CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17973|Reply: 79

Aiman kurang 'selesa' Remy Ishak-Fathia Latiff berganding

[Copy link]
Post time 9-10-2015 11:11 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelakon jelita, Fathia Latiff mengakui teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza kurang selesa apabila beliau digandingkan dengan aktor Remy Ishak. Gadis berusia 28 tahun itu bakal menjayakan drama bersiri 40 episod arahan Erma Fatima yang dijadual memulakan penggambaran awal bulan depan.




"Aiman kurang gemar apabila mengetahui saya bakal bergandingan dengan Remy untuk drama bersiri itu. Namun bukan kerana dia tidak suka pada aktor itu sebaliknya risau kami akan kurang meluangkan masa bersama. "Kebiasaannya saya akan berehat sekiranya Aiman sibuk dengan penggambaran dan begitulah sebaliknya. Dia risau jika perkara itu membuatkan hubungan semakin renggang kerana kedua-dua sibuk bekerja.




"Saya merancang untuk menerima semula tawaran berlakon bermula tahun hadapan tapi peluang untuk bekerja di bawah arahan Kak Erma seperti bulan jatuh ke riba. "Sudah lama saya menantikan peluang itu tapi sebelum ini jadual saya selalu bertembung," katanya kepada BH Online. FATHIA bakal menjayakan sebuah drama bersiri 40 episod arahan Erma Fatima.




Tambah Fathia, biarpun ramai pihak mempunyai pelbagai persepsi terhadap cara kerja Erma namun beliau percaya pengarah tersohor itu mempunyai sudut keibuan dalam dirinya.




"Seperti semua sedia maklum, Kak Erma dikenali dengan karakter tegas sebagai pengarah. Namun, saya yakin dia mempunyai sifat keibuan dan tidaklah garang seperti digembar gemburkan oleh sesetengah pihak. "Saya pernah berlakon di bawah arahan Kak Erma untuk majlis Anugerah Skrin tahun lalu dan merasa bangga menjadi sebahagian daripada karyanya," kata Fathia. Selain itu, Fathia bakal memulakan penggambaran drama bersiri genre komedi arahan Bade Azmi esok. Beliau berharap agar keserasian bersama Remy dapat diwujudkan menerusi drama 13 episod itu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 11:17 AM | Show all posts
abis tu kawin laaaa..buat semak ja
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:21 AM | Show all posts
drama 13 ke 40 episode????????
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:22 AM | Show all posts
bini_fl replied at 9-10-2015 11:17 AM
abis tu kawin laaaa..buat semak ja

haha..terbayekk
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:24 AM | Show all posts
alah rilek le gf ko bukan lawa nau
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:25 AM | Show all posts
Offer citer apa? Mok Cun musim kedua ker
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2015 11:25 AM | Show all posts
cepat-cepat lah tunang dan kawin
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:28 AM | Show all posts
ya ka fathia dh 28, rasa cam baru kuaq u ja ...

x sbar nk nengok remy ngan fathia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 11:29 AM | Show all posts
budak intern mana y tulis artikel ni? meols x faham

premis 1 - fathia bakal bberlakon drama erma fatiam 40 episod dn remy ishak

premis 2 - fathia bakal bekerja dgn bada azmi dlm drama komedi

premis 3 - fathia berharap dpt mencipta keserasian dgn remy dlm drama 13 episod itu

so, fathia & remy berlakon dlm dua set drama bersiri arahan sorang satu oleh laki bini bada-erma ke? so drama dn bada tu sb warm up sblm drama dgn erma ke apa? knp x tulis terang2?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngan bangla pon nk tegugat kew
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 9-10-2015 11:29 AM
budak intern mana y tulis artikel ni? meols x faham

premis 1 - fathia bakal bberlakon drama erma  ...

Arini nk keluar cita mlm tadi baru nk karang ayat gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:06 PM | Show all posts
Kawin jer nanti lama-lama dikebas orang lain plak. Melopong la
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:08 PM | Show all posts
"Aiman kurang gemar apabila mengetahui saya bakal bergandingan dengan Remy untuk drama bersiri itu. Namun bukan kerana dia tidak suka pada aktor itu sebaliknya risau kami akan kurang meluangkan masa bersama. "Kebiasaannya saya akan berehat sekiranya Aiman sibuk dengan penggambaran dan begitulah sebaliknya. Dia risau jika perkara itu membuatkan hubungan semakin renggang kerana kedua-dua sibuk bekerja.


ayat mcm tak kena je....tak gemar bergandingan dgn remy sbb takut x cukup masa nak berdating...

kalau sbb takut x cukup masa nak berdating, x payah mention nama sapa2 pun...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:25 PM | Show all posts
Napa x amik fatia belakon mok cun..mesti cakap utara pandai sikit..rimas aku dgq nora try nak cakap ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:32 PM | Show all posts
fathia org utara ke???

yg aku phm

1. drama ngan erma 40 episod
2. ngn bade 13 episod, genre komedi

::dua2 hero nye remy

betol x?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:38 PM | Show all posts
aiman.. patut time fathia ni blakon dgn fattah yg ko kene risau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2015 12:51 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 9-10-2015 11:52 AM
Ngan bangla pon nk tegugat kew

Heppp....bangla tall dark & handsome gitteww...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:56 PM | Show all posts
haruslah replied at 9-10-2015 12:32 PM
fathia org utara ke???

yg aku phm

Kalau dah gitu knp masa first perenggan kata Aiman Hakim risau Fathia nak bergandingan
dgn Remy bangla dlm drama 40 episod Erma yg start penggambaran bulan depan?
Kenapa tak kata risau diorg berlakon bersama dlm drama 13 episod arahan Bade sbb yg tu start penggambaran esok?
Tak terjangkau akal fikiran ku apa nak disampaikan dek penulis artikel tu

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 12:57 PM | Show all posts
alieyrina replied at 9-10-2015 12:25 PM
Napa x amik fatia belakon mok cun..mesti cakap utara pandai sikit..rimas aku dgq nora try nak cakap  ...

Nora Danish ke? Berlakon Mok Cun???
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2015 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti lepas ni keluar berita aiman akim ridza sedang mensadokan diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.056369 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list