View: 23162|Reply: 127
|
Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan, Sedia Berhenti Kerja
[Copy link]
|
|
Isteri Fahrin Ahmad Akui Menangis Ketika Berjauhan, Sedia Berhenti Kerja
Oleh Rotikaya Staff pada 24 June 2015, 9:06AM
Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga Fahrin Ahmad dan isterinya Elena Hani mengakui apabila berjauhan dia (isteri) menangis kesedihan, tetapi memikirkan tanggungjawab dan cabaran yang perlu dipikul mereka berdua berfikiran positif dan tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan.
Bagaimanapun isteri Fahrin telah pun bersedia untuk melepaskan jawatan itu dan tinggal bersama suaminya suatu hari nanti.
“Lepas balik berbulan madu, saya balik ke Dubai dan Fahrin ke Manchester dan ketika itu tidak berasa sedih kerana saya tahu dia akan datang ke Dubai. Tapi bila dia balik ke KL saya berasa sedih dan menangis”
“Sebelum ini saya sudah bersedia apabila rancang nak kahwin saya perlu mengatur segala jadual. Kalau berhenti kerja pun saya lebih selesa untuk jaga Fahrin,” kata Elena Hani yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa HBO Asia.
Berpuasa sebagai suami isteri merupakan pengalaman pertama buat pasangan bahagia ini kerana inilah masa yang mereka ada untuk bersama kerana jarak dan komitmen kerja membuatkan mereka terpaksa tinggal berasingan buat sementara waktu.
“Kali pertama berbuka puasa sebagai suami isteri terasa bila kita tahu suami isteri itu sepatutnya bersama tetapi terpaksa berjauhan. Bila ada peluang bersama kami akan gunakannya sebaik yang boleh,” kata Fahrin.
Elena pula berkata, “Sangat teruja kerana pertama kali bersama suami dan selama 8 tahun saya berpuasa secara melancong dan berada di atas pesawat dan di bumi Dubai. Selalunya tak pernah bercuti masa puasa hanya cuti ketika raya. Cuti kali ini memang saya mohon dan Alhamdulillah lulus,” katanya yang penuh teruja.
Manakala persiapan raya pula diuruskan oleh Fahrin kerana bimbang isterinya itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasan untuk bercuti. Pasangan ini dijangka beraya di Sri Damansara iaitu kediaman isterinya Elena Hani sebelum petangnya itu berangkat pula ke Johor Bahru bagi merayakan suasana hari raya di rumah Fahrin pula.
“Saya tak tahu off-day dia bila. Jadi saya kena tanya persiapan raya seperti kuih, baju dan masa-masa beginilah apabila dia pulang saya akan berbincang dengannya. Saya tak nak ambil risiko kerana dia balik ke Malaysia sehari sebelum raya. Pada tahun ini pagi raya itu saya akan beraya di rumah Elena dahulu dan pada petangnya kami akan bertolak ke Johor,” tambahnya. (rtky/h) |
|
|
|
|
|
|
|
huk alohhhh
current issue la sangat |
|
|
|
|
|
|
|
menangis pun nk bgtau kt org ker..
issshhhhh....konon2 loving le sgtttt khennn... |
|
|
|
|
|
|
|
Xabis2 meratip pasal vetina heols ni...drpd zaman vujang smp dah kwin..topik basi nan koser la chuols...next sampah plsss.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada kaitan dgn 1MDB kah atau Param?... |
|
|
|
|
|
|
|
mana leh nak tinggal...baru kawin..leh mengigau malam beb.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai...menyampah la pulakk |
|
|
|
|
|
|
|
ooowwhhhh soooo suweeeettttttt....
|
|
|
|
|
|
|
|
ish...berat sungguh isu ni |
|
|
|
|
|
|
|
huk alaa... mak ayah yang pelihara bertahun2 tak de pulak ko nak menangis,
ni lelaki yang baru beberapa hari jadi laki gigih ko nak menangis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila campak ke bod PP atau Aduan dan Pendapat ... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi link site dildo jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
gegeh retis tayang ke sweet an masing2.
x payah tayang sgt la. nak nangis ke apa ke.. pasangan lain pun mcm korang jgk tp xde la psl bjauhan then nagis pun nk citer kat org.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko pernah bercinta tak???
|
|
|
|
|
|
|
| |
|