Kekasih kepada Tasha Shila, Hans Wong tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai gosip hubungan mereka sudah putus dan meminta agar pihak media untuk bertanya sendiri kepada aktres tersebut kerana Hans bukanlah seorang selebriti.
Walaupun gosip mengenai percintaan mereka sudah putus semakin meliar, sehingga kini Tasha masih belum tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. Menyedari perkara itu, Hans turut memberitahu agar Tasha diberi ruang dan sedikit masa untuk menjernihkan keadaan.
Biarlah dia bertenang dahulu. Mungkin jika dia sudah bersedia, dia akan menjelaskan kepada pihak media. Maafkan saya kerana tidak dapat mengulas apa-apa mengenainya.
Tasha Shila dan Hans Wong, dipercayai berpisah kerana perbezaan agama. Pasangan ini mula bercinta sejak tahun 2013.
Ada kalanya kita sukar untuk berada didalam satu hubungan yang berbeza agama. Ini kerana tidak semua perkara yang dilakukan dapat difahami oleh pasangan masing-masing. Seperti kata Hans, berilah masa untuk Tasha Shila menjelaskan semua perkara.
|