View: 9119|Reply: 20
|
10 Tempat Terkemuka Di China
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Apakah yang anda bayangkan apabila ditanya mengenai tempat-tempat menarik di China? Sudah pastinya tembok besar China lah yang akan mula berlegar-legar difikiran anda kan! Tetapi jangan tak tahu, ada banyak lagi tempat-tempat menarik di China yang mungkin anda belum tahu.
Untuk pengetahuan, China adalah merupakan sebuah negara ke-4 terbesar di dunia dan sangat menarik untuk dikunjungi. Sudah tentulah dengan keluasan negara ini yang mempunyai kepelbagaian bentuk muka bumi dan iklim, membuatkan China menjadi kegilaan pencinta alam di seluruh dunia.
Mari kita lihat antara 10 tempat terkemuka di China yang menjadi pilihan penulis :
Sumber foto : jvi.sualize.us
10. Hutan Buluh Shunan
Hutan Buluh Shunan (Shunan Zhuhai) terletak di sebelah barat daya pergunungan Liantian yang memisahkan wilayah Changning dengan Jiangan. Meliputi kawasan seluas 120 km persegi pada ketinggian 600 ke 1000 m. Pada bahagian tengah kawasan ini, hampir 5000 hektar ditumbuhi oleh sejenis buluh besar yang tinggi dan tegak (species Phyllostachys Pubescens). Keindahan Shunan menjadi inspirasi kepada pelukis pemandangan hutan buluh Zheng Banqiao pada zaman Dinasti Qing. Pengambaran filem Crouching Tiger, Hidden Dragon juga dilakukan di sini.
Sumber foto : shiningstartours.wordpress.com
9. Kebun Suzhou
Sumber foto : kembarasufi.com
8. Terracotta Warriors di Xian
Sumber foto : www.airpano.com
7. Guilin
Pepatah China mengatakan ‘Guilin tempat tercantik dan merupakan syurga dunia’. Dengan memiliki bukit menara batu kapur serta aliran air sungai Li yang jernih, ia sering menjadi bahan karya seni lukis dan sajak masyarakat China.
Sumber foto : tilulas.com
6. West Lake di Hangzhou
Sumber foto : perpetualexplorer.com
5. Huangshan
Sumber foto : www.chinatravel.com
4. Chengde Mountain Resort
3. Kota Terlarang di Beijing
Kota Terlarang atau "Forbidden City" adalah istana dinasti Ming dan Qing. Istana-istana kuno "seperti Tianli Palace" ini untuk menunjukkan monarki "mandat dari syurga." Presiden Amerika, Barack Obama pun pernah berkunjung ke sini tau.
Sumber foto : www.yangshuocountrysidehotel.com
2. Dragon's Backbone Terraced Rice Fields
Tempat ini merupakan warisan kuno yang diwariskan sejak 700 tahun lampau. Panorama ketika sawah digenangi air atau warna kekuningan bila padi masak menjadikan ia salah satu pemandangan tercantik di negara China.
Sumber foto : www.icrazyworld.com
1. Tembok Besar China
Tembok besar China asalnya merupakan sebuah kubu atau tembok pertahanan yang dibina sekitar 200 SM. Panjang tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km. Tembok Besar dianggap sebagai salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia. Pada tahun 1987, tembok ini mendapat pengiktirafan dunia daripada UNESCO dan didaftarkan sebagai Warisan Dunia .
Jadi itulah antara 10 tempat menarik di China yang dapat penulis kongsikan. Mungkin dengan informasi ini sedikit sebanyak dapat memberi anda idea untuk bercuti nanti. Cuti sekolah dah dekat kan, apa lagi cepat-cepat tempah tiket ke China bawa keluarga anda. - CARI Infonet.
Siapa pembaca kat sini pernah berkunjung ke China? Mungkin boleh berkongsi pengalaman anda disana.
|
|
|
|
|
|
|
|
belum pernah ke China..tq for the info..
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik-cantik semua.. pilihan yang baik untuk orang yang tak suka melawat bandar-bandar besar
Guilin dan Huangshan tu cantik betul. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya........ |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknyer....harap 1 hari nnt dpt tngk real... |
|
|
|
|
|
|
|
ape yang orang xtau? semua orang tau kot.. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap bandar2 yang terdapat di China memang ada tarikan yang tersendiri tak kiralah bandar2 modernnya atau yang tradisional. Tapi kebanyakan pelancong kesana suka melawat tempat2 yang tradisional dan pemandangan gunung ganangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
penah pegi beberapa tempat. mmg cantikkkk tp entrance fees dia bapak mahal! |
|
|
|
|
|
|
|
cantik sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Cantikk....tp masih tergeli geleman (teringat yg thread katak tuh celakkkkkkk) |
|
|
|
|
|
|
|
seronoknya kalo dapat gi Guilin tu...
tak tau nk ikut pakej atau sendiri2 lagi senang
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat pulak kejadian org membuat air besar kat street tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
aku p naik great wall tu, punya la hancing. |
|
|
|
|
|
|
|
can kena p jugak one fine day |
|
|
|
|
|
|
|
Terracota village tu tempat yg Jackie Chan berlakon dlm Kungfu Yoga tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknyaaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|