CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8159|Reply: 94

Jabatan Meteorologi Menafikan Suhu Malaysia Akan Menjadi Sejuk

[Copy link]
Post time 1-2-2016 06:32 PM | Show all posts |Read mode



Oleh : TS LOO


Sebelum ini, ada laporan yang mengatakan sepanjang bulan Februari, Kelantan dan Perak bakal menikmati cuaca sejuk dan nyaman seperti musim bunga di kotaraya London apabila suhu dijangka menurun sehingga mencecah 20 darjah Celcius.


Difahamkan fenomena tersebut terjadi ekoran angin sejuk di kutub utara yang terkumpul lama dan mengakibatkan laluan luruan angin yang akan berpecah daripada sempadannya seterusnya meniup ke hemisfera selatan.




Bagaimana pun, petang tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia telah membuat penafian menerusi satu kenyataan media berhubung laporan suhu sejuk yang dijangka melanda negara kita.


Menurut kenyataan tersebut, suhu bagi Malaysia yang beriklim tropika secara amnya adalah antara 22jah celsius sebelah subuh dan 35 darjah celsius pada sebelah lewat petang.


Sehubungan itu, suhu minimum dijangka tidak akan turun ke 20 darjah celsius sepanjang bulan Februari 2016 kerana keadaan suhu yang sama akan berlarutan sehingga bulan Jun 2016.


Orang ramai boleh memperolehi maklumat terkini melalui talian hotline 1-300-22-1MET (1638), laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia. - CARI Infonet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas adanya fb ngan wasap..  Ramai yg dah jadi pakar..  Yg terbaru pakar cuaca..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 06:56 PM | Show all posts
so akak balik kg tak payah bawa balik winter jacket la sis??
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 06:56 PM | Show all posts


thread sana masing2 dh pakat nk bwk winter coat dh balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 06:57 PM | Show all posts
Kalau berlaku sepanjang tahun pun bagus
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 06:57 PM | Show all posts
baru plan nak bina pendiangan di rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2016 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham dgn jenis manusia yg suka sgt viralkan benda yg blom sahih or rumours. Mcm takde life. Mesti jenis mengadap hp 24jam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 07:04 PM | Show all posts
Alangkah bagusnya jika ada pintu portal yg boleh menghubungkan 2 lokasi di dunia ni. Letak satu di antartika dan satu di rumah. Boleh sedut udara sejuk dari antartika dan salurkan ke dalam rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
rugi ja aku beli baju sejuk ngn mafla. :
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 07:12 PM | Show all posts
membazir iols beli baju sejuk. dah la mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 07:14 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 1-2-2016 06:59 PM
Tak faham dgn jenis manusia yg suka sgt viralkan benda yg blom sahih or rumours. Mcm takde life. Mes ...

dalam akhbar benda tu, tu la yang nampak macam sahih sgt2. padahal ramalan je. yang peliknya takde tanda2 pun nak sejuk. elnino memanjang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 07:21 PM | Show all posts
What?!



*simpan balik winter coat, muffler scarf dan sarung tangan dlm lemari
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 07:27 PM | Show all posts
baru jah pasang snow chain dekat tayar..dammit
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bhahaha...kalau x gigih la masing2 nak berwinter coat bagai walaupun takat 20°C je
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
pdhal yg viral tu kluar last year   kot nk sejuk 20°c , beli aircond 2hp - 2.5hp pehtu set suhu 16°c mereput kesejukan..kot nk efek salji, beli freezer yg simpan ayam, ikan daging or aiskrim tu ha, ais da membukit, kikis buat ais kepal
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2016 07:41 PM | Show all posts
jangan nak berangan ler wehhhhh ..... negara kita ni negara tropika .... tak dok sejuknya

teringat last year .. warga kulim siap wat unggun api malam malam utk memanaskan badan ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 08:18 PM | Show all posts
Changa replied at 1-2-2016 06:56 PM
so akak balik kg tak payah bawa balik winter jacket la sis??

bawa flag israel je buat kain batik dan tali bra sis
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 1-2-2016 07:21 PM
What?!



Akak pun baharu berangan nak chur  di universal traveller nak beli winter coat balik kg di perak sempena CNY
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2016 08:29 PM | Show all posts
ramai da nak berangan2 ala2 di kota london..
alahai, angin sejuk sila lah menyapa diri..
panas berdenting, minum air bergelen2 tak puas..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.085243 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list