View: 6645|Reply: 49
|
Just nice to know basis - siapakah itu sahabat dan tabiin???
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 13-12-2015 07:27 AM
Kita biasa mendengar perkataan seperti sahabat , para sahabat nabi , tabi'in namun mungkin tak tersedar apa sebenarnya makna yang diungkapkan
okay - siapakah yang ditakrifkan sebagai sahabat itu ?
AS - SAHABI
adalah mereka yang secara fizikalya wujud bertemu dengan rasulullah SAW , melihat, percaya akan kerasulan baginda SAWdan isyarat perutusan islamnya dan 'died upon that' .
Juga termasuk dalama kalangan sahabat itu ialah :
Al Ash'ath Ibn Qays - adalah seorang murtad selepas kewafatan baginda SAW yang kemudiannya kembali kepada Saidina Abu Bakar as banduan dan bertaubat - dan Abu bakar menerimanya
yan terkeluar dari 'sahabt'
An Najashi - raja or King of Ethiopia
mereka yg murtad Abdullah Ibn khatal
Rabiah ibn Umayyah
Ciri Ciri Peribadi sahabat
Thiqah ( trustworhy)
'adal ( adil )
The last companion to leave the world:
Amr bin Wathila al - Layhi ( died 110 H) meninggal di Mekah
Muhammad Ibn Rabiah al Ansari al Khazraji ( madina ) meninggal pada tahun 99 Hijrah
Wathila bin Asqa al Laythi - meninggal di Damascus 86 Hijrah
Abdullah bin Bisr al Mazini - 96 Hijrh - hims ( sham)
Anas bin Malik -al ansari al khazraji died in Basra ( 93 Hijrah)
Abdullah Ibn al Harith ibn Jaza az - Zubaydi - died in Mesir ? Misr 89 Hijrah
Sahabat yang meriwayatkan hadis
Abu Hurairah - si bapa kucing - 5 374 ahadith
'Abdullah Ibn 'Umar - 2 630 ahadith
Anas bin Malik 2 286 ahadith
'Aisha bint Aby Bakr 2 210 ahadith
'Abdullah Ibn Abbas 1 660 ahadith
Jabir Ibn Abdullah 1 540 ahadith
Abu Sa'id al Khudri 1 170 ahadith
rujukan : mustalah al hadith - the rules and terminology pf the science of hadith, Ash Syaikh , Al - Allaamah , Muhammad bin Salih al - Uthaymin Pillars Publishing pp : 64 - 68
|
|
|
|
|
|
|
|
Persoalannya mengapa periwayat atau pengkaji ahdith penting bagi mereka mengetahui siapa sahabat dan maklumat bila meninggal, di mana dan siapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Al - Mukhadaram
Mereka adalah kelompok individu yang hidup pada sezaman dengan rasulullah SAW, tetapi tidak pernah melihat atau bertemu baginda SAW.
mereka adalah di antara kategori sahabat dan Tabi ' in
ada juga di antara para sarjana Islam yang mentakrifkan golongan ini sebagai Kibar Tabi'in ( elder successor ).
antaranya :
1. Al Ahnaf bin Qays
2. Al Aswad bin Yazid
3. Sa'd bin Iyas
4. Abdullah bin 'ukaym
5. Amru ibn mayum
6. Abu muslim al khawalani
|
|
|
|
|
|
|
|
At Tabi'in
Merujuk kepada individu yang pernah bertemu dengan sahabat , dan mempercayai kenabian dan kerasulan baginda SAW and meninggal dalam pengekalkan iman kepercayaan itu.
Ada tiga tahap Tabiin
Elder Level ( at tabaqatul Kubra)
Alqamah bin Qays
Urwah Ibn Zubayr bin Al Awwam
Sa' id bin Musayyib
At Tabaqat Us- Sughra ( the younger level )
mereka ini adalah pewaris daripada periwayat yang terdahulu yang mengumpul kebanyakan riwayat dan hanya bertemu dengan sebilangan kecil sahabat sahaja
Ibrahim an Nakha' i
Abi Az Zinad
Yahya bin Sa'id
At Tabaqatul wusta ( the middle level )
mereka adalah pewaris penyambung di mana kebanyakan narration / periayatan hadith hadith daripada mereka adalah daripada para SAHABAT dan penyambung terdahulu , dan mereka ini
Al Hasan Al Basri
Muhammad bin Sirin
Mujahid
Ikrimah
Qatadah
Shu'bah
Az Zuhri
'Ata
Umar bin Abdul Aziz - familiar hahaha
Salim bin Abdullah bin Umar rr |
|
|
|
|
|
|
|
sapaboleh komen tentang status hadith ini :
reported by Jabir Ibn Abdullah in sahih Muslim - siapa ade sahih Muslim ye?
yang mana diriwayatkan bahawa rasulullah pernah bersabda
' In this nite, after 100 years , there will be no one from those who are living today on the face of the earth'
Jabir Ibn 'abdullah berkata ini adalah kata kata baginda SAW yang berlaku sebulan sebelum kewafatannya.
so - i dunno siapa boleh bawah the actual hadith?
wallhua'lam.
so siapa boleh check ke |
|
|
|
|
|
|
|
Asalammualaikum,
perjelasan kepada hadis di atas adalah,
bermula kiraan pada malam itu, sesiapa yang hidup di bumi pada" malam itu "takkan hidup lebih dari seratus tahun selepas tahun itu....
tidak kira lah dia budak atau org tua....maksudnya, kalau dia budak, paling maksimum hanya tambah seratus tahun...
atau kalau org tua pun paling maksimum, umurnya tambah lagi 100 tahun bermula kiraan pada malam itu...
bukannya bermaksud tidak ada org mencapai umur 100 tahun...
wallahua'lam...
bagi saya hadis di atas termasuk hadis2 pelik di logik, tp logik tidak berguna utk hal agama....
wallahua'lam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 15-12-2015 11:01 PM
ada sumber sahih Muslim ke? sebab riwayatnya ialah sahih Muslim.
so - bukan apa ada hikmahnya amat penting , sekiranya hadis ini dikhabarkan sedemikian dan perawi hadis ini juga adalah sahabat baginda.
Hikamhnya ialah , ini adalah pedoman atau indicator kepada para perawi atau pengkaji hadis lain untuk memeriksa SANAD
as u know , saya tahu yg saudara Ussop lebih maklum tentang betapa peri pentingnya sanad dalam sesuatu periwayatan hadis so, sesiapa yg para pengkaji hadith ni kaji dan depa tak berada dalam zaman itu dan katakan meninggal dunia dalam tahun say....123Hijrah lah katakan so , diketahuilah yg org ini palsu dan bukan dari SAHABAT yang menyaksikan baginda
so kat situ gunanya para pengkaji hadis ni tahu semua hayat riyata periwayat sahabi etc , nampak macam bagi kita remeh tapi bagi depa important.
nanti saya ada masa Insya ALLAH tengoklah saya akan kongsikan beberapa info tentang periwayat hadith dan pemalsu hadith pula.
bukan apa tau , zaman sekarang ni tanpa ilmu , mudah bagi org Islam atau golongan muda yg tak mantap akida dan iman u knwo asyik terpedaya saja dengan momokan separuh benar golongan tertentu so...bila menyedari hakikat ini jalannya yang paling mudah ialah berkongsi ilmu dan sebarkan.
semoga mendapat manfaat dan kita oatut appreaciate sumbagan ilmuwan islam dulu yg menetapkan beberapa disiplin contohnya tafsir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi sy, org awam cuma perlu memastikan ustaz yg mengajar hadith tu boleh dipercayai utk mengajar hadith sahih ke, hasan ke, dhoif ke & tiada yg palsu.
Kalau lah org awam nak dibebani utk mengetahui setiap perawi, setahun tak habis belajar satu hadith. Sedangkan byk hukum hakam diambil dari hadith, malah amalan wajib pun. Mengetahui hal2 ibadat lebih urgent bg org awam. Mengenali perawi bukanlah ilmu fardhu ain bg org awam.
Periwayat hadith tak berhenti smpi zmn tabiin. The musnid could be your own ustaz yg mengajar al Quran, as in my case. Jalur2 sanad ni, sebelum dia, terdiri guru2 dia mcm Habib Umar, this Allamah, that Allamah, waliullah etc from all over the world. Dan jalur2 sanadnya sampailah ke rasulullah.Even bacaan Quran yg dia ajar pun bersanad. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-12-2015 01:34 AM
bagi saya , untuk menghayati agama itu sendiri, just nice to know basis untuk ambil tahu siapa yg dikatakan sahabat itu, tabi 'in itu sapa dia, kekadang kita ambil sikap acuh tak acuh hal macam ni - tapi sekarang ni pun sistem pendidikan kita dah mula berubah so apa apa benda pun , i think as muslim is our duty to learn the fardu ain dan juga menghayati sumbangan para sahabi
dan kalau kita di forum ni pun , ada juga dakyah dakyah yg tersebar - yg kata hadith ni so and so - maksudnya - yg menimbulkan syak dan wasangka yg hadith ni tak perlulah sebab n banyak yg palsu atau fabricated ...so depa yg mudah terpedaya akan just ambil tanpa filter frasa frasa subconscious ini tanpa appreaciate yg hadith dan ilmu berkaitan dengannya sendir amatlah cantik, tersusun dan teliti dan ada kualiti control.
makna kata pada saya, hanya dengan appreaciate the actual structure of the ilmu itself then you can realised how baseless their claims are, bukan setakat frasa hembusan angin di muka itu ini .
dan saya akui pendapat Puan betul, bagi orang awam patut tahu apa yg salient dan thread ni pun bersifat ' just " nice' to know ' basis - maksudnya tak memerlukan depa tahu tapi kalau nak tahu lebih apa salahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dan di atas nama perawi perawi hadis tu ada nama seorang wanita yg amat dikasihi rasulullah SAW..Saidatina Aisyah RA - so pada saya , wanita ini one of the those yg diberi pengiktirafan dalam meriwayatkan hadis.
So, wanita ini penting. Jadi ada asas fitnah yang dilakukan oleh golongan pembenci Islam yang menyatakan benda benda yg tidak betul pada rasulullah SAW dalam didikannya terhadap Aisyah RA? |
|
|
|
|
|
|
|
arrated by Abdullah ibn Umar (RA): Once the Prophet led us in the 'Isha' prayer during the last days of his life and after finishing it (the prayer) (with Taslim) he said: "Do you realize (the importance of) this night?" Nobody present on the surface of the earth tonight will be living after the completion of one hundred years from this night." -- Sahih Bukhari (1.116)
so sahih bukhari tu...sahih bukhari ni jarang ada yang bermasalah...dan hadis di atas tidak pula sy tahu persoalan ketidak sahihannya...wallahua'lam...
umumnya sahih bukhari adalah sahih....
mod,
saya tertanya2 apa persoalan anda yang sebenar.....kalau mod boleh lebih direct tanyakan soalan sebenar....
sebab kalaulah persoalan tentang kesahihannya atau hadis mana, pasti mod sendiri boleh google dengan mudah....
jadi apa persoalan sebenarnya ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
persoalannya mudah je , hehehe i ingat ade arabic text hadith tu ...nak tengok the bentuk hadith tu dan terjemahan tu je...
apa persoalannya : alhamdulillah , bijaknya Rasulullah SAW sebab para pengkaji hadis kena tahu jugak sirah sahabat, tahu sahabat mana yg terakhir meninngal dan kat mana lokasi mereka
why ?
well nanti kalau i ade masa insya ALLAH i kongsikan fabricator or pemalsu hadith yg bermula sejak zaman selepas sahabat lagi.
insya ALLAH
sebelum tu saya akan ternagkan secara ringkas dalam asas - just nice to know - info am bagi saudara seIslam kita tentang 6 buku hadis utama...
doakan i ade masa, sebab i ni u nampak menulsi di 'sini' tapi sebelm PC lagi dok .....wenggggggggggggggg hahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
ya...
inilah yang dipanggil sains hadeeth...
dalam agama langsung takda kemutlakan akal...
kecuali dalam sains hadeeth.....
hanya di sini saja akal bersift mutlak, di mana penentuan kesahihan hadeeth ikut logik terhad...memang terhad tapi logik...tidak ada dalam history manusia yang diketahui mana2 sejarawan guna cara orang islam punya stail....dlm bab ni...
sains dokumentasi sejarah = sains hadeeth.
you boleh rujuk us scholar dlm hal ni nama dia dr. jonathan brown.....
wallahua'lam....
|
|
|
|
|
|
|
|
oh well, itu dalam sains hadeeth ...tu belum u baca lagi penilaian penulisan para orientalist oleh sarjana islam yg taking their time lagi tu untuk kaji teks teks mereka...
tu belum lagi u baca karya penulisan ahli ahli agama Islam yang mempunyai research interest mengkaji teks karangan musuh Islam - orientalist - u can see dalam bab terjemahan dan trasnlasi Quran sejarah bermula sejak Islam meluaskan kuasa di toledo...dan nak tergelak tu sebab penguasaan bahsa Arab yang teruk dalam kalangan orientalist banyak kesilapan
|
|
|
|
|
|
|
|
kelas kelas atau kategori pemalsu hadis
Az Zanadiqah
al mutazalifun ilaal khulifa'a wal umaraa
- ni pasal burung merpati ( heheh dia boleh create hadith out a pigeon )
Al mutazalifun ilaal 'amah
Al - mutahamisun
al muta'sibun - masyarah Ibn Abd Rabah
|
|
|
|
|
|
|
|
Sy wonder, siapa yg memulakan pengkajian periwayat hadith?
I suspect it started during tabiin. Sebab apa, sebab zmn sahabat, depa tak ada sistem tahun. Sistem tahun dibuat zmn tabiin.
Jadi, bagi pengkaji periwayat hadith, yg kenal pensanad sendiri adalah terbaik utk depa disqualify sst hadith atau detect sesuatu kepalsuan riwayat.
|
|
|
|
|
|
|
|
ooooo.....sy tak pernah baca sejauh itu....
masalah dalam menterjemah dan tafsir ialah kita tak boleh guna view hari ini...tetapi kena guna view zaman itu, dan apa yg mereka faham...
contoh, perkataan sempoi berasal dari utara membawa maksud bagus, style dan lain2....
di selatan ia diubah kepada maksud "simple"....
katakan satu hari ia menjadi umum dengan maksud simple.....maka jika kita translate perbualan org utara ketika ia mula2 timbul
maka ada dua kesan...kalau ambik maksud masa ia mula2 keluar tentulah maksudnya cantik...
tp kalau guna bahasa kontemporari dah jadi simple pula....
jadi tafsiran islam memang tidak boeh ditafsir menggunakan simbol2 bahasa kontemporari....ia perlu guna sejarah juga,
contoh paling jelas, hadis tentang sunnatul hasanah yg menjadi modal bidaah hasanah oleh golongan yang suka menokok nambah...sedangkan kefahaman sebenar hadis itu lain dari maksud terjemahan hadis...
wallahua'lam...
|
|
|
|
|
|
|
|
maksud anda ilmu jarh wa al takdil?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by monyet_2015 at 16-12-2015 10:04 AM
Bukankah maksud sahabat adalah kawan?.. kebanyakan definasi orang-orang yg mendakwa mereka ulama murtabar terdahulu tak boleh pakai..Bolehkah orang yang tidak dikenali tapi cuma nampak kita dari jauh di takrifkan sebagai sahabat? totali tak boleh ditakrifkan sebagai sahabat..org yang tengok kita dari jauh mungkin boleh tersilap..tapi sahabat adalah orang yg hampir dengan kita..boleh bersembang..makan bersama dan aktiviti bersama...itu adalah takrif sahabat yg betul. umat sekarang jadi sesat kerana terlalu percaya kepada takrifan ulama terdahulu yg di dakwa sangat alim dan bertakwa itu.
bukan boleh claim semua org yg pernah nampak nabi itu sahabat..
|
|
|
|
|
|
|
|
tentang sejarah ilmu jarh wa al ta'dil...
yakni ilmu tapisan perawi yg mana analisis bagus atau tidak bagus nya perawi itu,,,
---------------------------------------------------------------
sumber facebook: kesahihan tak pasti : selidik dulu..
--------------------------------------------------------------
Mencela para rawi (yakni menerangkan keadaannya yang tidak baik, agar orang tidak terperdaya dengan riwayat-riwayatnya), telah tumbuh sejak dari zaman sahabat. Diantara para sahabat yang membahas keadaan para perawi hadits adalah Ibnu Abbas (68 H), Ubadah Ibnu Shamit (34 H), dan Anas ibnu Malik (93 H). Di antara tabi’in , adalah Asy-Sya’bi (103 H), Ibnu Sirin ( 110 H), Said ibnu al-Musayyab (94 H).
Dalam masa itu, masih sedikit orang yang dicela, mulai abad ke-2 H., barulah banyak orang-orang yang lemah. Kelemahan itu adakalanya karena meng’irsalkan hadits, adakalanya karena merafa’kan hadits yang sebenarnya mauquf, dan adakalanya karena beberapa kesalahan yang tidak disengaja, semisal Abu Harun al-Abdhary (143 H.).[10]
Sesudah berakhir masa tabi’in yaitu pada kira-kira tahun 150 H, para ahli mulai membahas keadaan-keadaan perawi, men-ta’dil-kan dan men-tajrih-kan mereka.di antara ulama besar yang memberikan perhatian bidang ini adalah Yahya ibnu Said al-Qhaththan (189 H), dan Abdurrahman ibnu Mahdy (198 H.). setelah itu , Yazid ibnu Harun (189 H.), Abu Daud at-Thayalisy (204 H.), dan Abd ar-Razzaq ibnu human (211 H.).[11]
Sesudah itu, barulah para ahli menyusun kitab-kitab jarh dan ta’dil yang didalamnya diterangkan keadaan para perawi, yang boleh diterima riwayatnya dan ditolak. Di antara pemuka-pemuka jarh dan ta’dil, adalah Yahya Ibnu Ma’in (233 H), dan masuk kedalam angkatannya, Ahmad ibnu Hanbal (241 H), Muhammad ibnu Sa’ad (230 H), Ali ibnu al-Madiny (234 H), Abu Bakar ibnu Abi Syaibah (235 H), Ishaq ibnu Rahawaih (237 H), sesudah itu, Ad-Darimy (255 H), Al-Bukhori (256 H), AL-Ajaly (261 H), Muslim (261), Abu Zur’ah ( 264 H), Abu Hatim ar-Razy (277 H), Abu Daud (275 H), Baqi ibn Makhlad (276 H), Abu Zur’ah ad-Dimasyqy (281 H).
Hal ini terus berlanjut, pada tiap-tiap masa terdapat ulama yang memperhatikan keadaan para perawi, hingga sampailah kepada Ibn Hajar al-Asqalany ( 852 H).
‎‎
|
|
|
|
|
|
|
| |
|