View: 5174|Reply: 20
|
Azlee (Senario) Takut Jalani Pembedahan Kedua Buang Hempedu
[Copy link]
|
|
Azlee menunjukkan gambar batu dalam hempedu yang dibuang daripada ususnya pada 30 Julai lalu
SUNGAI BULOH: Anggota kumpulan Senario iaitu Azlee bakal menjalani satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan hempedu di dalam badannya pada September depan.
Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, 47, berkata, pembedahan tersebut bakal dilakukan selepas dia membuang batu dalam hempedu yang telah memasuki usus di Hospital Pakar Damansara dekat sini pada 30 Julai lalu.
"Alhamdulillah keadaan saya sekarang beransur pulih selepas pembedahan pertama pada Hari Raya ketiga lalu.
"Bagaimanapun selepas luka bahagian dalam sembuh, saya akan melakukan satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan bahagian hempedu itu kerana bimbang batu yang masih terdapat di dalamnya akan merebak ke bahagian lain," katanya kepada mStar Online.
Azlee ditemui di kediamannya di Saujana Utama di sini pada Khamis.
Hadir sama pada lawatan tersebut adalah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez, penyanyi Rozita Rohaizad dan pelawak Helmi Gimmick.
Dalam pada itu, Azlee mengakui berasa takut ketika diberitahu pihak hospital dia perlu dibedah bagi mengeluarkan batu dalam hempedu yang telah memasuki ususnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jelas Azlee, pada awalnya dia menyangka hanya terkena sakit gastrik namun selepas beberapa kali mendapatkan rawatan sepanjang Ramadan lalu keadaannya tidak pulih sehinggalah dia terpaksa bertemu pakar di hospital berkenaan.
"Terkejut juga apabila doktor memberitahu tentang keadaan saya dan apabila diberitahu saya perlu dibedah saya sangat takut kerana saya tidak pernah memasuki bilik pembedahan sebelum ini.
"Saya terpaksa memberanikan diri kerana sudah tidak tahan menanggung kesakitan dan apabila diberitahu perlu menjalani pembedahan kedua saya jadi lebih bimbang," jelasnya.
Tambah Azlee, pembedahan kedua itu nanti akan lebih besar kerana doktor akan menebuk pusat dan kedua-dua bahagian tepi perutnya bagi mengeluarkan hempedu tersebut.
Sementara itu, Azlee yang juga artis residen TV3 berkata, dia bernasib baik kerana kos perubatannya yang berjumlah RM16,000 di hospital berkenaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak stesen tersebut.
Kata Azlee, lebih menyentuh hatinya, sepanjang berada di hospital, dia tidak putus-putus dikunjungi sahabat dan kenalan yang risaukan keadaan kesihatannya.
"Saya tidak pernah sedar rupa-rupanya saya dikelilingi oleh ramai sahabat handai yang begitu mengambil berat terhadap keadaan diri saya.
"Sampaikan ada di antara mereka datang menemani saya di hospital sehingga pukul tiga pagi," katanya.
Azlee bersama Freddie Fernandez.
Dalam perkembangan sama, Freddie yang sempat meluangkan masa hampir satu jam bersama Azlee berkata, beliau gembira melihat perkembangan positif pelawak itu.
Jelas Freddie, lawatan tersebut bukan sahaja bagi menghargai sumbangannya dalam industri tetapi sebagai seorang rakan lama.
"Kami adalah sahabat lama dan berita mengenai masalah kesihatannya mengejutkan saya dan ramai pihak lain.
"Namun syukur keadaannya beransur pulih dan sama-sama kita mendoakan pembedahan kali kedua itu nanti berjalan dengan baik," ujarnya.
Freddie turut menghulurkan sumbangan wang tunai kepada Azlee pada pertemuan tersebut bagi pihak Karyawan.
|
|
|
|
|
|
|
|
allah...kesian nya... ingat 5 sebelum 5 |
|
|
|
|
|
|
|
apiang posted on 15-8-2014 01:54 AM
allah...kesian nya... ingat 5 sebelum 5
salju di danau rindu sangat komen iols ni..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh abam azlee |
|
|
|
|
|
|
|
Untung azlee.disaat ni die nmpk sape kawan sejati
Sanggup teman smpi pagi
Dan untung juge segala kos ditanggung tv3
Moge segalanye berjln lancar
Dan lekas sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
what will happen lepas buang hempedu ek?
i mean..effect x kan proses badan kita? |
|
|
|
|
|
|
|
laa umur dia baru 47 tahun ke? ingatkan dia dah umur 47 tahun masa dlm cerita senario the movie. |
|
|
|
|
|
|
|
apa penyebab penyakit ni ya? risau pulak akak dengan pemakanan akak |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 15-8-2014 04:13 PM
apa penyebab penyakit ni ya? risau pulak akak dengan pemakanan akak
salah satu penyebabnya makanan berlemak kak....i pun selalu risau pasal batu hempedu ni...tapi takut nak pegi check....huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 15-8-2014 04:13 PM
apa penyebab penyakit ni ya? risau pulak akak dengan pemakanan akak
Makanan berlemak.. elok makan sayur ngan buah2.. ai pernah masuk ampang puteri sbb masalah ni.. perut akan kembung dan senak bila lambat makan.. x dpt sendawa dan x bole kentot utk buang angin.. mmg 1st ai ingat gestrik.. bila dah ultrascan bagai baru tau ada batu dalam hempedu.. doktor soh operate.. ai taknak.. la ni ai amalkan minum jus kulit manggis utk menghancurkan batu2 itu.. so far dah ok dah skrg.. |
|
|
|
|
|
|
|
anishacute posted on 15-8-2014 05:38 PM
Makanan berlemak.. elok makan sayur ngan buah2.. ai pernah masuk ampang puteri sbb masalah ni.. pe ...
okay tengkiu kak and @exclusive_vvip
mulai harinim akak nak jaga pemakanan berlemak akak, risau akak bedah-bedah nim |
|
|
|
|
|
|
|
anishacute posted on 15-8-2014 05:38 PM
Makanan berlemak.. elok makan sayur ngan buah2.. ai pernah masuk ampang puteri sbb masalah ni.. pe ...
nk tny, jus kulit manggis tu nak beli kat mana uols?... i cam agak2 jer ada simptom2 batu hempedu ni...tapi nk pi check, takut....mudah2an takder pape...
|
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip posted on 15-8-2014 08:01 PM
nk tny, jus kulit manggis tu nak beli kat mana uols?... i cam agak2 jer ada simptom2 batu hempedu ...
Ai minum jenama xango sebotol dlm rm150.. byk je pengedar lam intenet.. cer cari.. |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip posted on 15-8-2014 08:01 PM
nk tny, jus kulit manggis tu nak beli kat mana uols?... i cam agak2 jer ada simptom2 batu hempedu ...
Jus kulit manggis tu tak boleh buat sendiri ke? Kemaren saya ada tengok di rumah adik kulit2 manggis yg sudah dikeringkan. Katanya mau dibuat teh/jus untuk sakit kencing manisnya. mungkin petua dari kawan2 agaknya. Kalau jus manggis yg dijual, apakah tidak mungkin ada bahan2 lain yg dicampurkan dan perlu ada kelulusan kesihatan?
|
|
|
|
|
|
|
|
i pun xtau leh wat sendiri ke tak...tp kalu nak wat sendiri, mmg i tak rajin la... huhu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|