meskipun sudah 20 tahun mereka bertapak di situ, namun kemudahan bekalan air bersih masih belum kunjung tiba, malah tangki air 1Malaysia yang diagihagihkan ke rumah-rumah panjang yang tiada kemudahan air bersih seperti mereka, juga tidak sampai ke tangan penduduk kampung.

Situasi itu menyebabkan mereka terus bergantung kepada air kolam yang dibina tidak jauh dari rumah panjang mereka dan air hujan yang ditadah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling Sie Kiong yang mengadakan kunjungan Hari Gawai ke rumah panjang berkenaan pada hari kedua sambutan Gawai baru-baru ini, memberitahu beliau kesal dengan situasi dialami penduduk di situ, kerana rumah panjang terbabit, jika dilihat pada jaraknya hanya terletak di pinggir bandar, bukannya jauh di pedalaman.

Dalam kenyataannya kepada Utusan Borneo di sini semalam, Alan berkata Rumah Ngadan Pengabang yang terletak di Niah itu masih tidak mempunyai bekalan air paip walaupun ia terletak berhampiran jalan raya Pan Borneo dan kira-kira 80 km sahaja dari bandar raya ini.

“Bayangkan seluruh penduduk kira-kira 200 orang ini, masih bergantung kepada air kolam buatan sendiri berhampiran rumah panjang mereka untuk mandi dan pada musim kemarau apabila air kolam ini semakin cetek dan kering, mereka hanya bergantung kepada air hujan, yang ditadah dalam tangki air,” katanya yang turut meluang masa melihat sendiri kanak-kanak di rumah panjang berkenaan mandi-manda di kolam berlumpur itu.

Malah menurut Ling, beliau turut diberitahu bahawa bantuan tangki air 1Malaysia yang diedarkan oleh kerajaan persekutuan ke rumah-rumah panjang di kawasan tersebut juga tidak sampai kepada mereka, meskipun keperluan terhadapnya amat mendesak.

Beliau juga difahamkan bahawa penduduk kampung telah merayu untuk perhatian kerajaan bagi menyelesaikan masalah tersebut daripada terus berpanjangan, namun sehingga kini penduduk masih belum mendapat maklum balas.

“Kemajuan sesebuah negara diukur bukan dengan kekayaan pemimpin, tetapi dengan kesejahteraan rakyat, terutama penduduk peribumi majoriti di negeri ini seperti kaum Dayak,” katanya.

“50 tahun lalu, apabila Sarawak menyertai Sabah dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia, kita percaya bahawa penggabu-ngan itu akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dengan pembangunan yang lebih besar, tetapi keputusan itu telah mengecewakan di kebanyakan tempat, terutama di rumah-rumah panjang di mana kaum Dayak masih lagi ketinggalan,” katanya.

Mengenai lawatannya ke rumah panjang tersebut, Alan memberitahu bahawa perayaan Hari Gawai yang disambut pada setiap tahun bukan sahaja merupakan satu sambutan perayaan bagi kaum Dayak, malah pada hari ini juga seolah ‘menyediakan’ pengunjung peluang untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh kumpulan etnik itu melalui pembangunan di rumah-rumah panjang mereka.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... mpur/#ixzz34BzhJ3i2

biar benar? pendalamankah
mun area niah sia mcm dah maju dikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2014 08:48 AM | Show all posts
Penghasut Sarawak keluar Malaysia perlu dikena tindakan tegas
Posted on June 10, 2014, Tuesday

SIBU: Pertubuhan Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindak tegas terhadap NGO-NGO yang menyebarkan dakyah menghasut rakyat negeri ini agar menuntut Sarawak keluar daripada Malaysia.

Setiausaha Kehormat AWAS Pusat Mohd Junaidi Sambang berkata, dakyah yang disebarkan oleh NGO-NGO terbabit melalui laman sosial dan blog seolah-olah mahu mencabar perlembagaan ketika Sarawak bersama Malaya, Sabah dan Singa-pura membentuk Malaysia pada 1963.

“Dakyah berkenaan juga disifatkan sebagai mahu mengganggu gugat kestabilan, keharmonian dan kesejahteraan hidup yang dikecapi rakyat berbilang kaum di negeri ini dewasa ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Junaidi berkata, AWAS yang mempunyai berpuluh-puluh ribu ahli di seluruh negeri ini dan rakyat Sarawak keseluruhannya harus memandang serius dakyah yang mungkin bermotifkan ‘politik’ serta berniat jahat yang disebarkan oleh NGO-NGO berkenaan.

Disebabkan percaya dakyah itu mungkin boleh mempengaruhi minda generasi muda, beliau menggesa SKMM dan polis menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap NGO-NGO atau dalang yang menyebar dakyah tersebut.

AWAS katanya, turut bersetuju dan menyokong penuh pandangan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem supaya rakyat di negeri ini menangkis serta memerangi habis-habisan kumpulan atau NGO yang menyebarkan dakyah yang bersifat tidak bertanggungjawab itu.

Sebagai anak jati Sarawak yang sayang kepada negeri dan rakyat hidup aman dan makmur, Junaidi berkata AWAS akan tetap bersama-sama barisan pucuk kepimpinan Ketua Menteri mempertahankan kestabilan dan keharmonian hidup yang dikecapi oleh rakyat di negeri ini dalam Malaysia.

Oleh kerana rakyat berbilang kaum di Sarawak kini mengecapi suasana hidup yang aman, damai, penuh dengan semangat kesatuan dan stabil dari segi politik, beliau berkata tidak perlu bagi NGO-NGO berkenaan menyebarkan pelbagai dakyah dengan niat mahu meracuni fikiran rakyat.

“Dengan ini, AWAS membantah sekeras-kerasnya apa sahaja dakyah yang di-sebarkan oleh NGO-NGO berkenaan kerana dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu memecahbelahkan perpaduan yang sedia terjalin di kalangan rakyat negeri ini,” tegas beliau.


Read more: http://www.theborneopost.com/201 ... egas/#ixzz34C0HNCgi





Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 10:11 AM | Show all posts
Vellfire posted on 10-6-2014 08:48 AM
Penghasut Sarawak keluar Malaysia perlu dikena tindakan tegas
Posted on June 10, 2014, Tuesday

sapa AWAS tok??

kmk urg sibo agik sik tauk sapa ngo tok...

pahal nya ke'malaya'an gilak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2014 10:17 AM | Show all posts
leylapple posted on 10-6-2014 10:11 AM
sapa AWAS tok??

kmk urg sibo agik sik tauk sapa ngo tok...


setauk kmk yang kelaie kat fb ya mbiak jak
dianok sidak lepeh alu ajak geng mintak kuar dari msia
ingat senangkah

sik tauk juak pasal AWAS ya
apo kaitannya sidak yo
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 12:05 PM | Show all posts
Vellfire posted on 10-6-2014 10:17 AM
setauk kmk yang kelaie kat fb ya mbiak jak
dianok sidak lepeh alu ajak geng mintak kuar dari ms ...

aie...

maka ktk nempek....

Pertubuhan Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS)
seyes kmk sik kalak nengar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2014 03:00 PM | Show all posts
leylapple posted on 10-6-2014 12:05 PM
aie...

maka ktk nempek....

kmk copy paste jak deng
belum kmk mengkajinya lagik
klk kmk nanyak sidak nok arif pasal yo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2014 08:46 AM | Show all posts
leylapple posted on 10-6-2014 12:05 PM
aie...

maka ktk nempek....

Angkatan Warisan Anak Sarawak 'AWAS'
ditubuhkan pada awal tahun 2013 di bahagian Kapit, Swk

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.124127 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list