View: 9587|Reply: 81
|
[Tempatan]
Pergaduhan Di Kalangan Peniaga, i-City Tutup Sementara Operasi
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM: Pusat pelancongan popular i-City telah menutup operasinya di Leisure Park @ i-City selama tiga hari bagi memprotes peningkatan jumlah peniaga haram di premisnya.
Penutupan tiga hari bermula pada Selasa, ekoran pertelingkahan di kalangan peniaga.
Keputusan itu dijangka menyebabkan pemaju i-City, i-Berhad menelan kos kerugian jutaan ringgit.
Dalam satu kenyataan kepada The Star, Timbalan Pengerusi I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata keputusan itu adalah langkah dalaman untuk merancang tindakan yang sesuai terhadap aktiviti perniagaan secara haram.
"Kegiatan kumpulan peniaga haram giat dijalankan sejak beberapa bulan lalu sehingga ke tahap ia bukan sahaja melibatkan perniagaan secara haram, tetapi juga mula memberi kesan kepada keselamatan awam.
"Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berterusan kerana imej Leisure Park @ i-City sebagai tarikan pelancongan yang selamat dan terjamin akan menerima kesan buruk," katanya.
Leisure Park adalah sebuah pusat hiburan keluarga yang terletak di tanah berkeluasan 10 hektar tanah dan mempunyai empat tema utama -City of Digital Lights, SnoWalk, Waterworld dan FunWorld.
Ia menarik sehingga 90,000 pengunjung ke lokasi ikoniknya termasuk muzium lilin, Red Carpet, Space Mission dan juga Trick Art Museum.
Para peniaga telah didakwa 'memaksa' pelawat untuk membeli barang perhiasan pada harga yang mahal di dalam premis i-City.
Marahkan peniaga, beberapa pelancong membuat laporan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
i-City kemudian meningkatkan keselamatan tetapi para pengawal diugut dan dikasari oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Dalam kejadian terbaru, pengurus taman Gan Choon Kui membuat laporan polis pada 18 Januari selepas dia telah diancam oleh peniaga-peniaga di dalam bilik keselamatan kerana merampas barangan yang dijual secara haram.
Sebagai langkah sementara, keselamatan telah ditingkatkan tetapi Eu menegaskan bahawa kuasa penguatkuasaan berada di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam dan polis.
"Kita tidak boleh mengambil ringan isu ini kerana keyakinan pelabur akan terjejas. - mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sini yg ada wax museum yg sendu tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhh. Perangaiii. Sangat petaling street okehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kat msia ke ni? Gapo mcm hustler dkt jakarta, bangkok, petaling st jah? |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana boleh terlepas masuk peniaga haram tu? Baidewei, ai tak pernah pegi i-City tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn kata i city putajaya pun belum penah pegi |
|
|
|
|
|
|
|
tempat diselenggarakan oleh org makan rasuah..anak2 buah die pun pangai mcm gansta laa |
|
|
|
|
|
|
|
X yah buang duit la pergi taman fake mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
dulu sebelum di komersial kan .. best lepak sini.. nk mkn pon ala - ala street hawker..
cam uptown.. sejak tambah itu ini... da tak jejak tmpt ni... semak jek.. mahei |
|
|
|
|
|
|
|
Ict ni belakang umah iols jer ....
sejak Ict ni wujud ... iols cuma pi situ 2 kali jer ...
tak dok apa apa pun yang menarik kat situ ,... |
|
|
|
|
|
|
|
Maksud aku putrajaya pun aku belum pernah pergi lagi apatah lg i city bagai ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tempat meniaga mcm ni mmg overrated.. jadinya semua overpriced... |
|
|
|
|
|
|
|
ni peniaga2 yg jual air tin / alat mainan kat tepi2 jalan tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
peniaga haram melayu..yg rampas org cina..jap lg ada laa macai yg spin salahkan kjaan negeri
|
|
|
|
|
|
|
|
xbest ker?lom pernah pergi..
jauh kan..tp ada gak la cita2 nk bwk ank pi sn...masuk ape yg ais tu..selfie welfie dkt lampu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku takde rasa langsung nak g icity nih
mcm tak best je
apesal peniaga2 tu mcm gangster je
takot plak aku baca
|
|
|
|
|
|
|
|
musangcomel replied at 22-1-2015 02:42 PM
aku takde rasa langsung nak g icity nih
mcm tak best je
apesal peniaga2 tu mcm gangster je
Spidey tinggal berdekatan sana tapi cuma pernah pergi sekali saja, itupun tahun 2009 kut semasa awal pembinaan. Masa tu cuma ada dua tiga pokok LED sahaja.
Sampai sekarang Spidey tak bercadang nak ke sana sebab banyak berita negatif tentang tempat dan pemaju tu.
Baik main bowling atau pi tempat lain dari pergi ke I-City..
Orang kata, I-City is the biggest scam in the property market. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengurusan theme park dorang very the Cinapek styles. |
|
|
|
|
|
|
| |
|