View: 8664|Reply: 88
|
[Tempatan]
Edisi AMARAN: Penjara, denda jika tidak solat Jumaat tiga kali !
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Lelaki yang akil baligh dan tiada sebab munasabah untuk meninggalkan solat Jumaat di Kelantan tidak boleh memandang ringan akan tanggungjawab menunaikan ibadah itu.
Jika dikesan sengaja meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, mereka boleh dihukum penjara sehingga setahun.
Laporan akhbar Berita Harian yang memetik kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, pendakwaan boleh dibuat mengikut Seksyen 104, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994, yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun.
Setakat ini, menurut beliau, hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu.
Nassuruddin menambah, bagi membolehkan seseorang itu didakwa, sesiapa sahaja termasuk imam atau ahli jawatankuasa (AJK) masjid boleh membuat aduan mengenai kegagalan individu menunaikan solat Jumaat.
“Aduan boleh dibuat dengan mengisi borang dan kemudian diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Pihak penguatkuasa jabatan akan menyiasat dan berbincang dengan imam,” terang beliau ketika ditanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Tindakan selanjutnya adalah dengan memberikan imam sebuah buku rekod kehadiran untuk memastikan individu berkenaan hadir ke masjid tersebut bagi menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.
Jika gagal hadir dalam tempoh berkenaan, pendakwaan akan dibuat.
Cadangan berhubung AJK pemantau dalam kalangan wanita yang bertugas untuk mengenal pasti individu lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat juga akan dipertimbangkan.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/penjara-denda-jika-tidak-solat-jumaat-tiga-kali-di-kelantan-46280?cp |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni payah nak check kalau pakai manual. Melainkan ke semua masjid2 kat Malaysia ni ada database system (scan cap jari) untuk kedatangan individu lelaki ni. Bila dah masuk masjid lepas scan cap jari dah tak leh kuar dah melainkan tamatnya waktu solat Jumaat. Jadi kena ada scan masuk dan scan keluar. Mcm waktu rehat gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
esok g semayang jumaat kene tumb print..... |
|
|
|
|
|
|
|
wds posted on 17-10-2014 12:27 PM
Yang ni payah nak check kalau pakai manual. Melainkan ke semua masjid2 kat Malaysia ni ada database ...
tp ini kn buat centralized database.
sbb kadang2 pegi masjid yg berbeza utk solat jumaat
|
|
|
|
|
|
|
|
wds posted on 17-10-2014 04:27 AM
Yang ni payah nak check kalau pakai manual. Melainkan ke semua masjid2 kat Malaysia ni ada database ...
Banyak keje puak pasang biometric system kat mesjid2. nanti kena curik pulok.. tambah plak JD pak imam
|
|
|
|
|
|
|
|
gekkou posted on 17-10-2014 12:35 PM
tp ini kn buat centralized database.
sbb kadang2 pegi masjid yg berbeza utk solat jumaat
Tu penting kena buat online system. Kalau buat offline atau manual confirm takkan menjadi punya.
|
|
|
|
|
|
|
|
sokong ja apa2 yaang membawa kebaikan |
|
|
|
|
|
|
|
solat jumaat pun kena punch kad kah?
kalo mcm ni, cuba JAbatan agama islam check attendance pekerja pasaraya, polis, security guard,pilot, pemandu bas,apa lagi....
ada tak diorang kerja pada waktu solat jumaat ( 1.00-2.30 )
sekiranye didapati mereka bekerja 3 hari jumaat berturut ( punch kad mereka mendapati mereka ada di premis tempat bekerja mereka , tidak keluar pada waktu tu )
boleh kah mereka didakwa?
|
|
|
|
|
|
|
|
azimodin posted on 17-10-2014 12:39 PM
Banyak keje puak pasang biometric system kat mesjid2. nanti kena curik pulok.. tambah plak JD pak ...
Simple je. Kena ada smartcard reader utk mycard atau islamcard(bg yang bukan warganegara) di beberapa pintu supaya jemaah tidak jem dan satu pc server sederhana cost untuk membolehkan data diupload kepada main server online. Cuma software sngt penting supaya perkara ini dpt dijalankan dengan sempurna.
Sebab aku dalam bidang IT dan aku rasa ini tidak menjadi masalah.
Last edited by wds on 17-10-2014 12:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
salimrock posted on 17-10-2014 12:47 PM
solat jumaat pun kena punch kad kah?
kalo mcm ni, cuba JAbatan agama islam check attendance peker ...
Kalau mcm tu yg kena dakwa adalah majikan diorang la sebab itu bukan salah pekerja. Jadi syarikat kat Malaysia ni kena organize balik la jadual pekerja2 mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasal hukuman denda RM 1000 atau penjara setahun tu aku tak setuju. Lebih baik buat hukuman sebat dikhalayak ramai jika sabit kesalahan. Baru puak2 ni akan insaf. Kalau jenis denda RM 1000 orang kaya tak heran pun. Manakala penjara lak aku pasti ramai yg masuk penjara ni orang2 yang tak mampu bayar RM 1000 tu dan sudah pasti masa depan mereka akan musnah. |
|
|
|
|
|
|
|
my bff ...wanita jelmaan .... dia memang tak solat (jumaat dll solat) ... saya 90% yakin dia tak solat ..... tak sampai nak tegur (sepatutnya tak sampai hatitak tegur) ....
entah laaaa ... |
|
|
|
|
|
|
|
ang pg smyg jumaat tak tdik, x nmpk pun muke ang
sy pun x nmpk muka tok imam.dgr suara jalol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
buleh tak depa denda jugak tuan punye kereta yg double triple park masa nak pi semayang jemaat
juga denda kan pelintas jalanraya yg sesuka hati melintas mase nak pi semayang jemaat
|
|
|
|
|
|
|
|
wds posted on 17-10-2014 04:48 AM
Simple je. Kena ada smartcard reader utk mycard atau islamcard(bg yang bukan warganegara) di beber ...
Mmg boleh buat pon.. macam kat opis2 skrg, xyah punch card pon xpe asalkan pakai tag. Cuma perlaksanaan tu kena ambik masa sikit, nak ajor pengguna dan jugak orang yg menyelia. Pokcik2 yg tua2 ni kekadang x bawak IC gi mesjid, kalau pakai chop jari senang sikit keje..
|
|
|
|
|
|
|
|
Senang je nak tangkap dorang ni... gi shopping mall masa time solat jemaat. Ramai je lelaki yg buat muka xmalu. Xkan 100% yg kat situ musafir/kerja |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana nak buat lebih telus
agar hukuman dpt dilaksanakn tanpa memalukan individu?
mcm tarik rambut dr tepung |
|
|
|
|
|
|
|
sayawifenikmie posted on 17-10-2014 01:05 PM
my bff ...wanita jelmaan .... dia memang tak solat (jumaat dll solat) ... saya 90% yakin dia tak sol ...
your friend wanita jelmaan? islamkah? entah2 dia sendiri pun ragu2 sama ada nak bertelekung atau berpelikat shj. tapi kalau dia solat sembunyi2 takkan u tau. Tak ajak solat samakah?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|