View: 19189|Reply: 178
|
[Tempatan]
Gambar Pendebat Terbaik Asia Berpesta Liar, Tersebar Di Media Sosial
[Copy link]
|
|
Gambar Pendebat Terbaik Asia Berpesta Liar, Tersebar Di Media Sosial
Posted on March 13, 2016 by Wanna|
KUALA LUMPUR – Ketua kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 23, pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) didakwa sebagai seorang yang suka berparti liar dan sering berpesta di kelab malam luar negara.
Menurut pengendali blog, truthvaccine.blogspot.my menerusi entrinya berkata, dia menerima satu kiriman daripada seorang yang tidak ingin dikenali, mendedahkan hobi dan kelakuan yang tidak sepatutnya dilakukan seorang pelajar apatah lagi merupakan penganut agama Islam.
“Sumber saya ini telah mengirimkan sejumlah 100 lebih gambar dari Kelab Malam Palladium yang antaranya menunjukkan Syed Saddiq, seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia sedang berpesta di kelab malam.
“Perbuatan Syed Saddiq ini dikesan di sebuah kelab malam bernama Palladium, Manila sewaktu dia mengikuti program debat di sana. Menurut sumber, walaupun perkara ini biasa dilakukan di luar negara, namun, sebenarnya Syed Saddiq selalu berpesta di dalam negara,” memetik tulisan di blog tersebut.
Katanya, penerima anugerah pendebat terbaik Asia itu sangat berhati-hati ketika berpesta di kelab malam di dalam negara dan selalu mengelakkan dirinya diambil gambar oleh sesiapa pun.
“Namun, peristiwa di Filipina dirakamkan kerana dia dikatakan alpa dan berkemungkinan di bawah pengaruh alkohol. (tidak dapat dipastikan),”katanya.
Menegaskan kelakuan tersebut melampaui batasan seorang pelajar beragama Islam, pengendali blog tersebut turut mempersoalkan tindakan pegawai pengiring kepada Syed Saddiq.
“Saya ingin menyoal kembali pegawai pengiring Syed Saddiq dan Naib Canselor Univerisi ISLAM Antarabangsa sewaktu pasukannya ke luar negara mengikuti program debat ini.
“Adakah normal bagi seorang pelajar dari Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia mengikuti program debat untuk berpesta di kelab malam? Adakah mengikuti program berpesta di kelab malam ini mendapat keizinan daripada pihak Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia?
“Adakah Universiti ISLAM Antarabangsa tidak melarang sebarang perbuatan sumbang, perkara yang boleh menjurus kepada zina, bersosial, berparti, berpesta dan pelbagai lagi kelakuan yang jelas tidak digalakkan oleh Islam kepada pelajar-pelajarnya? Ataupun memang pegawai pengiring UIAM ini ikut sekali untuk berpesta di kelab malam Palladium ini?,”soalnya pula.
Tambahnya lagi, tidak disangkal bahawa ketua kepada kumpulan Challenger ini mempunyai sikap dan perangai yang sama seperti Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu juga merupakan kaki arak dan kaki judi. Begitu juga dengan Mirzan Mahathir yang merupakan Non-Executive Director kepada syarikat Petron yang dimiliki oleh San Miguel Corps.
“Dan yang peliknya, mereka yang berpendirian liberal ini disokong oleh seorang yang dianggap sebagai konservatif dan pro-Islam, iaitu Tun Dr. Mahathir.
“Saya berharap agar Syed Saddiq dapat tampil dan menafikan gambar-gambar ini sebagai palsu, photoshop yang sengaja digunakan untuk menjatuhkan kredibilitinya,”katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, sekiranya gambar tersebut didapati benar, maka dia memohon kepada pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia supaya mengamgambil tindakan segera, dan bertindak melakukan sesuatu agar perkara yang sama tidak berulang.
“Agar nama baik UIAM sebagai sebuah universiti ISLAM tidak tercemar oleh perbuatan sumbang sebegini.
“Saya dedahkan 4 keping gambar di dalam Kelab Malam Palladium dahulu sementara menunggu respon daripada UIAM,”akhirinya.
Pihak kami sedang berusaha untuk menghubungi Syed Saddiq bagi mendapatkan komen berhubung isu ini. – SuaraTV
|
|
|
|
|
|
|
|
ok, dah start perang nampak nya..time to stock up my pop corn |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, dia gi kelab n try alkohol. So?
Budak2 uia jgnla ingat maksum sgt..they arejust human being pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian muda2 dah jadi target politik tahi. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 lepas ni ada video pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hah sudah...bila dah serang najib terang2 habis semua aktiviti harian, rahsia2 lepas semua dikorek. Mohon gmbar famili najib berpesta sundel jua dikorek dan dipamer seluruh dunia. Lahanat tu bukan suchi sgat pon |
|
|
|
|
|
|
|
macam la budak2 uia tu maksum sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
jadi kapir lah senang.... susah sikit UMNO nak black mail...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aik. Tiba-tiba pulak dlm artikel ni sebut mahathir. Tak ada kaitan pun. |
|
|
|
|
|
|
|
So? Bior le dia, dah minat kearah itu. Dah kenapa Islam kat Malaysia ni? Tak habis2 la nak cabul hak peribadi org. Atas bawah nak disebok, bukan ganggu kedamaian ummah lain pun. Lain la kalau merompak/merasuah/merogol org. Itu baru elok direjam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terkejut pn kalau remaja awal 20an berjimba... Wut u expect? Kehulur kehilir pegang bible atau apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila sebut UIA, mesti org bayangkan pelajarnya alim dan melekat atas tikar sejadah sepanjang masa. Please wake up. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la aku prnh ckp..klu student jgn sibuk ngn politik..bahaya utk diri sndri |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dulu uia ada pendebat terbaik taraf dunia. Perempuan. Apa khabar dia skrg ye |
|
|
|
|
|
|
|
Ada video dia pegang duit juta juta...bersosial atas kapal mewah tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah start dah habis segala hak privacy berjimba digunagkan utk serang musuhh, itu hak peribadi dia tak gugat org lain, habis nak suruh dia tunggang tebalik sampai dahi hitam kah baru nmpk syumullll n baru blh bersuara hal2 negara? |
|
|
|
|
|
|
|
nape nama madey je dia masukkan?
penulis artikel terlupa masukkan sekalikk nama wak yidin kah??
|
|
|
|
|
|
|
|
Mane gmbr dia minum liquor?gmbr cium2?nk tgk..br la pesta liar..ada je org masuk kelab tak minum sume.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|