Kenchana Dewi Timang Bayi Perempuan Awal Mac Lalu
KUALA LUMPUR, 20 MAC 2015: Dah lama Murai Batu tak dengar perkembangan terkini mengenai pelakon berketurunan India yang fasih berbahasa melayu iaitu Kenchana Dewi. Difahamkan Kenchana baru sahaja selamat melahirkan bayi perempuan pada awal Mac lalu di sebuah hospital swasta di Seremban. Murai Batu rasa ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan kedua Kenchana dengan suaminya iaitu Saravanadevan Girupai yang melansungkan perkahwinan mereka pada tahun 2013 Ini kerana sebelum ini Kenchana sudah dikurniakan 3 orang anak iaitu G Patkieswaran, 22, Tashvetha Devi, 13, dan Mishalin Devi, 12. Pengacara TV, Maria Tunku Sabri yang merupakan kawan baik kepada Kenchana telah meluang masa melawat Kenchana di hospital. Maria telah berkongsi gambar-gambarnya itu di FB miliknya kelihatan begitu gembira dan senang sekali dengan kehadiran orang baru itu. Apa-apa pun, Murai Batu nak ucapkan tahniah kepada Kenchana dan suami atas kurniaan cahaya mata itu dan diharapakan 'baby gurl' itu sihat dan bijak seperti ibunya.
MURAI BATU: Jangan Lupa Saksikan ‘Bila Hati Telah Hitam’ Hari Ini Di Astro Oasis Dan Maya HD Jam 7.30 Malam
|