CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12104|Reply: 152

[Tempatan] Jimat belanja, tanam sayur bukan bunga~ Timbalan Menteri

[Copy link]
Post time 23-11-2015 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mirage_46 at 23-11-2015 01:57 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meminta rakyat supaya menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri dan bukannya bunga dan pokok-pokok perhiasan.

Dengan ini, beliau berkata, rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport, yang kini menjadi semakin mahal disebabkan oleh kadar pertukaran dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita perlukan, maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan," kata Tajuddin di Dewan Rakyat semasa sesi soal-jawab hari ini.

'Jom Bertani’ adalah program sosio-ekonomi luar bandar bertujuan membantu penduduk kampung untuk menanam sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ikan untuk mengurangkan kos sara hidup yang tinggi. Ia juga bertujuan untuk menghidupkan semula industri pertanian yang semakin merosot.

Tajuddin (BN-Pasir Salak) berkata demikian bagi menjawab Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu mengenai langkah kerajaan untuk menangani harga sayur-sayuran diimport yang mahal, seperti bawang.

"Satu-satunya perkara, semua orang mesti bekerja keras untuk menanam apa yang mereka perlukan, sama ada sayur-sayuran, cili atau kacang tanah.

"Program 'Jom Bertani’ tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah-rumah mereka," kata Tajuddin.

"Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya secara berseloroh.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 01:58 PM | Show all posts
Iols redha jerk dapat menteri pasola macam nih....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 01:59 PM | Show all posts
Jom tukar menteri.. hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:01 PM | Show all posts
Selekehnya timbalan menteri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrng ni mner ada orang tanam2  bunga lg....tanam 'orang',adalah.....:
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:03 PM | Show all posts
deme ingat baja tu free kot.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2015 02:06 PM | Show all posts
tergamam dengan kecerdikan beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nenekglamer replied at 23-11-2015 01:59 PM
Jom tukar menteri.. hahahaha...

Baik x payah ada menteri terus lagi bagus.. kalu tukar tpacuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2015 02:07 PM | Show all posts
"Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya secara berseloroh.


sempat lg nk bergurau
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa nak tanam sayur gst kan ada barang pun murah dah sekarang.. Gst sgt2 membantu rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:13 PM | Show all posts
Dengan ini, beliau berkata, rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport, yang kini menjadi semakin mahal disebabkan oleh kadar pertukaran dan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.


errr kalo sayur2 yg tok leh tanam dlm cuaca panas mcm msia ni cemana tu wakkkk???nak kena tanam boh dlm bilik berekon ke wakkkk??

wak tak rasa ke kalo org tak membeli sayur2 kat pasar, cemana peniaga2 nak idup wakkkk??? kesian diorg wakkk...wakkk takpe la makan tanggung berak cangkung
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:13 PM | Show all posts
Berapa sangatla jimat kat sayur. Senang menteri sekarang, hembus je cakap. Semua rakyat kena pandai2 dan usaha sendiri. Tak pernah mereka nak fikir macamana nak tangani kenaikan harga barang akibat kos logistik, GST, kejatuhan nilai ringgit dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
menteri = komedian
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:15 PM | Show all posts
betul apa dia cakap...

tanam sayur..tanam pokok buah..

tarak rugi berbakti pada tanah..

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:16 PM | Show all posts
ok jum kita tanam sayur
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:17 PM | Show all posts
hek elee....sukati la nk tanam ape...pokok bunga pon penyumbang jgak..as distraction serangga....hadoi la...smpai nak tanam hape pon nk bgtau...ye la ye la...mcm die py kebun plak nk suh org tanam ape..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 02:18 PM | Show all posts
tak sangka pulak isu kenaikan kos sara hidup boleh dijadikan sebagai bahan lawak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:18 PM | Show all posts

tanam sekarang jugak...

pokok mangga pokok rambutan...tak lama lagi nanti anak2 lu jugak yg makan dgn anak2 jiran2 sebelah..




Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:18 PM | Show all posts
Pilihan di tangan anda

Nak tukar pokok atau tukar menteri

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 02:19 PM | Show all posts
byk tred pasal sayur..apdaaa

aku jug tanam sayuran mcm2 ada..terbaru jagung manis..tapi tk taula..nmpk gya ujan manjang lambat nau nk besau sayur2 aku tu..tah bila nk makan hasil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.063982 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list