CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3663|Reply: 13

Cara Keluarkan Semut/Lipas Yang "Bersiar-siar" Di dalam Telinga

[Copy link]
Post time 27-1-2016 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Pernah tak semut, lipas atau apa-apa serangga masuk ke dalam telinga anda? Ok, kalau selepas ini mungkin ada semut sesat meneroka ke telinga anda, jangan gelabah nak korek pakai putik kapas kerana akan membuatkan semut lebih marah serta akan bertindak diluar jangkaan.






Disini penulis kongsikan sedikit tips untuk anda cara-cara mengeluarkan semut dengan "pujukan". Tindakan pertama yang anda perlu lakukan adalah cuba arahkan telinga anda ke arah cahaya. Ini kerana semut gemar mencari sumber cahaya. Kedua, cuba gunakan minyak masak kerana semut akan melekat bersama minyak di dalam telinga seterusnya tekanan dalam telinga akan menolak semut keluar.






Jika tidak berhasil juga, tiada lagi pilihan lain melainkan jumpa doktor untuk menyedut sisa minyak dan semut yang masih belum keluar.


Semoga tips sederhana ini dapat bermanfaat untuk anda. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 05:09 PM | Show all posts
guna kapur pun boleh. sapu kat bahagian luar telinga.bila semut tu panas,dia akan kluar sendiri.cewah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 05:41 PM | Show all posts
zamzarai replied at 27-1-2016 05:09 PM
guna kapur pun boleh. sapu kat bahagian luar telinga.bila semut tu panas,dia akan kluar sendiri.cewa ...

tak menjadi beb..mggu lepas telinga iols dimasuki oleh binatang asing. panik, takut, macam2 perasaan ada. tanya syeikh google ada ckp suruh letak kapur kt blkg telinga. jadi iols letak laa kapur...tunggu punya tunggu tetap x keluar. last2 terpaksa jgk letak minyak zaitun masuk dlm telinga. sekali letak dah rasa binatang tu kt luar lubang telinga.
sehingga ke hari ini, belakang telinga iols masih lagi berkuping akibat letak kapur hr tu. mungkin kulit sensitip x tahan panas kapur, mungkin jgk allergik dgn kapur ataupun ada sebab lain. Masa cuci kapur tu pedih nak terkencing. Nasib baik ada vaseline yg hospital bagi kt bapak dl ada lg, sental pakai vaseline last2.

nyesal plk x tuang minyak zaitun dlm telinga awal2.. konon takut nak masukkan bendasing dlm telinga

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
plasterhati replied at 27-1-2016 05:41 PM
tak menjadi beb..mggu lepas telinga iols dimasuki oleh binatang asing. panik, takut, macam2 perasa ...

Aku plak menjadi.mgkin lain semut lain selera kot..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:12 PM | Show all posts
zamzarai replied at 27-1-2016 07:05 PM
Aku plak menjadi.mgkin lain semut lain selera kot..

agaknya selesa sgt kot dok dlm telinga aku tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 27-1-2016 06:08 PM
kalau lagi bijak letak aje gula tepi telinga.. tau2 keluarlah dia bau gula

yg ni bernas . kalau tebuan letak madu la kn ? kalau lipas mcm mana pulak ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Letakkkkk je vac cleaner tu kat lobang tinger
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau petua ni. Seram bila semut masuk dlm telinga.

Macam raksasa dia mengiuk2 dlm tu. Siap kena gigit lagi. Hadoooooooiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 27-1-2016 06:08 PM
kalau lagi bijak letak aje gula tepi telinga.. tau2 keluarlah dia bau gula

nanti semut kat luar lak berlumba-lumba masuk dlm telinga ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 02:17 PM | Show all posts
semut ok lagi sbb kecik. kalau kena lipas lagi sakit. kaki lipas berbulu2 and mcm duri2. sekali dia keruk gegendang telinga mmg terasa woo
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 04:20 PM | Show all posts
petua saya senang je..
sapu kapur sireh di sekeliling telinga..
tekup hidung kejap..bernafas ikut mulut..
tak lama tu..semut tu merayap keluar..rasa geli
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 11:38 AM | Show all posts
adik i bru ni masuk lipas time tdo menjerit2 die dpt kuarkan kaki lipas je huhuhu...then letak minyak masak x kuar2 jugak huhu trus pagi tu bwk g pakar kuarkan....nasib doc ckp gud letak minyak sbb dh lemas dlm tinge tu....tp seksa nk kuarkan lipas tu ngn telur2 nye sekali aduhh....skg dh ok dh serikk katenye
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 07:10 AM | Show all posts
chacon replied at 27-1-2016 06:08 PM
kalau lagi bijak letak aje gula tepi telinga.. tau2 keluarlah dia bau gula

nanti semut luar pulakyang datang hurung.. jap je semut yang sekor jati sebut 37 ekor.. bahaya wooo

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 07:17 AM | Show all posts
letak minyak masak
olive oil pon bagus (lagi bagus)

cam maner lipas bleh masuk dalam tuh?
besar tau lipas.. sebesar ibu jari..
moth kecik boleh la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 2224 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 10033 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 7420 Replies : 2
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.392950 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list