View: 28429|Reply: 240
|
(GAMES) MARI SAMBUNG CERITA - TAMAT KISAH 1 (PAGE 10). BOLEH MULA CERITA BARU
[Copy link]
|
|
Edited by Nicki_Meow at 4-11-2015 02:23 PM
Anda ada Bakat terpendam? Mahu mengasah kemahiran mengarang? Mahu menambah ‘kacang’?
Jom sertai Games ini. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyambung Bab seterusnya mengikut citarasa dan kreativiti anda.
Hadiah lima biji kacang akan diberi untuk setiap bab.
SYARAT-SYARAT (Akan ditambah mengikut keadaan semasa):
SYARAT DIKEMASKINI PADA 8 OCTOBER 2015
- Tema cerita adalah terbuka: Lucu, Romantik, Thriller, Seram,Motivasi, Agama, Fantasi dan lain-lain
- Unsur LGBT dan politik dibenarkan jika tidak melampau dan melanggar sensitiviti pembaca
- Penggunaan kata-kata kesat yang melampau tidak dibenarkan
- Unsur perkauman dan lucah tidak dibenarkan
- Tidak boleh menyambung bab / posting secara berturut-turut. Contoh:Jika Forumer Nayla meletakkan bab / post 1, beliau tidak boleh menyambung bab / post 2 tetapi boleh menyambung bab / post 3.
- Setiap penyambungan bab / post perlu berkait rapat dengan bab / post sebelumnya.
- Moderator berhak memadam mana-mana posting yang dirasakan telah melanggar syarat
- Moderator berhak memotong ‘kacang’ peserta yang dirasakan telah melanggar syarat
- Setiap panjang bab / posting perlu mempunyai minimum 50 patah perkataan
- Sekiranya cerita tidak bersambung selama tujuh hari dari tarikh terakhir 'posting' dilakukan, maka cerita tersebut akan ditamatkan
- 'Posting' terakhir akan menerima 'tacang extra' sebanyak 10 biji sebagai saguhati untuk penutupan cerita
- Cerita baru akan dibuka
- Pembuka cerita baru akan menerima 'tacang' sebanyak 10 biji
Semoga terhibur.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya yang bukak benang, maka saya mula dululah yek... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 26-8-2015 10:06 AM
PERMATA INDERA - THE PHANTOM OF NENG
PROLOG
Dia masih di situ, sendirian.
Kehadian orang ramai yang bertali arus di KL Sentral ini langsung tidak memberi kesan kepadanya. Sedari tadi, dia cuma memerhatikan lagak mereka-mereka ini yang datang dengan pelbagai urusan. Riak wajah manusia-manusia itu ditilik dan dikaji, lalu dia membuat penghakiman rambang dalam hati. Sekadar mahu mengisi masa yang terbuang.
Sesekali, dia menjengah ke luar, memandang langit. Hari beransur petang. Langit juga kian berubah warna. Dia pandang pula jam di tangan. Pukul 5.30 petang.
“Sampai bila kau mahu menunggu di sini?” Hati kecilnya berbisik. Serentak dengan itu, keluhan terlepas dari bibir.
Penantian, adalah suatu penyiksaan.
Dia pun tidak tahu, kenapa dia sanggup melalui penyiksaan ini.
Untuk berapa lama lagi? Dan...untuk apa?
"Ah!" Dia merengus. Walaupun begitu, dia masih tidak berganjak. Separuh hatinya mengatakan, orang yang ditunggu akan tiba sebentar lagi. Manakala separuh lagi, menafikan.
“Tak apa. Lima minit lagi.” Dia memujuk hati.
Tangan kiri yang menggenggam telefon pintar dibuka. Kata laluan dimasukkan. Jari menekan aplikasi WhatsApp. Dia melalukan jari, mencari-cari mesej yang diterima seminggu yang lalu. Jumpa. Dia membaca mesej itu untuk kesekian kali.
30 Ogos
Kita jumpa di KL Sentral. Empat petang. Kau tahu kat mana nak tunggu…
Itu pesanan ringkasnya. Namun, yang ditunggu masih belum nampak kelibat. Kini, waktu sudah menunjukkan pukul 5:45 petang.
Tak boleh jadi!
Hati mula bertukar suhu. Mendidih panas. Terasa dipermain-mainkan. Bibirnya begerak, menyumpah perlahan. Dia juga sudah tidak betah menunggu lagi. Terus dia bangun dari duduk. Matanya meliar melilau ke sekeliling sebelum dia membuat keputusan untuk pergi saja dari sini.
“Nak balik dah ke?”
Teguran itu membuatkan langkahnya terhenti. Suara ini cukup dikenali. Lima saat dia terkaku, sebelum perlahan-lahan, berpaling semula ke belakang. Yang ditunggu itu muncul jua. Jika diikutkan rasa, mahu saja kepala empunya suara itu diketuk sekuat hati. Tetapi, semua perasaan itu hilang apabila melihat satu senyuman terukir di bibir.
Mata kini bertentangan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 21-8-2015 02:40 PM
weh..panjangnya...
lemah den kalau watak dia ni..
jap ya..nak fikir bab seterusnya
...hahaha..aku dah pening..bengong kejap..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku memberi peluang untuk yang seterusnya membina watak dan karektor.
Giteewwww.....
|
|
|
|
|
|
|
|
oh..gitu..wokeh..
macam mana nak tahu 100 perkataan ek??,,aku bab gini lemah banyak..
|
|
|
|
|
|
|
|
diharap moga2 tadak kecelaruan watak dlm citer sambung menyambung ini yek..
nnt kejap nicki jadi kucing gebu.. kejap2 nicki jadi wanita anggun..
kejap2 nicki jadi penyiasat remaja... ampunn nicki.. contoh ajerrrr... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 1
KL SENTRAL masih sibuk dengan gelagat manusia yang sentiasa memenuhi tempat itu. Perlahan senyuman diukir bila mata bertentangan tadi. Tubuh orang yang ditunggu itu dipeluk erat.
"Kau ingat aku tunggu satu saat? Kau janji pukul 4. La ni dah dekat pukul 6."
Dia hanya senyum dari tadi, mengangguk tanda mengalah. Kami berdua mula berjalan beriringan menuju ke medan selera di tingkat satu. Kami berbual panjang di medan selera sambil menikmati makanan yang banyak dijual di medan selera itu. Pelbagai jenis lauk pauk yang enak tersedia.
"Budin, apa hal kau nak jumpa aku ni?" Mee celup pedas tahap panas telinga itu dimakan perlahan. Berpeluh-peluh menahan pedas. Tulah..tadi berlagak suruh makcik tu bubuh dua sudu besar cili pes versi Jawa.
"Penting..hal yang sangat penting. Ini antara hidup dan mati.." Budin pula hanya makan air batu cendol yang dibubuh isi durian dan pulut sedikit.
"Penting?"
"Ya.."
"Aku tak faham.."
"Aku dipaksa bertanggungjawab.." ujar Budin, kata-katanya kali ini sugul.
"Bertanggung jawab? Untuk apa?"
"Kau ingat Monalaser?" tanya Budin, melihatkan kawan baiknya sudah terkebil-kebil.
"Monalaser...jap..aku nak ingat..hmm..itu kan minah kerek yang suka pakai seksi dan tak tahu malu tu?"
"Ha! Pandai pun kau!! Dia cuba perangkap aku!" Budin ketap bibir.
"Pasal apa pulak?"
"Dia kata dia hamilkan anak aku. Gila!!" Dengus Budin. Memang hatinya sudah menggelegak sekaran ini.
Masing-masing diam sejenak. Entah apa yang difikirkan oleh Monalaser sampai hendak menfitnah Budin. Bukan dia tidak tahu yang gadis itu senang sangat melayan jantan, ke hulu ke hilir. Apa ke jadahnya minah kerek tu hendak perangkap Budin? Ah, pening dengan perempuan sekarang ini! Tak dilayan, difitnah pula.
"Maaf..boleh saya duduk? Tempat semua dah penuh.."
Budin dan Azam mendongak ke arah suara menegur. Seorang gadis manis berbaju kurung dan bertudung lilit sedang memegang sepinggan nasi di tangan kanan, segelas air di tangan kiri. Beg sandang ada di belakang gadis itu. Budin melihat tidak berkelip.
Azam pandang sekeliling, memang semua tempat sudah penuh. Hanya di meja makan mereka berdua sahaj ada lagi satu tempat kosong. Dia pandang pula pada gadis itu yang masih berdiri. Ada riak sayu di wajah gadis itu. Seperti kelaparan.
"Err..boleh. Duduklah.." Azam jarakkan keruisnya jauh sedikit dari kerusi kosong di sebelahnya.
Terima kasih awak." Pinggan nasi dan gelas air diletakkan atas meja. Gadis itu melabuhkan punggung dan letak beg sandangnya di bawah meja.
Azam dan Budin hanya memerhati gadis itu yang mula menadah tangan berdoa. Usai berdoa, nasi digaul penuh sopan. Nasi dikaup dan disuap ke mulut dengan penuh tertib tetapi ada suatu yang pelik pada karakter gadis itu. Budin dan Azam saling berpandangan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku nk sertai tpi tk tenang skrng.maybe tgh mlm.aku post kt thread ni.but plis,someone tell me tajuk novel bersambung ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tetap nak selit watak kucing gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde tajuk lagi Es. Point / tema cerita pun samar-samar lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik! Itu yang masih berlegar-legar difikiran dua sahabat ini. Susah mahu menelah apa yang peliknya tentang gadis manis tadi. Dari raut wajah serta ketrampilannya seakan seperti gadis-gadis lain juga. Tiada yang mencurigakan jika dipandang dengan mata kasar.
Namun, apakah yang mengusutkan fikiran mereka berdua? Buntu sudah jadinya.
"Budin, kita ke surau kejap. Dah Maghrib ni."
Tanpa banyak soal, Budin membelok simpang arah surau. Dah tertera papan tanda bentuk surau sebelum masuk simpang tadi. Leka sangat fikirkan hal gadis msiteri tadi, hampir terlupa dia waktu Maghrib dah tiba waktunya.
Motor Jenama Suzuki milik Budin dipakir kemas di perkarangan surau. Azam sebagai pembonceng hari ini, kerana Myvi kaler Goldnya sedang dibaik pulih gara-gara ditimpa kemalangan kecil. Sebulan jugaklah dia meroyan melihatkan body Myvi kesayangannya kemek tercium bontot Myvi seorang awek kaler pink.
Nasib baik cun. Kalau tidak, makan hamunlah awek Myvi pink tersebut. Minah tu berhenti mendadak secara tiba-tiba, itu pun sebab ada kucing melintas. Tak pasal-pasal kan. Tak mengapalah. Gadis ayu tu pun sudi menghulur wang ringgit membaiki kos baik pulih body Myvi si Azam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_conan at 22-8-2015 11:57 AM
Qaseh masih lagi menanti ketibaan Sayang untuk menjemputnya di stesen pudu itu. Iya kawannya itu memang bernama Sayang. Cinta Sayang binti Zakaria. Bapanya imam di kampung kubang lembu.
Tersenyum-senyum dia bila mengingatkan dua orang jejaka yang kelihatan malu-malu kucing ketika makan semeja bersama mereka tadi. Hilang sebentar rasa gundah melihat aksi mereka siku menyiku satu sama lain.
Manakan tidak. Tiba-tiba sahaja datang seorang gadis yang berserabai, minta duduk semeja. Makan pula tak pandang kiri kanan. Mahu senyum pun tidak lalu ketika itu. Bukan salah mereka pun. Mereka tidak tahu dia baru saja tiba dari kampung, mahu pulang ke kampus untuk menghabiskan semester akhirnya. Mereka tidak tahu dia baru saja disamun. Beg tangannya diragut. Mujur saja telefon bimbitnya terselamat, dan di dalam poketnya ada lima puluh ringgit. Haih, jadi satu kerja pula hendak buat laporan polis, buat IC baru segala.
"Qaseh!"
Lenyap segala lamunan.
"Sayang!"
Mereka tenggelam dalam dakapan masing-masing. Sayang melihat Qaseh pelik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh mak aih...tajuk..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelukan dileraikan. Sayang mengamati diri Qaseh, atas bawah.
"Kau ok tak ni? Ada orang kacau kau ke sebelum aku kemari? Baik kau bagitau aku sekarang jugak."
Qaseh tersengih cuak. Memang, memang dia ada masalah. Tapi, dah ok kot. Nasib belum ke tahap dirodok perutnya oleh peragut sejam yang lalu. Ada dua cik abang baik hati tadi, sudi hulurkan beberapa ringgit untuknya berbelanja, usai makan tadi.
"Janganlah gelabah Sayang. Aku baik-baik aje ni. Kan aku masih sihat, masih normal lagi ni." "Aku bukan apa Qaseh. Aku cuma risau, penyakit ganjil kau datang balik." Qaseh hanya mampu mengukir senyum kecil. Tak sampai hati nak buka cerita hal dia kena ragut segala. Janji dia selamat. Hal penyakit ganjil yang pernah dia hadapi... "Jomlah kita balik. Kat rumah kita cerita panjang. Ni hah... awat lambat tadi ni?" Mereka berdua mula beredar dari tempat yang masih lagi sesak dengan orang ramai, walaupun diremang senja. Mereka beriringan sambil berbual, berkongsi cerita. "Ingat lagi tak aku pernah cerita kat kau pasal insiden mamat myvi gold langgar buntut myvi kesayangan aku tu? Aku singgah bengkel kejap, sebab pomen tu call aku... suruh ambil kereta mamat tu. Siap dah." Oo... seulas bibir Qaseh membentuk 'O' cuma. Selepas itu, mereka berdua memasuki kereta lalu... menderu pergi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sorry...taip kat iphone jd lintg pukang.... |
|
|
|
|
|
|
|
’Segala kata makian,yang yelah kau berikan..’ kedengaran nada dering telefon Sayang.Tak teragak-agak gadis keturunan Melayu campuran Jawa itu menyambut panggilan tanpa melihat skrin telefonnya.
"Hehehe... Sayang..Sayang" suara lelaki asing di hujung talian. Sayanh melihat nombor asing itu sekali lagi.
"Siapa kau?" suara Sayang agak tinggi sehinggakan Qaseg berpaling kepada Sayang.Eh, dia ni cakap dengan siapa?bisik hati kecilnya.
"Babak seterusnya.. nantikan!" terus talian terputus! Sayang tersentak. Hatinya mula tertanya-tanya,siapakah lelaki itu? Riak ketakutan terpamer pada wajahnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SAYANG dan Qaseh tiba di perkarangan rumah sekitar wktu senja. Keadaan langit yang berwarna jingga agak menyeramkan bagi Qaseh tapi tidak pada Sayang. Baginya waktu begini sangat indah jika dapat dipotretkan. Seekor kucing jantan bewarna hitam bertompok putih keluar entah dari mana dan bermain-main di kaki Qaseh. Qaseh segera membelai kucing itu. Dia sememangnya sukakan kucing. Lupa sekejap tentang cuaca yang semakin gelap. Dari mana kucing ini datang? Mungkin Sayang yang bela kot? Hatinya bertanya dirinya sendiri. Sayang hanya memerhati dari tadi gelagat Qaseh yang begitu penyayang dengan haiwan itu. Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya kucing itu. Tak pernah pula dia nampak kucing itu berlegar-legar di sekitar ini. Dia tak ambil pusing. Waktu sudah senja, lebih baik masuk ke rumah.
"Qaseh! Jom masuk!" Qaseh hanya mengikut. Dilambai-lambai kucing itu seolah-olah mengucapkan selamat tinggal.
Kucing jantan itu merenung tajam pada empunya susuk tubuh yang membelainya tadi. Matanya yang bewarna biru bertukar ke warna hitam pekat. Dia mendengus kasar. Sekian lama dia mencari, baru hari ini dia bertemu dengan Qaseh. Hampir setiap malam dia cuba menjejak Qaseh dengan mengikut baunya tapi baru tadi dia tersempak dengannya. Tapi dia agak terlambat tadi. Kalaulah dia sempat bertemu dengan peragut Qaseh, pasti mereka akan di cincang lumat! Berani mereka merompak tuan aku??? Tak tahukah mereka aku penjaganya??? Tapi segalanya terlambat. Dia gagal dalam melindungi Qaseh. Dia berazam tidak akan membiarkan Qaseh diapa-apakan lagi. Jolokan 'Penjaga Elit Lagenda' perlu dibuktikan.
Kucing jantan itu berlalu mencari tempat bermalam. Malam ini dia akan berkawal di luar rumah Sayang. Kekal dalam bentuk kucing memudahkan dia menjalankan tugasnya sebagai penjaga. Tiada siapa curiga. Termasuk musuhnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"TOK KI!!!!"
Budin yang sudah terlena, tersentak bangun. Apa saja lah si Azam ni terpekik terlolong tengah malam buta ni. Suasana hening kembali. Dia merebahkan badan ke katil 'empuk'nya, mahu menyambung tidur yang tak sempat lena tadi. Baru saja tangan ingin membelai puteri Ariana, dia dikejutkan oleh pekikan si Azam.
"TOK KI!!!"
Kali ini dia tidak berlengah lagi. Pantas bangun dan mencari arah suara si Azam. Azam dilihatnya sudah tidak serupa orang. Rambut serabai. Kain pelikat dipakai senget benget. Baju dipakai terbalik. Yang luar di dalam. Yang dalam di luar. Sudah serupa kucing hilang anak!
"Weh! Ko ni dah kenapa terpekik malam-malam buta?? Biar aje la Tok Ki tu. Pandai la die balik nanti. Aku nak tidur pon tak senang lah. Baru nak ulit tuan puteri tadi. Haiihhhhh!" marah Budin.
"Tapi dah 3 hari dia tak balik. Aku bimbang lah. Kot-kot orang vietnam ujung kampung sana tangkap dia buat satay ke" Azam bersuara bimbang.
Budin turut berasa bimbang jugak sebenarnya tapi tidak mahu tunjuk. Kucing kesayangan mereka sudah 3 hari tidak pulang. Entah ke mana merayapnya. Teringat semasa mula-mula terjumpa kucing jantan warna hitam bertompok putih itu. Budin panggil Tompok, dia panggil Niki. Masing-masing tidak mahu mengalah. Sudahnya jadi Tok Ki. Sebelum ini perrnah juga Tok Ki tidak pulang ke rumah tetapi tidaklah sampai tiga hari berturut-turut!
"Sudahlah. Pandai lah dia nak hidup. Jom tidur! Aku nak sambung ulit Puteri Ariana." kata Budin dengan muka miang keladinya itu. Azam hanya menurut. Dalam hati hanya berdoa mudah-mudahan Tok Ki nya selamat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.apa ke hal kucingnya seronok game ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|