CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8066|Reply: 31

Info Menarik Tentang Kad Kredit di Malaysia

[Copy link]
Post time 22-6-2015 11:51 AM | Show all posts |Read mode

Namun begitu, kali ini kami di CompareHero bawakan kepada anda beberapa fakta menarik tentang kad kredit   yang kami percaya penting untuk anda tahu. Mari kita lihat senarai berikut.



1. Terdapat sejumlah 8.21 milion kad kredit yang telah dikeluarkan oleh bank serta pengeluar kad kredit lain di Malaysia, melibatkan 28.6 juta rakyat Malaysia. Mengikut statistik ini, setiap seorang daripada 3 rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit.


2. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK menerusi tinjauan yang dibuat pada tahun 2012 berkenaan pinjaman kewangan dengan 1,002 responden berumur 18 hingga 35 tahun mendapati 39% daripada jumlah responden memiliki kad kredit. 90% daripada mereka mempunyai sehingga dua kad kredit manakala 10% mempunyai 3 hingga 6 kad kredit.

3. Tinjauan Nielsen Global Survey of Investment Attitudes pada tahun 2012 pula mendapati Malaysia berada di tangga kedua tercorot dalam senarai pembayaran penuh baki kad kredit di Asia dengan kadar kurang 50%, satu tangga lebih baik daripada Vietnam (27%).

4. Tinjauan yang sama juga mendapati hanya 18% rakyat Malaysia yang memiliki kad kredit membayar jumlah minimum 5% baki kad kredit mereka setiap bulan manakala hanya 15% membayar lebih daripada jumlah baki minimum bulanan.

5. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), seramai 4,875 pengguna telah diisytiharkan muflis akibat hutang kad kredit. Jumlah ini mewakili 4.18% daripada 116,488 jumlah keseluruhan individu yang diisytiharkan muflis dalam tempoh tahun 2007 hingga 2013.

6. Kad kredit berjenama bertemakan bola sepak adalah paling popular di Malaysia. Kelab Piala Inggeris, Manchester United misalnya, bergabung dengan beberapa bank tempatan seperti Public Bank dan Maybank untuk pengeluaran kad kredit editi Manchester United. Bank Islam pula mengeluarkan kad kredit dengan jenama pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

7. Di Malaysia, UOB telah mengeluarkan kad kredit yang direka unik untuk wanita lengkap dengan ganjaran-ganjaran menarik merangkumi aspek-aspek seperti beli belah, kecantikan, kesihatan serta lain-lain promosi di restoran dan kafe terpilih. Kad kredit ini juga menawarkan promosi menarik di butik-butik kegemaran wanita Malaysia seperti Charles & Keith, Michael Kors dan lain-lain.

8. Pada tahun 2005, permainan papan terkenal dunia, Monopoly mengeluarkan edisi Electronic Banking (Perbankan Elektronik) yang mengadaptasikan penggunaan kad debit atau kad kredit menggantikan wang tunai yang sekian lama dikenali sebagai konsep utama Monopoli.

9. Sebagai salah satu negara pelopor perbankan Islam di dunia, Malaysia juga adalah negara terawal di dunia yang mengeluarkan kad kredit Islamik berlandaskan sharia. Kad kredit Islam atau lebih dikenali sebagai kad kredit-i yang pertama ini diperkenalkan oleh AmBank Berhad pada tahun 1996 dengan nama al-Taslif. Kekal sebagai kad kredit Islamik terbaik dengan pengiktirafan dunia sehingga hari ini, kad kredit ini dikenali dengan nama AmIslamic Bank Al-Taslif Card-i yang boleh didapati dalam pelbagai kategori daripada Classic, Gold atau Platinum. Anda boleh membuat perbandingan kad kredit ini ini dengan lain-lain kad kredit-i di sini.

10. Kad kredit termahal dan paling eksklusif di dunia adalah Black Centurion daripada American Express dengan yuran tahunan sebanyak RM 8,126 atau USD 2,500. Pemegang kad kredit elit ini juga hendaklah berbelanja serendah RM 820 ribu setahun.
selongkar 10


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 12:02 PM | Show all posts
Dulu pernah penah ada  dua kad kredit, salah satu American Express.......memang seronok ada kad kredit, tapi bila sampai cukup bulan kad kredit American Express kena bayar full. Lama2 terus cancel dua2 sekali...bayar tunai lagi senang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 12:17 PM | Show all posts
aku pon berkira2 nk terminate cc ni...tp bila pkir blk...penting gk tuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 12:36 PM | Show all posts
kebaikan kad kredit membolehkan kita membeli anytime tanpa perlu cashkan duit..

keburukannya, kita boleh terbabas.. apabila merasa sentiasa bnyk duit..  apa pun, kena disiplinkan kan diri..

kad cimb aku dah gunting.. tggal maybank je.. tu pun sbb fikirkan anytime perlu travel..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 12:55 PM | Show all posts
aku dulu sampai ade 4 cc...

tutup semua...  selama 3 thn xde card...

bile dah kawen ni ... amik balik.. laa ni ade 2... 1 utk touch and go.... 1 lagi utk insurance & emargency...

penting gak ade cc nih... especially yg kuar travel
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 01:13 PM | Show all posts
ramai eskekutif muda yang menjadi bankrap oleh kerana kad kreadit.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2015 02:20 PM | Show all posts
saya xmampu ada kad kredit
mau bankrupt sampei di ambang sore
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 3. Penting bila outstation atau travel. Senang.Tapi tiap2 bulan make sure byr bagi langsai baki hutang tu.

Tapi lagi bagus kalau boleh guna debit card saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 03:37 PM | Show all posts
aku tak der cc... bahaya der.. baik aku pakai debit kad jer.... n menabung untuk kecemasan..... takut terjerat.... mengkayakan bank lagi buat apa,,, ahahahhahahaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 04:48 PM | Show all posts
sebelum ni aku dah berjaya kosongkan kad aku. tapi pejam celik pejam celik kejap je dah hampir penuh balik. cheh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 04:56 PM | Show all posts
pnh ade 2 cc
tp alhamdulillah dh setel
no more cc
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau diri x pandai displin ,Jgn Salahkan CC  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 10:33 PM | Show all posts
X layak pki cc
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 10:50 PM | Show all posts
Tgh byq 1 n tggal lg 1..aku xsuka..serabut...lps ni aku nk wat cam becky bloomwood...boh kad krdit dlm ketui ais yg paling tebai  skali  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 10:54 PM | Show all posts
Guna cc hanya bila perlu. Setakat ni, still ok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 11:31 PM | Show all posts
intriQue replied at 22-6-2015 07:09 AM
Ada 3. Penting bila outstation atau travel. Senang.Tapi tiap2 bulan make sure byr bagi langsai baki  ...

sebenarnya CC ni khas.utk advanced duit sementara tunggu gaji. kalau gaji kita rm2.5k tolak tolak semua timggal rm300 nett maka kredit kad kita kegunaan MAX rm300 sahaja. yang jadi orang muflis dignakan maximum habis kad tu. beli pulak bende susut nilai macam ipad. tv. servis kereta etc etc.  belanja smpai rm2k tapi gaji pendapatan boleh guna lepas tolak itu ini rm300 macam mana nak settle?  itu pasal ramai yang sangkut menggunakan kredit kad seolah olah gaji bulanan. padahal expenses seperti minyak sewa rumah installment kereta x ditolak lagi.......

cuba bayangkan situasi ini. kita ada kredit kad malam ni kita enjoy dgn kawan kawan makan besar smpai 3k.. tetiba balik rumah accident orang langgar lari... totally disable 2 kaki. kalau ada insuran seronok jugak la tapi kalau harap kerja makan gaji je... seingat saya bila dah terlantar macam tu xde majikan ambil pedulik. ......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2015 08:29 AM | Show all posts
so far kad kedit byk membantu aku time x cukup duit..selame aku pakai xpenah lagi x byr or over penggunaan..semue terkawal..  cume tertekan dengan collector die tuh..22 hb dah menggelupur  mintak bayar..tensen aku..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 11:42 AM | Show all posts
kene displin tgi..pakai bila btol2 desprate sajer..kalo x displin elok rentikn jgn pakai..boleh mendatangkn bala..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 09:55 PM | Show all posts
Sekarang lebih banyak gunakan debit card je.  CC guna masa travel overc je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 12:22 AM | Show all posts
Dah byk kali org pandang pelik bila ckp takde CC.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.072753 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list