Edited by GhostWalking at 28-9-2015 08:21 AM
Jenuh beratur demi Pirate Coffee ‘abang sado’Dua 'abang sado' sedang membancuh kopi untuk pelanggan. - Foto Facebook Pirate Coffee Batu Pahat & Kluang
[size=100%]KUALA LUMPUR, 27 September:Baru seminggu berniaga, Pirate Coffee ‘abang sado’ mendapat sambutan di luar jangkaan daripada penduduk di Batu Pahat dan Kluang, Johor.
Malah, ada yang sanggup beratur panjang, semata-mata mahu menikmati segelas kopi sejuk sambil melihat jejaka bertubuh sasa yang baru sahaja menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.
Jika sebelum ini, keistimewaan Coffee King di Ipoh menjadi viral sehingga orang ramai beratur panjang, Pirate Coffee tidak jauh beza dari segi kelazatannya, menyebabkan penduduk setempat berpusu-pusu mendapatkan minuman tersebut.
Seorang pelanggan Pirate Coffee Tiq Suraji menulis di laman Facebooknya, “Akhirnya! Dapat juga rasa air tangan abang sado Pirate Coffee ini. Jenuh beratur sabar tunggu giliran.”
Muhamad Azree pula kagum dengan keberanian anak-anak muda itu menceburi bidang perniagaan dan menghasilkan produk bermutu.
“Saya kagum dengan mereka. Kemungkinan besar mereka akan kekalkan produk ini kerana berbaloi. Saya tidak perlu membandingkan minuman ini dengan Starbuck kerana lebih utama, minuman ini mempunyai rasa mereka yang tersendiri dan cukup unik,” katanya.
therakyatpost
SADTAK=Sado Ketak
|