Oleh Izzah Abbasy
Nak kongsikan dengan anda bagaimana untuk membuat aiskrim Paddle Pop 'homemade'. Untuk pengetahuan anda, resepi yang dikongsikan oleh Sera Syahirah ini telah mendapat 60,000 perkongsian di Facebook. Wow!!! Daebak kan?
Jadi tunggu apa lagi, jomlah cuba buat!
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 tin susu cair
5 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
Pewarna
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas mixer dan mix kan selama 15 – 20 minit, kalau boleh adunan aiskrim tu tak nak terlalu cair atau terlalu pekat.
2. Asingkan adunan tersebut ke dalam tiga bekas yang berlainan.
3. Masukkan 5 titis pewarna pilihan ke dalam bekas yang adunan yang diasingkan tadi dan kacau sehingga rata. (jangan letak terlalu banyak pewarna)
4. Sediakan satu bekas baru dan masukkan adunan aiskrim tadi selapis demi selapis sampai habis semua adunan.
5. Pastu, masukkan ke dalam peti ais selama 9 jam.
|