View: 9202|Reply: 40
|
Faizal Tahir kini sedang sibuk menguruskan tiga orang artis...
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir memberitahu dia kini lebih banyak menghabiskan masa melakukan kerja dibelakang tabir berbanding memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya.
Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 37, berkata, dia juga turut menggunakan peluang itu untuk lebih kerap meluangkan masa bersama anak-anaknya di rumah.
"Tiga anak saya sudah bersekolah dan memang rutin saya menghabiskan masa di rumah untuk menjaga anak-anak jika tidak sibuk dengan kerja di studio.
"Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya tunjukkan sifat kebapaan yang ada dalam diri saya kepada anak-anak," katanya kepada mStar Online.
Faizal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton Drama bersiri 'Super Game Boy' di Golden Screen Cinemas (GSC), The Gardens, di sini, Selasa.
Drama bersiri 'Super Game Boy' bakal disiarkan setiap Sabtu, pukul 11.00 pagi, bermula 21 Mac ini menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Maya HD (135).
Tambah Faizal, perhatian terhadap mereka sangat penting kepadanya memandangkan anak-anaknya sedang membesar.
"Tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada lima orang anak menjadikan saya lebih matang dan berfikiran lebih rasional dalam menentukan sesuatu keputusan.
"Anak-anak kian membesar dan mereka tahu apa yang saya lakukan, jadi saya harus berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara," jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Faizal berkata, dia merancang untuk menerbitkan sebuah album kanak-kanak kerana mengakui dirinya kini lebih mengemari kanak-kanak.
"Sejujurnya dari kecil, saya mempunyai angan-angan untuk terbabit dalam sebuah rancangan 'Sesame Street' walaupun saya mengetahui ia adalah mustahil untuk berada dalam rancangan itu.
"Mungkin disebabkan itu saya bersyurkur kerana mempunyai keluarga yang besar kerana isteri saya mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan saya tidak menolak jika dikurniakan lagi zuriat pada masa yang akan datang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Faizal kini sedang sibuk menguruskan tiga orang artis yang bernaungan di bawah syarikatnya iaitu Hanie Soraya, Elizabeth Tan dan Aziz Harun.
"Saya juga dalam proses untuk menghasilkan album penuh yang dijangka siap pada pertengahan tahun nanti," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
masa mula2 dia baru nak up zaman one in a million mcm2 gossip ... dia abaikan bini dia lah,tak mengaku ada bini lah..syukurlah skrg dia nampk mcm bapa yg penyayang.cuma aku tak suka single knock2...mcm tak sesuai dgn elizabeth..... |
|
|
|
|
|
|
|
"Anak-anak kian membesar dan mereka tahu apa yang saya lakukan, jadi saya harus berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara," jelasnya lagi.
bagusla ada ayah yg berfikiran mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga2 retis dia ni ade lagu sedap dan pernah masuk carta |
|
|
|
|
|
|
|
ini aziz haron hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Adik dia si Anas Tahir tu apa cerita? Dah lama tak upload video kat Youtube. |
|
|
|
|
|
|
|
faizal tahir makin kurus..
nampak muda pulak haha |
|
|
|
|
|
|
|
dlm vid clip assalamualaikum kurus sgt..smpai tak cam yg tu adalah FT
|
|
|
|
|
|
|
|
ensemmm! iols suker lagu2 n katektor heols. Assalamualaikum uolsss.. |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah faizal..bahagia dgn family, pandai cari retis yg betul2 berbakat..bole main instrument bagai.. bukan tangkap muat jer.. lagu2 ciptaan ko pun not bad..sedap la didengar.. |
|
|
|
|
|
|
|
fuh .. makin maju la abe pejal nih kan |
|
|
|
|
|
|
|
Haa...Dah 5 anak heols??
Punya la iols ketinggalan ketapi hal ehwal Abang Pejal... |
|
|
|
|
|
|
|
Waa.. 5 dah anak ek.. alhamdulillah. meriahnya rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin tengok wifey dia. Sesapa pls update gambo plsss |
|
|
|
|
|
|
|
lagu knock2 tu dia cipta khen..best lagu dia catchy, |
|
|
|
|
|
|
|
lagu pn sedap2 ... ok la.. retis pn tkde la sore truk sgt.. even aku tk suke hanis soraya tu...
kt dlm meletop mak ai.. gedik gile ko ckp..
meleret2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir akan perform sebagai artis pembuka tirai konsert Ed Sheeran (British singer) Live in KL pd 16 Mac di KL Convention Centre
MStar |
|
|
|
|
|
|
|
nape dia dah lama x muncul kat kaca tv ye? kena gam lagi atau sebab isu politik yang hari tu? semua lagu dia iols suka..termasuklah lagu knock knock hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|