Edited by bellaa at 21-1-2015 03:35 PM
SEBERANG PERAI – Kehadiran seorang murid tahun satu sebuah sekolah rendah di Sungai Dua, Butterworth dekat sini dalam keadaan lemah pada hari pertama persekolahan selain tidak hadir pada hari-hari berikutnya membongkar perbuatan bapa kanak-kanak berkenaan yang mengurung anak perempuannya itu dalam sebuah rumah kosong.
Difahamkan pada hari pertama persekolahan pada 12 Januari lalu, murid berkenaan hadir dalam keadaan tidak bermaya sehingga menimbulkan rasa curiga dalam kalangan guru.
Tindakan bapa berusia 34 tahun itu yang hadir ke sekolah berkenaan bersendirian kelmarin bagi menuntut Bantuan Khas Awal Khas 1Malaysia berjumlah RM100 menimbulkan lagi rasa curiga guru yang kemudiannya membuat laporan polis petang kelmarin.
Hasil maklumat itu, polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) membuat serbuan ke atas rumah keluarganya di sebuah flat di Taman Sungai Dua Utama, Butterworth petang kelmarin dan berjaya menyelamatkan mangsa yang dikurung dalam sebuah rumah lain.
|