Edited by lurve82 at 30-10-2015 05:51 PM
salam..hakak ni main taip2 jah..sape nak baca... baca ler....blh bg komen jugak..
Bab 1
Hening dirasakan saat ini. Walaupun jalanraya di bawah sana masih hiruk pikuk dengan kereta yang bertali arus dan neon berwarna-warni disepanjang jalan. Langit sedikit cerah dengan kehadiran bulan yang mengambang penuh.
Dari tingkat 20, Adelia Heylisha menghirup kopi o yang masih panas sambil memandang ke arah KLCC melalui dinding kaca. Kondo mewah yang terletak di Jalan Binjai,Kuala Lumpur dirasakan sunyi walaupun malam masih muda. Masih awal bagi mereka yang mencari hiburan. Ah Kuala Lumpur, mana pernah tidur. Jam berdenting menandakan pukul 10.00 malam. Bibik Murni mungkin telah lena di ulit mimpi.
Senak memikirkan hal pejabat yang masih belum selesai. Adelia Heylisha lantas kembali ke meja kerjanya. Laporan akaun bagi separuh pertama tahun ini akan dibentangkan di dalam mesyuarat esok. Dia tidak mahu ada kesilapan dalam pembentangan kewangan itu nanti. Lalu menyambung tugas di rumah pula. Status sebagai Penolong Ketua Akauntan di Kejora Holding Sdn.Bhd. Telah dipegang walaupun usianya baru mencecah 28 tahun. Adelia Heylisha terus ralit dalam tugasnya. Serius.
|