Akhirnya, Lee Kwang Soo mampu menarik nafas lega apabila telefon bimbitnya yang hilang di Malaysia minggu lalu telah pun dijumpai.
Pada 15 March, Samsung Malaysia telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan Kwang Soo sangat gembira dengan berita baik yang diterima.
"Hi semua. Sekali lagi, saya Lee Kwang Soo. Hari ini, saya mendapat berita baik dari Malaysia. Akhirnya, telefon bimbit Samsung Galaxy S7 edge saya yang hilang telah dijumpai!! WOW! Terima kasih semua!Saya sayang Malaysia! Jadi, untuk dapatkan telefon bimbit saya dan berjumpa dengan anda semua, pada 17 March, saya akan berkunjung ke KLCC. Sila nantikan saya 17 March nanti. Saya akan jumpa anda di KLCC! Terima kasih. Bye"
Nantikan kedatangan Kwang Soo di KLCC 17 March ini!!
entah,,,menyampah aku nengok budak2 kpop ni semua...muka dahlah mcm pondan sekor2...apa yg menarik pun aku tak taulah yg betina2 malaysia ni dok tergedik2 tergila2...