CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12018|Reply: 38

Peringatan utk wanita

[Copy link]
Post time 19-6-2014 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Cara Perempuan Goda Lelaki Tanpa Disedari Yang Perlu Anda Tahu

Zaman ini, bermacam-macam perkara yang tidak pernah kita terfikir akan terjadi telah pun terjadi. Bukan sekali, tetapi berkali-kali.

Siapa sangka di zaman ini lelaki bergelar datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Si bapa pula boleh menerkam anak perempuan yang lahir dari rahim isteri sendiri? Orang yang kita percayai seperti pengawal keselamatan yang dulu kita boleh harap, sekarang sudah berani memperkosa?

Tidakkah mereka mempunyai rasa belas kasihan dengan darah daging mereka sendiri sehingga sanggup meratah kaum hawa yang nyata lemah dan tidak berdaya melawan kudrat seorang lelaki? Sehinggakan wanita yang menutup aurat pun tidak terlepas dari menjadi mangsa nafsu mereka.

Hakikatnya, umum tahu & faham bahawa lelaki mempunyai nafsu. Walaupun hanya satu nafsu tetapi fokusnya lebih kepada nafsu #seksual.

Sedarkah kita, sebenarnya ramai perempuan yang cuba mencabar nafsu lelaki?

Bagaimana?

"Saya pakai tudung yang lengkap, menutup aurat dengan lengkap. Takkan saya masih menggoda kot?"

Benar, kita dah sempurnakan penutupan aurat kita dengan pakaian longgar, labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tetapi di luar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini:

1. Tunduk
Tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki. Setiap inci tubuh wanita adalah terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian. Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan
Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?
Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Senyum adalah sedekah tetapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.



* lemah nya kaum lelaki (when it comes to women)

**copy & paste**


Last edited by intriQue on 19-6-2014 12:02 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 12:47 PM | Show all posts
artikel ni bagus tapi yang tak sedapnya macam nak justify kes rogol, sumbang mahram etc...tapi thanks untuk artikel ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 12:55 PM | Show all posts
nanacinta posted on 19-6-2014 12:47 PM
artikel ni bagus tapi yang tak sedapnya macam nak justify kes rogol, sumbang mahram etc...tapi thank ...

Takde justifikasi utk itu, nana

Yg nana sebut tu semua sbb manusia gagal kawal nafsu serakah masing2
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 01:00 PM | Show all posts
intriQue posted on 19-6-2014 12:55 PM
Takde justifikasi utk itu, nana

Yg nana sebut tu semua sbb manusia gagal kawal nafsu serakah ma ...

betul intrique...kalau artikel tu bagi nasihat jer...ok la kan...tapi macam serampang dua mata...huhuhu...nasihat sambil meletakkan kesalahan pada wanita...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 01:04 PM | Show all posts
nanacinta posted on 19-6-2014 01:00 PM
betul intrique...kalau artikel tu bagi nasihat jer...ok la kan...tapi macam serampang dua mata...h ...

Setuju....especially ayat yg akhir tu

Seolah2 lemah sgt org lelaki sampai benda2 yg disebut dlm artikel tu lelaki tak leh tepis. Lelaki ada 9 akal 1 nafsu kan? Gunakanlah 9 akal itu utk mengawal nafsu yg 1
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 01:26 PM | Show all posts
cube korang dikir secara logik dan scientific
satu sungai yang deras di cabangkan kepada 9 sungai yang lain, dan satu sungai yang deras just dicabangkan kepada satu sungai
of course 9 sungai tu x sederas satu cabang sungai tu,
same la dgn laki!
bile dah satu nafsu! semua fokus dekat situ....

yang pompuan kekadang tengok dah tau laki tgok
lagi tu la die suke
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2014 01:34 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:26 PM
cube korang dikir secara logik dan scientific
satu sungai yang deras di cabangkan kepada 9 sungai y ...

So kalau mcm tu logik u, akal wanita yg 1 tu mmg awesome sgt2 lah kan?



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 01:36 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:26 PM
cube korang dikir secara logik dan scientific
satu sungai yang deras di cabangkan kepada 9 sungai y ...

zaman dulu perempuan berkemban dan pakai kebaya ketat...tapi lelaki masih menghormati dan tak merogol...banyak lagi contoh yang lain kalau awak nak tau...lelaki sekarang makan ape yer sampai tak boleh kawal nafsu??? makan tak baca bismillah ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 01:44 PM | Show all posts
nanacinta posted on 19-6-2014 01:36 PM
zaman dulu perempuan berkemban dan pakai kebaya ketat...tapi lelaki masih menghormati dan tak mero ...

lelaki sekarang kami breakfast tongkat ali,
lunch viagra
dinner vimax
erkkkkk  

bukan...sebab dulu kalau budak pompuan tu tetibe berkepit dengan laki
mesti satu kampong kecoh kan
lepas tu balik bapak die smack down

skrg orang tengok buat bodo jekkk
so salah msyarakat ea! bukan lelaki! kami innocent!
Last edited by robertocarbos on 19-6-2014 01:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 01:45 PM | Show all posts
intriQue posted on 19-6-2014 01:34 PM
So kalau mcm tu logik u, akal wanita yg 1 tu mmg awesome sgt2 lah kan?

akal wanita mmg aweseome..ce tgok..kalau die nak sesuatu ade jek care die
tp...akal ea...bukan IQ!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 01:48 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:44 PM
lelaki sekarang kami breakfast tongkat ali,
lunch viagra
dinner vimax

perempuan islam mula menutup aurat bila zaman revolusi islam iran...awak tengok gambar2 zaman dulu di negara islam...mereka tak tutup aurat pun...jarang dengar kes rogol atau hampir takde...so what went wrong??? muhasabah diri dulu...bila masyarakat tidak diajar hormat pada perempuan, jadi la kes macam sekarang...fikir2 kan...

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 01:50 PM | Show all posts
nanacinta posted on 19-6-2014 01:48 PM
perempuan islam mula menutup aurat bila zaman revolusi islam iran...awak tengok gambar2 zaman dulu ...

lelaki harus hormat
pompuan harus jaga diri

kenape perlu pompuan ikot laki keluar malam2???????
kenape perlu ikot laki ke tempat sunyi???????????????????
boleh jek kan tolak
tapi kenapa x tolak???????????????????????
soooo
semua salah dkt sini
termasuk pak guard dpn ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 01:51 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:45 PM
akal wanita mmg aweseome..ce tgok..kalau die nak sesuatu ade jek care die
tp...akal ea...bukan IQ ...
kami innocent!
innocent ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 01:55 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:50 PM
lelaki harus hormat
pompuan harus jaga diri

ade bezanya antara rogol dan sukarela...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 01:57 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 19-6-2014 01:50 PM
lelaki harus hormat
pompuan harus jaga diri

ye ...betul dah tu...

bayangkan lah....tatkala kaum hawa tiada niat menggoda lelaki pun, lelaki dah tergoda

ni apatah lagi bila wanita "menggoda" (secara sedar atau tidak)....sendiri mau fikir lah kan

so sama2 lah kita beringat dan saling ingat-mengingatkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2014 02:01 PM | Show all posts
*copy paste*

Allah perintahkan kita melalui ayat 30 surah an-Nur,

‘Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.’
  

Ayat seterusnya yakni ayat 30 surah yang sama menitahkan pula kepada kaum wanita,

‘Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’  


Allah perintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan.  Kemudian barulah diperintahkan kaum wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat.
  Ia membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang dengan sengaja tidak menutup aurat di hadapannya.  Allah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan.  Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 02:03 PM | Show all posts
nanacinta posted on 19-6-2014 01:55 PM
ade bezanya antara rogol dan sukarela...

memule jek ckp sukerela
bile laki tu lari
cakap la kene rogol

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 02:04 PM | Show all posts
intriQue posted on 19-6-2014 02:01 PM
*copy paste*

Allah perintahkan kita melalui ayat 30 surah an-Nur,

btol...biase tgok kalau pompuan berhijab full
mmg orang laki akan respect
akan tunduk pandangan secara auto...

tp.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 02:04 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 19-6-2014 02:03 PM
memule jek ckp sukerela
bile laki tu lari
cakap la kene rogol

kalau macam tu...perempuan dan lelaki yang salah...huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 02:07 PM | Show all posts
nanacinta posted on 19-6-2014 02:04 PM
kalau macam tu...perempuan dan lelaki yang salah...huhu...

yang ni i like
mcm mane nk rating comment ni ea?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.089120 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list