Dulupun nafikan..tapi kalau betul...Alhamdulillah...
Ibu Shaheizy Sam Nafi Anak Lelakinya Bakal Kahwin
Kisah Shaheizy Sam membuat persiapan untuk berkahwin tidak pernah lekang walau dinafikan oleh pelakon tersebut. Bagaimanapun baru-baru ini melalui Utusan Malaysia, ibu Sam iaitu Khaty Fauziah turut menyatakan perkara yang sama.
“Sebab itulah saya suruh Sam kahwin cepat-cepat. Bukan sekali dua kisah ini dibangkitkan, tetapi sudah banyak kali sebenarnya. Kisah Sam sedang buat persiapan perkahwinan juga memang tidak benar” “Dia sedang sibuk dengan kerjaya kini. Bila dia ada masa buat persiapan pula? Jangan risau, jika benar ada perkara baik, saya janji tidak akan menyorokkan perkara ini dari pengetahuan sesiapa,” jelas ibu kepada pelakon lelaki tersebut. Sementara itu, Syatilla Melvin yang dikatakan menjalin cinta dengan Sam juga tidak mengetahui bahawa Sam sudah membuat persiapan perkahwinan selain dia sendiri juga kini sedang sibuk membintangi drama.
*sumber: Rotikaya
|