|
Gaji hanya RM1800 Sebulan Tapi Masih Mampu Tanggung 3 Orang Anak? Ikuti Kisah Ini
October 5th, 2015 | by Izuan
Zaman sekarang kalau gaji sebanyak RM1800 mungkin sangat tidak cukup buat tampung keluarga, lebih-lebih lagi tinggal di ibu kota ini.
Harga makin lama, makin naik dan kos sara hidup pun tinggi, tapi lelaki ini mampu menanggung isteri dan 3 orang lagi anaknya dengan gaji sebanyak itu.
Ketahui rahsia dan kisah bagaimana lelaki ini mampu melakukannya tanpa bantuan isteri untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarga mereka.
Aku ada anak 3. Aku kerja gaji Rm1800. Orang rumah aku kerja gaji Rm3000. Ada tanggungan rumah dan kereta lagi, susu, pampers, belanja dapur, pengasuh anak-anak, bil api air, minyak ulang-alik kerja. Aku mengaku banyak isi rumah bini aku yg tolong bayar.
Sampai hujung bulan kitorang selalu sesak. Kereta kadang sangkut tak bayar. Walaupun aku ada buat part time hantar buah potong, masih tak cukup. Sampai Allah uji anak bongsu aku yg kecik tu sakit, aku suruh bini aku berhenti kerja jaga anak. Takpelah tawakal walaupun kitorang tengah sesak, tapi anak aku lagi penting.
Ajaibnya, tiga bulan dekat empat bulan dah bini aku tak kerja, semua berlalu dengan mudah. Kereta boleh bayar, rumah, keperluan sekeluarga semua cukup. Kitorang siap hujung minggu makan luar padahal selama ni punyalah payah. Makan pakai family serba lengkap, siap ada duit lebih aku kirim kat mak aku. Padahal gaji aku kecik je, tambah dengan Rm300 hasil jual buah potong. Rasa berkat sikit rezeki.
Sekarang baru aku faham, nafkah tu memang tanggungjawab suami, kalau Allah dah kata komitmen suami, Allah akan cukupkan jugak walau isteri tak kerja, tak tolong kita. Berkat isteri duduk rumah terasa sangat, balik ada masa dengan family, anak-anak sambut depan pintu padahal sebelum ni masing-masing penat, rumah sunyi. Sekarang aku faham, yg Allah bagi kita kecukupan sesuai dengan keadaan kita, kalau kita rasa tak cukup, maka tak pernah cukup.
Percaya yg Allah selalu tolong hambanya, lebih lagi kalau kita ikut fitrah yg Allah tetapkan.
Sumber : Facebook Mohd Yazid Ismail via OhBulan!
|
|