CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8445|Reply: 54

Luahan rasa anakku

[Copy link]
Post time 31-12-2014 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ibu, jangan marah tau kalau zaza cakap ni. If...iflah zaza tak dapat sekolah vokasional, zaza nak masuk tahfiz "

Terkedu dan mama terdiam...bukan berfikir negatif tapi lebih kepada terkejut

"Itupun if zaza tak dapatlah"

Peristiwa ini berlaku masa ambil zaza balik dari kem tahfiz. Ini tahun kedua zaza ke kem tahfiz.

Zaza bukanlah seperti anak2 lain. Zaza sering didera bapanya (bekas suami, semasa dlm jagaan dia). Zaza selalu disepak, dan pernah dipijak dan bermcm lagi.

Zaza hanya pernah menghadiri kelas kafa selama sebulan di darjah 3. Masa di zaman sekolah rendah, mama sukar bertemu dia. Turun naik mahkamah dah jadi lumrah ketika itu .. mama pernah pesan, kiranya ada perkara yang buruk bwrlaku dan zaza xtahu nak kemana, terus ke rumah mama.....itulah yang zaza lakukan pada satu petang setelah dipukul dan dihalau oleh seorang yg dianggap bapa.  Jauh dia berjalan ke rumah mama, alhamdulillah dia selamat.

Mama bertanyakan pada zaza...KENAPA INGIN KE TAHFIZ.
Jawabnya, zaza nak mati syahid. Sesiapa yang jadi tahfiz boleh bawa 10 org dari neraka ke syurga.

Menggigil mama mendwngar jawapannya.

Mama usaha hampir setiap hari menelefon hampir setiap tahfiz di selangor.. ada yang berjawab.. ada yang perlukan background kelas agama, ada yang bayarannya terlalu tinggi....ada yang tak mungkin tercapai...

Anak mama boleh membaca Quran..dia cuma belajar di kelas setiap hari khamis di sekolah rendah   .... itupun sehingga kelas tu terberhenti..xtaulah sebab apa. .itulah dari cerita zaza...

Sekarang zaza cuma menunggu hari utk dpt masuk ke tahfiz..  yang mama belum dapatkan utk zaza lagi.  

Mama tau kebolehan dan kekurangannya   dalam akademik zaza amat bijak semasa kecil tapi sejak seribg didera, zaza sukar utk menghadamkn pelajaran.. tapi dia amat mudah membaca AlQuran..  

Tujuan mama tulis..kerana mama tak tahu mana lagi nak cari tahfiz utk zaza...yg mahal mama tak mampu, yg akademik....zaza tak boleh pick up semua....mama cuma nak tunaikan hasrat anak mama saje ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita siapa sebenar nya ?...Anak tt?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 11:10 AM | Show all posts
TT banyak je sekolah pondok kat Malaysia ni.. kena rajin cari.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 11:31 AM | Show all posts
boleh tak saya nak bagi pendapat sikit..kalau TT rasa tak releven, TT boleh abaikan sahaja..

cadangan saya, apa kata TT pujuk anak TT untuk sekolah menengah biasa dulu..sekolah tahfiz ni, pengisian dia memang bagus, belajar agama semua, tapi, selepas tu, pelajarnya akan ke mana ye..? kat situ yang saya kurang jelas..

ada beberapa juga orang yg saya kenal, hantar anak ke tahfiz, then, anak dia tak dapat sambung belajar lebih tinggi..jadi, peluang mereka untuk bekerja (bila dah dewasa) jadi terhad..kalau parents yang memang mampu, ok..

ni, sekadar pendapat saya sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 11:48 AM | Show all posts
mamajj, zaza ni boy ke girl?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 31-12-2014 07:21 AM
Cerita siapa sebenar nya ?...Anak tt?

Cerita mama...kisah anak mama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mamajj replied at 31-12-2014 11:22 PM
Cerita mama...kisah anak mama

Ya allah kesiannya. ...buatla report polis mama.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
idadzira replied at 31-12-2014 11:10 AM
TT banyak je sekolah pondok kat Malaysia ni.. kena rajin cari.

Dah call hampir semua...tahfiz pondok ni ada yang tak ade sijil lepas habis tahfiz. Ada pula yg sistem belajar tahfiz tak tetap, lebih kepada jihad. Tahfiz pondok yang bagus ada jugak yg dah penuh kuota, dan ada yang tak dpt kontek sehingga sekrg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 11:36 PM | Show all posts
kesian anak mama. saya doakan semoga dipermudahkan segala kesulitan dan dimurahkan rezeki. Amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 31-12-2014 11:31 AM
boleh tak saya nak bagi pendapat sikit..kalau TT rasa tak releven, TT boleh abaikan sahaja..

cada ...

Terimakasih atas pendapat.
Mama dah buat survey. Apabila habis hafazan dan dpt sijil, boleh ambil peperiksaan utk lanjutkan pelajaran dan diterimapakai oleh Universiti tempatan. Tetapi kenalah yg berdaftar dengan JAKIM/JAIS. Bukan semua sekolah pondok berdaftar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
beldandy replied at 31-12-2014 11:48 AM
mamajj, zaza ni boy ke girl?

Anak mama ..girl
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 11:39 PM | Show all posts
mamajj..x kisah la nak hntr anak ke mana..tapi tolong bawa anak berjumpa dgn kaunselor or psikiatrist..
tolong pulihkan balik emosi anak..sian dia..
saya doakan zaza dan mamajj sentiasa daam peliharaan Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 31-12-2014 11:31 PM
Ya allah kesiannya. ...buatla report polis mama.....

Mama dah buat repot polis. Penderaan ni  3 tahun lepas, ...dah buat pemeriksaan hospital jugak....kesannya masih ada walaupun tak nampak dari segi fizikal. Dari segi moral, byk yg perlu dibendung, diberi semangat mental.. kekuatan hati dan bermacam lagi...trauma dia kadang2 muncul jugak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 31-12-2014 11:36 PM
kesian anak mama. saya doakan semoga dipermudahkan segala kesulitan dan dimurahkan rezeki. Amin

Terimakasih atas doa yang mulia tu..terima kasih byk2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
iman_kasih replied at 31-12-2014 11:39 PM
mamajj..x kisah la nak hntr anak ke mana..tapi tolong bawa anak berjumpa dgn kaunselor or psikiatris ...

Mama dah bawa ke hospital...utk dptkn temujanji psikitiari je ambil masa lebih setahun...dlm pada tu mama usaha cara lain.. mama pindah rumah, pindahkn sekolah...sekrgpun masih berpindah-randah.....  yg menyusahkan adalah org2 terdekat, suka masuk campur dan menuduh mama cuba pisahkn dgn bapa dia, padahal zaza tak boleh dengar suara bapa dia..dia akan muncul trauma....

Sedara-mara ni masuk campur dan memburukkan keadaan..itulah sebab mama tak bagi tau dimana mama tinggal...biarlah...utk anak mama pulih sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 01:33 AM | Show all posts
Nurul8001 replied at 31-12-2014 11:31 AM
boleh tak saya nak bagi pendapat sikit..kalau TT rasa tak releven, TT boleh abaikan sahaja..

cada ...

Maaf. Saya terpanggil untuk menyatakan pandangan saya pula. Saya rasa usaha untuk menghantar anak anak muda utk menghafal alquran secara intensif yakni tahfiz adalah yang paling tepat. Ada benarnya pandangan ZaZa tu. Kelebihan insan yang didik dengan al Quran sangat amazing sekali. Bagi anak yang berjaya menghafal alquran, mereka ini jiwanya telah di program dan merupakan orang yang hebat. Oleh itu dengan izin Allah mereka dapat catch up dgn ilmu ilmu dunia ini. Tempoh masa bagi anak anak utk menghafal secara intensif lebih kurang 2 tahun. Malah ada yang dpt menghafal seluruh 30 juzuk dlm tempoh 1 tahun. Jadi saya berpendapat, anak anak ini masih berpeluang untuk menyambung pengajian ilmu dunia setelah tamat tahfiz. Jangan terkejut ada dikalangan anak anak tahfiz boleh catch up dengan pantas ilmu akademik ini. Mungkin kita (at least zaman saya) sudah terbiasa dgn aliran konvensional yakni sekolah rendah sekolah agama lepas tu masuk sekolah  menengah dan bersedia masuk U, jadi kita tak yakin sgt dgn cara yang sedikit berbeza ini. Naman dengan keberatan al Quran dan pandangan yang lebih jauh yakni persiapan akhirat, insyaAllah urusan dunia akan di permudahkan. Buat mama semoga ketemu sekolah yang sesuai. Sekiranya berpeluang tinjau tinjau dulu sekolah yang sesuai. Saya doakan hasrat ZaZa akan dimakbul Allah, Amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 01:42 AM | Show all posts
mamajj replied at 31-12-2014 11:52 PM
Terimakasih atas doa yang mulia tu..terima kasih byk2

Sama sama mama. stay strong, be strong and i know mama is strong!
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajj replied at 31-12-2014 11:38 PM
Anak mama ..girl

Ya allah mama....
menangis bel dgr ni.

jahanam la bapak dia yg puaka tu..
mama...u kena kuat ya
Mungkin juga dgn terapi al quran zaza boleh pulih...dlm quran tu kan ada ubat segalanya  
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
piris replied at 1-1-2015 01:33 AM
Maaf. Saya terpanggil untuk menyatakan pandangan saya pula. Saya rasa usaha untuk menghantar anak  ...

Betul. Bel setuju 500%
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 12:17 PM | Show all posts
mama....setuju dengan zaza....harap2 mama jumpa maahad tahfiz untuk zaza....

belum terlambat untuk zaza nk masuk maahad tahfiz...

kenal tak wife ustaz tarmizi johan qari- tilawah alquran peringkat antarabangsa.....

klu zaza betul2 berminat, daftarkan zaza amik bahasa arab tinggi,pengajian alquran sunnah, pendidikan syariah islamiyah untuk spm.....sementara zaza tingkatan 4, bagi zaza tuisyen subjek2 tersebut...pastu amik spm...

ni sambung citer...wife ustaz tu, dia cakap kat ayah dia nnti lepas spm nak sambung study la...then ayah dia cakap, klu ko xsambung study dalm bidang alquran & sunnah (pengajian islam) xyah sambung study...

then, form 4 baru dia amik bahasa arab & daftar ketiga2 subjek kat atas tu dan berjaya masuk course yang saya mention kat atas kat kusza...lepas tu klu xsalah dia sambung study kt ukm @ mengajar saya x ingat..tp abeh la diploma alquran & sunnah...pastu dia bercita2 nak kawen dengan hafidz....

alhamdulilah jodoh dengan ustaz tarmizi tu...

mama, belum terlmabat tau....macam zaza register subjek saya gtau tadi..lepas spm masuk la darul quran kuala kubu bharu, xpon insaniah...ke bawah yayasan islam kedah & lain2 tempat....sambil2 tu sekarang mama penuhkan aktiviti keagamaan kepada zaza...masukkan dia ke kelas tahfiz...amik tuisyen subjek tersebut, xpon upah la ustazah ajar kat rumah...

maaf saya x setuju dengan forumer kat atas bab xde keje....

sepanjang saya kenal orang bidang agama ni, saya xpernah jumpa orang belajar agama ni susah..xde keje...rezeki dorang selalu jer murah..klu sebaliknya tu maybe problem diri sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.101535 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list