CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19473|Reply: 114

Amyza dan Didie berpatah arang

[Copy link]
Post time 21-9-2014 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Perselisihan faham yang berlaku di antara dua pelakon popular ini bukan baru Cik Pang dengar. Malah sejak dulu lagi.

Semuanya gara-gara mulut kononnya ada yang membomoh dan menyantau antara satu sama lain. Isu yang timbul sebelum in turut membabitkan Ifa Raziah.

Itu cerita lama. Selepas mendapatkan kenyataan seperti disiarkan sebelum ini dan tahu kedudukan sebenar, khabarnya Didie Alias dan Amyza Aznan yang berkawan rapat sebelum ini, berusaha untuk berbaik-baik.

Jadi, Cik Pang ingatkan tentulah mereka berdua kini tiada masalah dan berkawab baik. Tapi yang berlaku pula sebaliknya.

Sumber rapat kepada dua sahabat ini memberitahu Cik Pang, Amyza dan Didie sekarang sudah berpatah arang berkerat rotan. Apatah lagi Amyza didakwa sering menjaja cerita buruk dengan tujuan menyakiti hati Didie.

Terbaru kata sumber, Didie berasakan Amyza menjaja cerita buruknya pada teman-teman artis lain apabila mereka dilihat dingin setiap kali bertemu dan tidak mesra seperti selalu.

Apa yang membuatkan Didie lebih terasa hati apabila Amyza memuji dan mengucap tahniah kepada bekas suaminya, Ridzuan Hashim apabila anak sulung hasil perkahwinan dengan pelakon dan pelawak itu mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian.

Didie mempersoalkan tindakan Amyza yang sebelum ini sangat tahu dialah yang membesarkan anak-anak sehingga berjaya.


Perkara itu membuatkan Didie sangat sedih memandangkan sebagai sahabat karib yang tahu keperitan hidup yang dilaluinya sebelum ini dalam membesarkan anak-anak, Amyza seharusnya lebih sensitif dan peka.

Kata sumber itu, Didie tidak faham mengapa Amyza harus bersikap begitu padanya sedangkan sebagai kawan dia tidak pernah sekali pun cuba menyakiti apatah lagi menganiaya pelakon itu.

Menurut sumber, Didie tidak kisah sekiranya Amyza tidak lagi mahu bersahabat dengannya tetapi janganlah berdendam sehingga cuba menyakiti dan menghasut orang lain.



Credits: hmetro.com.my
Last edited by achik2009 on 21-9-2014 11:22 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerana mulut badan binasa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Amyza ni suka cari pasal ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:46 AM | Show all posts
klau btol amyza ckp gitu, mmg agak x patut la...apalah salahnya kalu wish tahniah utk didie sekali...ni mcm sengaja nak provoke jer....btw, teringat kes amyza baling kerusi kat klcc...x minat dia ni...dia me'laser' org bleh...kalu org laser balik, tau plak meroyan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:47 AM | Show all posts
amyza ni dah kenapa? - memang mulut jahat tak bertempat
sejahat2 mulut azwana - iols rasa amyza nih lagi hazab
sebab takbertempat menganjeng melazer - iq kurang kekdahnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sume kerana mulut...bdn binasa..putus kawan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2014 09:56 AM | Show all posts
Dah la tu....masing-masing dah tua...kehkehkeh...lariikkk
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:58 AM | Show all posts
giler kot amyza ni..

memang x suka dia ni pun..perangai teruk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 10:01 AM | Show all posts
Amyza ni lawannya cuma @SANGKURIANG.
baru buku bertemu ruas kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakn mrk ni berbaik la semula sbg kwn.klu xjd bff mcm dl pun..at least btegur sapa n xde la nk mgutuk2..xbaik la bgduh..bkn ape..slh satu doa yg ditolak oleh Allah adlh doa org yg memutuskn silaturahim.semoga didie n amyza ni mymbung kmbli silaturahim antara mrk dan bermaafan di antara satu sama lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
makin lama makin mnyampah ngan amyza ni.. sllu dia blakon watk2 pompuan  mulut jahat, mnghasut & mngapi2 org kg.. sama la ngan prangai sbnar beliau
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes jeles ngan kejayaan org lain la kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:29 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 21-9-2014 10:29 AM

tkezut aku tgk pic nh.ingatkan antu manalah td..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:37 AM | Show all posts
maxim posted on 21-9-2014 10:29 AM

malam kalau terserempak boleh heart attack
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 10:43 AM | Show all posts
amyza memang mulut hazab.. glamer masuk melodi pasal benda bodoh jer..
kurang kurang, walaupun didie suka berfesyen hazab, mulut dia tak sehazab fesyen dia.. pandai jaga anak plak tu..
takpelah didie, walaupun amyza ucap tahniah kat redzuan hashim, ramai lg rakyat M'sia tahu, didie la yg jaga anak2 dia, sampai anak dia berjaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2014 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 21-9-2014 10:29 AM

mcm jerangkung
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:00 AM | Show all posts
exclusive_vvip posted on 21-9-2014 09:46 AM
klau btol amyza ckp gitu, mmg agak x patut la...apalah salahnya kalu wish tahniah utk didie sekali.. ...

campak kerusi kat klcc?  cer cite apa kes...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:01 AM | Show all posts
aku tengok didi ni kawan yang baik...  aku rasa amyza buat ni sebab dengki dengan segala kejayaan didi... dia kan gitu aje...  panas la hati...  memang ada kawan baik cenggini...  bahaya wo...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua tua kot... didie x payahla nk sentap. Fokus pd ur life saja.
Ramai org yg mcm tu, gigih dia bawak cerita n provoke orang sana sini.
In  end, apa yg dia burukkan tu akan dpt balik pd dia. Percayalah.
Biarkan luncai dan labunya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055179 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list