MIG Masih Hutang Dengan Saya Berpuluh Ribu Ringgit
Seperti tidak ada kesudahan nampaknya pertikaian antara pihak David Teo dan Aeril Zafrel tentang beberapa perkara yang masih berbangkit sehingga ke hari ini. Ada sahaja jawapan dari kedua dua belah pihak yang sebenarnya tidak membantu selesaikan masalah.
Baru baru ini, sebuah audio rakaman perbualan antara wakil MIG dan pengurus Aeril Zafrel telah tersebar di internet menunjukkan yang kereta Suzuki Swift ‘milik’ Wawa Zainal yang hilang sekitar tahun 2013 yang lalu sebenarnya dalam simpanan MIG.
David Teo dan MIG selepas itu menjawab yang kereta Suzuki Swift itu secara terang lagi bersuluh merupakan hak milik MIG dan mereka tidak faham kenapa Aeril Zafrel masih lagi mahu terus memperbesarkan isu dan mencari pasal.
Hari ini menerusi portal GUA, Aeril Zafrel mendedahkan yang pihak MIG masih banyak berhutang wang ringgit dengan dirinya dan Wawa Zainal dengan nilai yang banyak.
Sekarang siapa kacang siapa kulit?
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
David Teo Kurangkan Bayaran Artis Untuk Terus Buat Filem
KUALA LUMPUR, 3 SEPT 2014: Produser syarikat Metrowelath (MIG) Sdn Bhd, Mejar K. David Teo akui dia telah mula mengurangkan bayaran pelakon-pelakonnya bagi membolehkannya terus kekal mengeluarkan filem walaupun keadaan industri filem kini sedang mengalami zaman kemurungan.
David Teo berkata biarpun perit, pelakon atau artis terutama yang berada di bawah naungannya terpaksa akur kerana tiada pilihan lain selain menerimanya ketika industri filem sedang merosot.
“Walaupun apa yang terjadi kepada industri filem negara kita, MIG akan terus menghasilkan filem tanpa henti dalam apa jua keadaan. Sebagai penghasil filem kami perlu mempertahankan industri filem tempatan.
“Bayangkan kalau saya berhenti buat filem, bagaimana dengan pendapatan pekerja atau krew produksi syarikat saya? Bagaimana pula mereka hendak sara kehidupan mereka dan keluarga mereka.
Post time 8-9-2014 04:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yg iols nampak 2 orang ni bimbo dan keep on spinning cerita sahaja. Asyik tambah cerita baru.
Iols syak 2 orang ni tuntut duit bayaran tp sebenanye DT dah tolak siap2 sebab bimbos ni langgar kontrak.