CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7173|Reply: 25

[Tempatan] Jijik Gamba Anak Sendiri Di Laman Web Lucah

 Close [Copy link]
Post time 25-6-2015 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 24-6-2015 11:41 PM

Harith Iskander jijik gambar anak sendiri di laman web lucahAstro Awani | Kemas kini: Jun 25, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 24, 2015 22:22 MYT)        




                                                                         Harith Iskander tertanya jika gambar beliau mendukung anak lelakinya di laman web lucah mempunyai unsur pedofilia. - Gambar Facebook/Harith Iskander





KUALA LUMPUR: Hati siapa yang tidak retak apabila melihat gambar anak sendiri disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.

Selebriti terkenal tanahair, Harith Iskander meluahkan rasa jijik kerana gambar anak sulungnya yang berusia tiga tahun dimuat naik di sebuah laman web lucah, baru-baru ini.

Harith ketika dihubungi Astro AWANI menyedari perkara tersebut pagi Rabu ketika mendapat notifikasi ‘Google Alert’ menerusi emel pada Rabu.

“Menerusi notifikasi emel tersebut, ada artikel bertajuk macam ‘Gambar terbaru anak Harith Iskander’.

"Saya tidak dapat lihat laman web berkenaan menerusi telefon pintar jadi saya menggunakan komputer riba untuk melihat laman web berkenaan.

“Ternyata ia merupakan laman lucah oleh kerana ia mempunyai beberapa perkataan seperti ‘porn’ dan ‘seks’. Laman web itu juga dalam Bahasa Malaysia.


“Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu adalah gambar wanita bogel.

Gambar layar skrin Facebook Harith Iskander yang telah dimuat naik petang Rabu. - Sumber Foto Facebook/Harith Iskander


Beliau turut menyedari bahawa laman web berkenaan turut mengandungi gambar anak penyanyi dan pelakon, Erra Fazira dan penyanyi, Tomok.

“Saya tidak tahu apa niat mereka untuk membuat ini. Satu tidak tahu sama ada mereka mahu menggunakan nama saya ‘Harith Iskandar’ untuk meningkatkan ‘pageviews’ atau ia mungkin ada unsur pedofilia.

Harith akui tidak layari laman web berkenaan dalam tempoh yang lama kerana jijik dengan laman web berkenaan.

“Isteri saya pun sama jijik dan meluat dengan laman web berkenaan,” katanya.

Harith akui ada yang memberitahu beliau jangan meletakkan gambar anak-anak di media sosial, namun beliau berkata perkara berkenaan tidak boleh dielak di zaman sekarang.

“Semua orang mahu memuat naik gambar keluarga mereka, dan mereka mahu kongsi kegembiraan keluarga mereka.

“Saya tidak rasa takut setakat ini kerana kalau laman web itu diturunkan, orang lain boleh membuat laman web yang lain.  Ada sahaja orang yang sakit di luar sana,” katanya.

Setakat ini, Harith memberitahu akan membuat laporan polis dan laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam masa yang terdekat.

“Sememangnya saya mahu laman web lucah itu diturunkan serta-merta,” kata Harith. Pelawak terkenal tersebut juga berkata yang dia akan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya pada 10 pagi, Khamis.

Harith melangsungkan perkahwinan dengan Dr Jezamine Lim Iskander beberapa tahun lalu dan dikurniakan sepasang cahayamata, Zander Xayne dan Alessandrea Jayne Iskander, lapan bulan

http://www.astroawani.com/berita-hiburan/harith-iskander-jijik-gambar-anak-sendiri-di-laman-web-lucah-63601

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 07:48 AM | Show all posts
Uiks...seremmmmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:00 AM | Show all posts
Scary....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:03 AM | Show all posts
A'ah la @miabebe ....
serramm nye..
tatot nk share ape2 gamba dah zaman skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:04 AM | Show all posts
ingatkan anak2 yang beraksi betul. skali budak kecik.

saiko ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:15 AM | Show all posts
ramainya orang gile sekarang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2015 08:16 AM | Show all posts
gila lah org dok curi gambar buat keja gini
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:22 AM | Show all posts
psiko...motif letak gambar anak org dalam website porno pejadahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 08:26 AM | Show all posts
delsmomm replied at 25-6-2015 08:03 AM
A'ah la @miabebe ....
serramm nye..
tatot nk share ape2 gamba dah zaman skrg ni..

Tula tu kannnnnn....isk...bahayeeee betoi lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:29 AM | Show all posts
mak aihhhh ape ke gile website tu? pedophile ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:32 AM | Show all posts
semalam lagi aku dah buka tered pasal ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2015 08:36 AM | Show all posts
atira replied at 25-6-2015 12:32 AM
semalam lagi aku dah buka tered pasal ni

alaaaa sori wehhhhh momod @spiderman80 bulih tolong tutupkan tak.macihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:39 AM | Show all posts
miabebe replied at 25-6-2015 12:26 AM
Tula tu kannnnnn....isk...bahayeeee betoi lah..

i nak remove dah semer gamba2 kat fb semer tu..takottt...
psycho betul deme ni...
paedophile semakin byk out there...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:44 AM | Show all posts
gile kot orang yang buat web tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:45 AM | Show all posts


tertanya2 jgk how to set Google Alert ni...
rupa2nya ada cara nya di sini http://saltydoginteractive.com/3 ... ur-business-online/

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 08:48 AM | Show all posts
Pernah ditegur cara seloroh dgn seorang kawan sekolah, "kau ni gambar anak satu pun takde kat FB. Dah mcm org takde anak". Akak senyum je.

Inilah sebabnya. Pengajaran untuk mak-mak yang bangga sangat tayang anak dengan harapan orang komen "Eh, comelnya anak u."

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 09:14 AM | Show all posts
eeee...takutnya... kuangajar btol!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Delete semua gambar anak2, family malah gambar anda sendiri. Tukar gambar pokok, kambing atau kerbau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 09:22 AM | Show all posts
giler... makin ramai lak ummah pedo ni kat malaysia... adakah sekarang ramai yg berani keluar almari...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2015 09:24 AM | Show all posts
harap2 anak cik ta dan anak schawal tak masuk website porn jugak.. tu pon gigih suka upload gamba anak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.078697 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list