CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5285|Reply: 43

[Tempatan] Dua ibu tunggal nekad ke Greece bantu pelarian Syria

[Copy link]
Post time 11-1-2016 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Dua ibu tunggal nekad ke Greece bantu pelarian Syria
Nurulhana Ismail, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 11, 2016 07:24 MYT

Zaleha (kanan) dan Azura pernah berpengalaman sebagai sukarekawan dengan Mercy Malaysia. - Foto Astro AWANI/Nurulhana Ismail


KUALA LUMPUR
: Penemuan mayat kanak-kanak lelaki warga Syria, Alan Kurdi, 2, yang ditemui terdampar di pantai Bodrum, Turki pada September tahun lalu, memberikan gambaran kesukaran serta penderitaan yang perlu diharungi pelarian Syria ketika ini.

Tragedi itu menggemparkan masyarakat dunia, menjadi petanda pilu bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi  meredakan kesengsaraan mereka.

Pergolakan serta konflik perang di Syria yang kian meruncing sejak akhir-akhir ini juga menyaksikan ratusan ribu rakyatnya menjadi pelarian.

Kebanyakan mereka sehingga ke hari ini masih lagi menanti dalam ketidakpastian serta menderita tanpa sebarang pembelaan.

BACA: Alan Kurdi dikenang menerusi lukisan menyayat hati

FOTO: Kanak-kanak Syria mati lemas: Mengapa imej-imej ini mampu menghantui warga dunia

Terpanggil untuk melakukan sesuatu, dua ibu tunggal, Azura Ibrahim, 44, dan Zaleha Ahmad, 64, nekad ke Kepulauan Lesvos, Greece  untuk menawarkan diri sebagai sukarelawan bagi membantu pelarian Syria di sana.

Berbekalkan pengalaman sebagai sukarelawan bersama pertubuhan kemanusiaan Mercy Malaysia, kedua-dua mereka benar-benar tersentuh melihat tragedi dan keperitan yang dilalui pelarian Syria.

Lalu perancangan mereka untuk bercuti bersama di luar negara, bertukar menjadi misi sukarelawan.

Tahu bahawa sukar untuk bertindak sebagai sukarelawan tanpa dinaungi mana-mana NGO, Azura menyatakan adalah lebih bebas bagi dia dan Zaleha untuk menyertai mana-mana kumpulan sukarelawan yang benar-benar memerlukan bantuan di sana kelak.

"Kadangkala setiap NGO itu sudah mempunyai tugasan spesifik yang menyukarkan kita untuk melakukan lebih dari yang kita perlu. Tapi apabila kita datang secara sendiri, kita bebas untuk menghulurkan tenaga, masa serta usaha kita bagi mencukupkan keperluan yang mendesak," jelas Azura.


Azura Ibrahim dan Zaleha Ahmad ditemuramah penulis sebum berlepas ke Greece pada Ahad. - Foto Astro AWANI/Nurulhana Ismail


Usaha murni kedua wanita cekal ini juga disokong ahli keluarga masing-masing.

"Anak saya yang menaja tiket penerbangan, baru 23 tahun dan masih belajar di UniKL," kata Zaleha yang nyata  amat bersyukur dengan sokongan ahli keluarga yang membantu menanggung kos perbelanjaan misinya.

Lebih menggembirakan lagi, setakat hari ini, mereka berdua berjaya mengumpul dana dari rakan-rakan serta orang ramai melalui posting di media sosial - Facebook masing-masing sebanyak RM17,000 bagi membeli barang-barang keperluan pelarian di sana kelak.

Biarpun suhu agak sejuk dan persekitaran yang bukan mudah untuk mereka nanti, kedua-dua wanita ini kelihatan sangat teruja kerana benar-benar ingin melakukan sedaya mungkin untuk membantu pelarian yang  menderita tiada berpenghujung.
Bagi mereka, ia adalah peluang untuk menjadi sebahagian dari lakaran sejarah serta menggalakkan mereka yang berkeupayaan agar melakukan apa yang termampu untuk golongan-golongan yang kurang bernasib baik, tidak mengira bangsa, kepercayaan, tempat mahupun waktu.

Menurut data dikeluarkan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan pelarian (UNHCR) setakat awal Januari 2016, 10,000 pelarian tiba melalui Lautan Aegean ke Pulau Lesvos dan 39 kematian atau kehilangan dicatatkan, dengan angka terbabit dijangka terus meningkat.

Bagi mereka yang ingin terus mengikuti perkembangan pasangan ibu tunggal yang berjiwa besar ini dalam misi kemanusiaan mereka, bolehlah mengikuti laman Facebook mereka - Two Malaysian Moms On Mission To Lesvos atau layari laman sesawang UNHCR.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 08:30 AM | Show all posts
tolg bantu bawak mai mesia je la...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:05 AM | Show all posts
tolong rakyat mesia yg susah ni lagi baik kak.. yg susah kat mesia ni ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:52 AM | Show all posts
gatal nk publisiti
xpon nk crk jantan syria je
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:53 AM | Show all posts
kt mesia lg rmai yg ssh..xyah pkai kpl terbang..naik bas pn blh smpai
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 09:56 AM | Show all posts
Banyak jer susah kat ceruk2 Malaya neh, koser sangat nak gi sampai ke Greece bagai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2016 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
masjid kat greece dikunci x?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana tahu dapat jejan kendu bermata hijau berbulu dada as calin suami kennnn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 10:01 AM | Show all posts
kemaruk replied at 11-1-2016 09:59 AM
masjid kat greece dikunci x?

tuhan kuno greece tak marah kaa?   
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:04 AM | Show all posts
Acong_II replied at 11-1-2016 10:01 AM
tuhan kuno greece tak marah kaa?

Siapa banhammer engkau cong ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:04 AM | Show all posts
putehkundor replied at 11-1-2016 10:00 AM
Mana tahu dapat jejan kendu bermata hijau berbulu dada as calin suami kennnn...

Aminn...





Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:11 AM | Show all posts
niat dn usaha yg baik..
tp kat malaysia sdiri pun masih ada lagik yg brtul2 perlukan bantuan
mcam mana tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:14 AM | Show all posts
Anak akak tu yg tgh belajar lagi kat unikl yg taja tiket dia?

Aku salah baca ke???????
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 02:24 PM | Show all posts
sume gila publisiti je ni
dan2 nk g greece
knp xg syria terus
takut lettew
greece selamat sket
tp xnk pulak g myanmar
konon kata rohingya kena tindas
oo lupa
hitam berkerak kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Beriya nya acik2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 06:53 PM | Show all posts
17k tu agak2 boleh beli brapa lori beras?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 07:19 PM | Show all posts
"Anak saya yang menaja tiket penerbangan, baru 23 tahun dan masih belajar di UniKL," kata Zaleha yang nyata  amat bersyukur dengan sokongan ahli keluarga yang membantu menanggung kos perbelanjaan misinya.


anak taja tiket?..pakai duit biasiswa MARA kah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 07:20 PM | Show all posts
pinjaman pelajaran MARA anak kat uniKl sebanyak 500 sebulan mampu taja tiket mak..
alahai acik oiii sian ke anak tu,
dah mak beria ia nak melancung, anak terpaksa ikat perut..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakzura wei.. P tlg org syria nanti jgn lupa pakai bj kat luar. Dok msia xpela pakai inner sj pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pi greece bole cikcur ke Acropolis, Temple of Hephaestus...pastu fefeeling cruising kat Santorini, Mykonos, Syros, Corpu..boleh laa update dlm fb, twitter, whatapps group..sambil fefeeling bersyukur n humble bragging syumul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.073706 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list