CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7940|Reply: 73

Polis Nak Tangkap Saya, Tangkaplah! - Tun Mahathir

 Close [Copy link]
Post time 9-9-2015 03:36 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.malaysiakini.com/


Saya bersedia sekiranya ditangkap oleh pihak polis berhubung kehadirannya ke perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.



Itulah kenyataan yang disuarakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
pagi tadi.

"Itu hak mereka. Nak tangkap, tangkaplah,"




Tambah beliau kerjasama yang sepenuhnya akan diberinya sekira pihak polis memanggilnya untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung perkara itu.


Selain itu, apabila ditanya mengenai Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, Mahathir berkata tindakan perhimpunan baju merah itu tidak perlu dilakukan kerana menyerupai perhimpunan di Bangkok, Thailand.


Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut oleh kira-kira 100 orang para penyokongnya.


Mereka terdiri daripada ahli PERKASA dan kumpulan yang memakai baju merah bertulis "Undur Najib".


Mereka mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 10 pagi dan membawa sepanduk bertulis "Tun, you are not alone" dan "welcome Tun M".


Turut kelihatan hadir untuk menyambut negarawan itu ialah Umi Hafilda Mohd Ali dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.




sumber : www.malaysiakini.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 03:50 PM | Show all posts
telenovela di puncak klimaks.. kite tgu kesudahannya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 03:51 PM | Show all posts
eh perkasa mmg dh beralih arah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 03:59 PM | Show all posts
Tangkap buat menyemak jel jer ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:03 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 9-9-2015 03:40 PM
Tun ni pi airport naik kapai terbang dari mana nak kemana?

kan dia baru balik dr melawat kilang lotus n volvo...

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:05 PM | Show all posts
"nak tangkap, tangkaplah!"
.....katanya ketika bergegas ke airport utk melarikan diri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2015 04:08 PM | Show all posts
tun dh nmpk tua sgt ni. dh mula nmpk kembong2 sembab
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:15 PM | Show all posts
" hy anwar .. lama xjumpew..sihat kew..?? "
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 04:16 PM | Show all posts
tak kan tangkap punya lah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:18 PM | Show all posts
mattzzx replied at 9-9-2015 08:16 AM
tak kan tangkap punya lah...

betul tu. takkan tangkap punya la. walau apa pun yang tun dah buat, kena mengaku jugak fakta bahawa beliau adalah negarawan ulung.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:22 PM | Show all posts
Themilo replied at 9-9-2015 04:18 PM
betul tu. takkan tangkap punya la. walau apa pun yang tun dah buat, kena mengaku jugak fakta bahaw ...

ye...dia tau apa yang dia buat tu...

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 90 thn mcm ni pun nak tangkap, apelah jibby ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:26 PM | Show all posts
Tunggu Najib plak cakap "Polis nak tangkap saya, tangkaplah!"
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:40 PM | Show all posts


ya tunggu apa lagi
tangkaplah sesiapa
yang melanggar undang
undang


termasuklah si bangsattt

tak perlu double standard
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:40 PM | Show all posts
bangcak replied at 9-9-2015 04:05 PM
"nak tangkap, tangkaplah!"
.....katanya ketika bergegas ke airport utk melarikan diri

haha yg ni lawak
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
X pyh tangkap, nanti bik Mama kasi c4.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 04:51 PM | Show all posts
apesal polis tu muke konfuse gile ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 9-9-2015 04:05 PM
"nak tangkap, tangkaplah!"
.....katanya ketika bergegas ke airport utk melarikan diri

Dia baru balik dr Jordon, Tokyo dan UK....bukan baru nak bertolak ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 04:57 PM | Show all posts
si ummi hafilda tu apesal nyibuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 05:02 PM | Show all posts
Jibby tengah tunggu green light dari Queen Ros untuk tangkap Tun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.048278 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list